Peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan beberapa haiwan, termasuk haiwan berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembap sehingga boleh mengancam keselamatan manusia.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya berkongsi, tempat yang berisiko adalah di tandas, dalam stor yang gelap, bilir tidur, almari baju, rak kasut serta dalam kasut.
Selain itu, ular yang bersaiz kecil akan memilih kasut sebagai tempat berlindung.
Oleh itu, masyarakat di luar sana haruslah sentiasa berwaspada dan:
Pastikan lubang dan ruang bawah pintu di tutup rapat
Sentiasa berjaga jaga, ketuk kasut sebelum pakai
Kemas rumah, buang longgokan barang yang tidak digunakan
Sumber: PHM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang muda sukan berbasikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang dilangsungkan di New Delhi, India.
Dalam pertandingan itu, Nurul Izzati yang kini berusia 20 tahun bejaya mengetepikan saingan daripada Tong Mengqi yang berasal dari China yang menduduki kedudukan kedua sekaligus merangkul pingat perak
Manakala, seorang lagi atlet Malaysia, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan di podium dengan meraih pingat gangsa.
Nurul Izzah digendong Anis (berbaju hitam) meraikan kemenangan meeka. Kredit foto: Skuad Berbasikal Trek Negara/Harian Metro
Kejayaan yang ditempa Nurul Izzah menjadi titik pembakar semangat kepada pasukan berbasikan wanita negara untuk mara lebih maju. Kali terakhir atlet Malaysia berjaya memperoleh emas dalam acara ini adalah menerusi Fatehah Mustapa pada tahun 2012.
Sebelum ini, pada Rabu lalu Nurul Izzah terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan dan kemudiannya pada Jumaat dia meraih pingat gangsa dalam acara pecut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketumbit merupakan satu bisul kecil yang terdapat di bahagian kelopak mata hasil daripada jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Dahulu, bila sebut tentang ketumbit, mungkin ramai yang menganggap ia adalah satu perbuatan ‘mengintai’ orang di bilik air. Namun, ia tidak benar sama sekali.
Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata. Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan, tetapi ada sesetengah kes mungkin individu tersebut mendapat komplikai yang lebih teruk sekiranya jangkitan merebak ke bahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis.
Jadi, apa yang korang perlu lakukan sekiranya mata korang ditumbuhi ketumbit?
Ikuti cara rawatan mudah yang dikongsi oleh Dr. Lael Salim ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Air suam
– Tuala bersih
– Syampu bayi (tidak pedihkan mata)
– Putik kapas
– Cawan kecil
– Cermin
Mula-mula, korang celupkan kain bersih ke dalam air suam. Perah dan tuamkan pada kedua-belah mata selama 2 minit. Kemudian, bancuhkan air suam lain di dalam cawan dan letakkan beberapa titis syampu bayi. Kacau bagi rata.
Gunakan putik kapas dan gosokkan dengan lembut air sabun tersebut pada akar bulu mata di hadapan cermin. Sebelah tangan korang pegang putik kapas, sebelah lagi tari kelopak mata.
Ulangi langkah tersebut dua kali setiap hari. InsyaAllah tiada lagi ketumbit.
Mudah sahaja rupanya nak rawat ketumbit ni. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada semua.
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Foto Via Pexels
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Kalau korang perasan kini ramai yang beralih ke rutin ini untuk kekal fit. Selebriti popular juga tidak ketinggalan mengamalkan workout ni tau antaranya Gigi Hadid, Bella Hadid, Adriana Lima, dan juga Blackpink Lisa antara yang berlatih tinju sebagai rutin workout.
Seiring dengan peredaran zaman, sukan ini telah berevolusi dan bervariasi. Antara variasi yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia adalah kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA).
Walau apa pun variasinya, ia tetap sukan tinju yang mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kita.
Hilangkan Stress Dan Terapi!
Satu kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa boxing membantu melepaskan tekanan fizikal dan mental. Tinju dapat menurunkan hormon stress seperti kortisol, sambil meningkatkan endorfin. Tinju secara semula jadi akan menaikkan mood, yang seterusnya dapat menghilangkan tekanan.
Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tinju memerlukan tubuh badan anda sentiasa bergerak bagi menumbuk dan menangkis serangan lawan. Pada saat inilah jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
Melatih Paru-Paru & Sistem Pernafasan
Boxing secara kerap, secara tidak langsung dapat melatih paru-paru dan sistem pernafasan agar ia menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Bakar Kalori
Kalau anda mempunyai masalah berat badan, tinju sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana tinju memerlukan banyak tenaga agar tubuh badan dapat bekerja dengan lebih baik. Disebabkan itu, ia memerlukan banyak kalori untuk dibakar bagi menjana tenaga.
Pertahanan Diri
Tinju mengajar kita tentang pertahanan diri. Tinju menjadi kita cergas dan kompetitif di gelanggang, jadi ia boleh dimanfaat dalam situasi sebenar bila anda berdepan dengan ancaman. Anda tahu bila mahu bertindak dan mengelak dengan pihak lawan.
Meningkatkan Koordinasi Tubuh Badan
Tinju juga memerlukan pergerakan yang cepat dan tangkas. Dengan kerap melakukan tinju, dapat melatih pergerakan tangan, kaki dan seluruh tubuh badan agar selaras, tepat dan situ.