Korang pernah dengar tak tentang Bunion? Ha, mesti ada dikalangan kita yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai penyakit ini.
Bunion adalah benjolan yang terhasil secara perlahan di tepi tulang ibu jari kaki. Masalah ini berlaku apabila tulang ibu kaki bergesel dengan tulang jari telunjuk.
Arghh, dengar pun dah rasa ngilu.
Kalau korang nak tahu, jika memilih kasut yang tidak sesuai dan dipakai tidak betul, kaki korang boleh terkena sindrom bunion ini. Ia boleh jadi lebih teruk sekiranya korang tidak ambil perhatian. Silap-silap kaki boleh kena bedah.
Namun begitu, bunion ini juga mungkin disebabkan oleh faktor genetik. Jadi korang perlu memastikan sama ada ia bahaya atau tidak dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Penyakit ini tidak akan mengubah struktur tulang kaki tapi boleh membuatkan kaki korang tidak selesa, cramp dan menjadikan kaki selalu kelihatan lebam.
Ads
Benjolan yang terkeluar ini juga akan mengakibatkan korang susah nak pakai kasut.
Punca bunion
1. Berdiri lama sangat
2. Pakai kasut yang ketat sehinggakan jari korang terhimpit
Ads
3. Pakai heels yang terlampau tinggi sampaikan terlalu banyak tekanan pada ibu jari
4. Mengalami rheumatoid arthritis
Rawatan
1. Makan ubat tahan sakit
2. Letakkan kiub ais di bahagian ibu jari kaki (bantu kurangkan kesan lebam)
Ads
3. Gunakan bandage untuk betulkan balik rangka tulang kaki
Namun, sekiranya dah terlampau parah, operation adalah jalan terakhir untuk mengatasi masalah bunion ini.
Jadi, bagi mengelakkan daripada terkena bunion, pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki dan cari bahan dan bentuk kasut yang tidak memberi tekanan pada telapak kaki.
Nampaknya pepatah beauty is pain tu dah tak boleh nak gunakan sangat sebab kalau korang sakit nanti, korang juga yang menderita. Betul tak? Hiks!
Suka atau tidak, kita semua mementingkan paras rupa yang normal dan sama seperti orang lain. Namun, cuba bayangkan sekiranya ada sesuatu yang berbeza mengenai fizikal kamu, adakah kamu akan kekal yakin dengan diri sendiri apabila berhadapan dengan orang di sekeliling?
Ini adalah sesuatu yang dihadapi oleh Maci Currin dari Texas Amerika Syarikat apabila dia dilahirkan dengan fizikal kaki yang cukup panjang sehinggakan dia mampu mencatat rekod dunia baharu dengannya!
Remaja berusia 17 tahun itu disahkan kini memegang rekod kaki perempuan terpanjang setelah mengenepikan pemegang rekod terdahulu dari Rusia, Ekaterina Lisina.
Kaki Maci berukuran 134.3sm untuk sebelah kanan dan 135.3sm untuk sebelah kiri. Pergh, itu dah setingga ketinggian sehingga paras dada bagi kebanyakan daripada orang Asia.
Menurut Maci, pada mulanya dia tidak mengambil berat pun mengenai ketinggian di luar normanya kerana ada sahaja remaja perempuan di Amerika Syarikat yang tinggi-tinggi belaka.
Bagaimanapun, apabila dia terpaksa menempah khas seluar jenis leggings kerana tidak menjumpai ukuran leggings yang bersesuaian untuknya, barulah dia sedar bahawa dia mampu untuk mencatatkan rekod dunia dengan kakinya itu.
Bagi kebanyakan remaja, mereka tentunya tidak selesa dengan jika berdiri pada ketinggi 6 kaki 10 inci seperti Maci. Baginya Maci pula, dia mengajak remaja seusia dengannya untuk menerima fizikal yang unik pada diri masing-masing.
“Dengan rekod yang saya pegang ini, saya berharap agar saya mampu memberikan inspirasi kepada wanita-wanita tinggi di seluruh dunia. Don’t hide it, embrace it,” katanya.
Walaupun Maci memegang rekod kaki perempuan terpanjang dunia, rekod bagi perempuan tertinggi dunia masing dipegang oleh Sun Fang dari China dengan ketinggian 7 kaki 3 inci.
*
Walaupun apapun rupa fizikal yang kita miliki, seharusnya kita berbangga dengannya dan jangan sesekali membenarkan sesiapa untuk ‘membuli’ kita disebabkannya. Iyalah, sekarang kan tengah tular dengan kes body shaming di sana-sini.
