Sumber Foto : Al Jazeera

Hati ini mendoakan agar perkara seperti ini tidak akan berlaku, tapi statistik tidak pernah menipu.

 

Keputusan Jawatankuara Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kerajaan negara Jepun untuk meneruskan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai ini pada asalnya mendapat pelbagai pandangan – ada yang memandangnya positif dan tidak kurang juga yang mengkritik risiko yang diambil mereka.

Ya, Tokyo 2020 telah lama tertangguh sejak tahun lalu lagi. Setahun berlalu dengan harapan pandemik di seluruh dunia akan beransur pulih demi mewujudkan persekitaran bertanding yang lebih selamat serta tentunya sihat.

Namun seperti yang kita tahu, dunia masih belum memenangi ‘perang’ menentang wabak ini.

IKLAN

via GIPHY

Dengan kehadiran delegasi termasuk atlet dan pegawai sukan dari negara-negara yang akan bertanding di Jepun sejak awal bulan ini, AKHIRNYA berita yang paling kita harapkan tidak akan muncul telah dilaporkan.

Seorang atlet dan lima orang kakitangan Tokyo 2020 telah disahkan postif COVID-19.

Perkara itu diumumkan oleh pihak penganjur semalam. Ia melibatkan seorang atlet bukan warganegara Jepun dan dia kini diletakkan di bawah perintah kuarantin selama 14 hari.

IKLAN

Lima kakitangan yang dimaksudkan pula membabitkan empat orang kontraktor tempatan dan seorang pegawai Tokyo 2020.

Perkembangan ini telah menjadi topik kerisauan di kalangan warganet (dan mungkin sekali di kalangan delegasi yang akan bertanding). Masing-masing meluahkan rasa takut mereka sekiranya lebih ramai akan dijangkiti wabak Covid-19 atau varian lain di Jepun.

Bagaimanapun, Presiden IOC, Thomas Bach berkata dia TIDAK bimbang dengan penularan sebegini sepanjang temasya kelak.

IKLAN
Hati-Hati #TeamMAS! Ada Atlet Olimpik Di Jepun Mula Dijangkiti COVID-19
Sumber Foto : The Straits Times

Ulasnya, “Risiko untuk penghuni Perkampungan Sukan Olimpik dan risiko untuk penduduk Jepun adalah sifar.” Hhm.. yakin betul ya.

Apapun, itulah juga yang kami harapkan; agar kes positif COVID-19 tidak akan memuncak sepanjang temasya ini berlangsung. Diharap pasukan Malaysia yang akan ke Jepun secara beransur-ansur akan dijauhkan daripada risiko jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN : Atlet Malaysia Yang Layakkan Diri – REMAJA

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan kemungkin Tokyo 2020 akan menjadi Sukan Olimpik paling sunyi dalam sejarah penganjurannya.

BACA LAGI : Tokyo 2020 Sukan Olimpik Paling Sunyi Tanpa Penonton – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI