
Ibu bapa diingatkan supaya tidak ambil enteng sekiranya anak-anak kecil mengadu sakit pada musim panas melanda negara ketika ini.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, terdapat beberapa tanda boleh dikesan sekiranya diserang strok haba antaranya muka merah, sakit kepala, tangan sejuk, pening dan muntah.
ARTIKEL BERKAITAN: Varian Arcturus: Tidak Mustahil Pemakaian Pelitup Muka Akan Diwajibkan Semula Oleh KKM
Tulisnya, tanda-tanda berkenaan perlu dicegah berikutan ia boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang.
Selain itu, PHM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa terhidrat, elak tinggal anak di kenderaan, berpakaian terang, ringan dan longgar, bermain di tempat teduh dan kekal di rumah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Public Health Malaysia