Siapa sahaja tidak mengenali figura terkenal dalam industri penyampaian radio, Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM selama hampir sedekad, beliau kini beralih ke radio ZAYAN.
Baru-baru ini beliau ditemui di acara World #QuranHour yang bersiaran secara langsung di Masiid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut teruja dengan kehadiran peserta program tersebut yang dikatakan berlipat ganda jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya, beliau turut mengakui akan kehebatan kitab suci Al-Quran dalam hidupnya.
Ads
“Dulu saya pernah dijemput tapi kali ini lebih bermakna kerana baru-baru ini, saya banyak mendalami maksud Al-Quran dengan lebih lagi. Saya juga ingin kongsikan rahsia di mana perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini, asbabnya sebab Al-Quran juga,” ujar beliau kepada Remaja.
Menurut penyampai radio ZAYAN itu lagi, Allah SWT telah memberinya peluang untuk memuhasabahkan diri dan mengubah perjalanan hidupnya dari dunia yang dahulu kepada dunia yang lebih dekat dengan Allah SWT menerusi kehadiran kitab tersebut.
Ads
“Al-Quran ini adalah satu mukjizat yang sangat besar dan kita patut ambil kesempatan ini. Mukjizat ini relevan kepada kita sepanjang zaman dan dapat menjadi ‘healing’ kepada kita,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan sampul duit raya kepada hadirin yang menghadiri program World #QuranHour.
Sekadar info, bapa kepada empat cahaya mata itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, situasi itu memaksa semua pusat pengajian ditutup dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
Ads
Akhirnya beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air dan sekembalinya beliau di sini, FBI mengambil keputusan menyertai tabligh, bagi melakukan perubahan dalam diri selepas didekati jemaah terbabit sewaktu di UK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, muka mereka yang ditumbuhi terlampau banyak jerawat akan membuat keyakinan diri menjadi kurang.
Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Ony Nurhusni. Menurut Ony, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, ada beberapa pantang yang harus difahami. Apa pantang larangnya?
Puan Ony berkongsi kepakarannya dalam bidang penjagaan kulit wajah
Pantang 1 : Cuci muka terlalu kerap Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap
Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat .
Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul mengikut jenis kulit juga sangat penting
Pantang 2 : Gosok muka terlalu kuat Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran di dalam liang roma. Sebaiknya, elakkan mengosok kulit dengan terlalu kuat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit.
Pantang 3 : Skrub muka terlalu kerap Kebiasaannya, mekanikal eksfoliator seperti scrub mempunyai tekstur berbiji-biji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana lama-kelamaan ia menyebabkan kulit menjadi agak nipis, menjadi lebih sensitif dan kemungkinan juga boleh menyebabkan jerawat.
Kekerapan skrub yang disarankan ialah 1-2 kali seminggu saja, ok.
Jangan gosok muka terlalu kuat
Biarkan peluh mengering di muka, bukan dilap
Pantang 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak serta bahan kimia lain yang boleh meningkatkan iritasi pada kulit muka terutamanya yang jenis sensitif. Apabila terkena pada muka, bahan-bahan tersebut juga kemungkinan menyebabkan jerawat atau ruam-ruam halus terutamanya di bahagian dahi.
Apa yang boleh dilakukan ialah, syampu rambut dahulu, kemudian baru lah mencuci muka dengan pencuci muka.
Pantang 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya jika boleh, lap lah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran, asap serta debu bersamanya.
Pantang 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Lebih elok jika kita asingkan tuala untuk muka dan badan. Tualan badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Credit sharing : Fb Puan Ony Nurhusni
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemegang watak Ainun dalam filem Habibie & Ainun 3 ini bukan calang-calang orangnya. Selain berjaya dalam bidang seni hiburan dia juga cemerlang dalam bidang akademik. Maudy Ayunda baru sahaja menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan Dan Pendidikan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat.
Universiti yang berusia lebih 130 tahun ini merupakan salah sebuah universiti elit di dunia dan menjadi dambaan setiap pelajar untuk menimba ilmu di sini. Memulakan pengajiannya kira-kira dua tahun lalu, Maudy berkongsi pengalaman apabila di terpaksa menempuhi konsep pembelajaran secara atas talian disebabkan pendemik Covid-19.
Bersama keluarga tercinta
“Saya telah tamat pengajian! Dua tahun berlalu, tiada kata yang boleh diungkapkan tentang berapa banyak telah saya belajar dari pengalaman ini. Terutama sekali apabila ia diwarnai dengan cabaran yang unik dan tidak disangka-sangkakan.
“Mac tahun lalu, pengalaman Standford saya berubah sekelip mata. Kelas menerusi zoom dan juga pemakaian pelitup muka menapis sistem pembelajaran dan cara berinteraksi. Walaubagaimanapun ia meningkatkan daya kemenjadian saya sebagai seorang manusia. Saya diajar untuk mengawal, berfikir secara mendalam dan belajar mengutamakan perkara yang perlu.
Terserlah gaya wanita Indonesia.
“Saya juga belajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa rasa tidak menyesal berkenaan perkara yang benar-benar bermakna buat diri ini dan bersyukur untuk setiap perkara itu. Ia merupakan satu ia merupakan satu keistimewaan bagi saya untuk dapat berjalan di institusi hebat ini. Saya berharap agar saya dapat berbuat kebaikan menerusi pengalaman ini pada masa hadapan,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.
Merupakan bekas pelajar Universiti Oxford dalam bidang Filosofi, Politik dan Ekonomi diperingkat ijazah sarjana muda. Sebelum menerima tawaran masuk ke Stanford, Maudy juga telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajiannya di Universiti Harvard.
Menarik perhatian pada hari konvokesyen, Maudy telah menggayakan busana kebaya merah yang cukup cantik. Seperti yang kita tahu, kebaya merupakan pakaian nasional wanita Indonesia. Busana yag digayakan itu direka oleh pereka fesyen terkenal Didiet Maulana.
Drama Korea yang pernah mencipta fenomena, Itaewon Class kini bakal ditayangkan dalam siri adaptasi Jepun yang berjudul Roppongi Class. Watak Park Searoyi yang dimainkan oleh Park Seo Joon akan dimainkan oleh Takeuchi Ryoma, pelakon siri Kamen Rider.
Itaewon Class mengisahkan tentang seorang anak muda (Park Searoyi) yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh anak majikan bapanya. Dia mahu membalas dendam dengan cara membina empayar perniagaan untuk mengalahkan bekas majikan ayahnya itu.
Roppongi Class adalah projek bersama Korea-Jepun oleh JTBC Studio yang menerbitkan versi Korea dan Kakao Entertainment serta TV Asahi sebagai produksi bagi versi Jepun ini. Drama adaptasi ini bakal ditayangkan pada bulan Julai.
Menurut inf.news, drama ini mengambil latar tempat di Roppongi, Jepun dan nama watak utama Park Searoyi ditukar kepada Miyabe Shin. Adaptasi ini menerima pelbagai respon berbeza, ada yang teruja menantikannya malah ada juga yang menganggap perubahan yang dibuat bakal menghilangkan ‘vibes’ sebenar drama Itaewon Class.
Namun, pihak produksi menjelaskan perubahan yang dilakukan itu bagi membuatkan masyarakat di Jepun lebih dekat dengan drama adaptasi ini kerana mereka tidak begitu mengenali lokasi Itaewon di Korea.
Apa-apa pun kita tidak boleh menghakimi terlebih dahulu adaptasi ini tanpa menontonnya lagi. Sama-sama kita nantikan Roppongi Class Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!