Masing-masing memiliki daya tarikan tersendiri bukan saja dari segi paras rupa bahkan personaliti dan aura.
Walaupun ada yang berdahi jendul, muka bentuk bulat, bujur, panjang atau lebar sekalipun; bila sudah gayakan stail tudung masing-masing, memang nampak sangat cantik!
Dan REMAJA juga yakin kamu sendiri pun mesti ada stail tudung sendiri, tapi Raya Aidilfitri ini apa kata korang cuba tukar gaya tersebut dan tiru stail selebritii di bawah pula;
Memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial, menjadikan mereka idola dan inspirasi khususnya di kalangan hijabi.
Selalunya mereka ini akan terinspirasi dengan cara berfesyen serta gaya hidup public figure kesayangan. Jom sis kita lihat siapakah 11 selebriti berhijab pilihan Hijabista!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak kisah orang gemuk menjadi kurus viral di media sosial. Rata-rata melahirkan kekaguman bagaimana berat dari 100 kg menurun kepada 60 kg mengikut ideal individu.
Mereka yang berjaya mengurangkan berat badan pasti akan berkongsi petua bagaimana diet ketat dilakukan. Ada beberapa sebab mengapa ramai cuba menurunkan berat badan.
Antaranya mahu gaya hidup lebih sihat. Ada juga yang berasa terhina, pernah dicemuh dan tak kurang juga pernah diketepikan kekasih kerana mempunyai berat badan berlebihan.
Kenapa kebanyakan orang kagum bila individu gemuk menjadi kurus? Adakah kurus dilihat cantik? Tidak lakukah yang berbadan gempal?
Risiko paling utama bila berat badan mulai kurus, payudara akan mula mengecut! Betul ke?
Kebanyakan remaja berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ramai mengatakan kurus itu cantik. Mampu pakai baju ikut bentuk badan dan lain-lain jawapan. Malah kurus itu juga dikatakan mampu menawan hati kekasih. Tak kurang juga ada yang memilih untuk kurus kerana tak tahan dibuli rakan sekolah.
Ketika kecil, makan banyak begini masih dianggap “cute” dan comel bagi sesetengah orang tapi kalau tabiat makan ini diteruskan sehingga remaja dan dewasa ia boleh menimbulkan masalah kesihatan
Dalam dunia kesihatan, kebanyakannya menumpu kepada masalah obesiti berbanding dengan masalah kekurangan berat badan.
Kurang berat badan atau kurus lebih sinonim dengan kecantikan. Persoalannya, adakah kekurangan berat badan ini tiada berisiko kepada masalah kesihatan?
Memandangkan semua obses dengan kurus dan kecantikan, baca nasihat Pegawai Dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkaitan risiko jika tubuh terlalu kurus.
Pegawai Dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Jelas Puan Rafidah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Dietetik berkata, kurus atau kurang berat badan memang boleh dikatakan menawan.
“Tetapi hakikatnya jika terlampau kurus boleh mengundang kepada beberapa risiko kesihatan. Antaranya malnutrisi, kekurangan vitamin atau anaemia (kekurangan darah merah).
“Di samping itu, kekurangan pengambilan vitamin D dan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis. Sistem pertahanan tubuh, pertumbuhan terutamanya kanak-kanak dan remaja serta kesuburan juga boleh terjejas selain melambatkan proses penyembuhan luka selepas menjalani pembedahan,’ katanya memberi penerangan awal risiko jika terlampau kurus.
Jelasnya lagi, tubuh manusia memerlukan keseimbangan. Dalam diet keterlaluan, tubuh akan kehilangan sesuatu.
“Sebagai contoh malnutrisi yang bermaksud kekurangan zat makanan di dalam badan. Ianya biasa terjadi kepada individu yang mempunyai kurang berat badan sama ada disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, ataupun mempunyai penyakit yang mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan yang dimakan.
“Malnutrisi akan menyebabkan individu mengalami anaemia dan kekurangan vitamin. Pada jangka panjang, malnutrisi akan mengakibatkan tubuh badan menjadi cepat lesu, kerap jatuh sakit, mudah mendapat jangkitan, hormon tidak seimbang yang mengganggu kitaran haid, rambut gugur dan kulit kering.
Tambahnya lagi, penurunan berat yang mendadak boleh mengecilkan saiz payudara. Ini kerana elastin dan kolagen yang memberi sokongan kepada tisu payudara mengalami tekanan yang menyebabkan ianya berkurangan. Dalam erti kata lain, payudara akan mulai kendur dalam susah untuk mendapatkan kembali tubuh yang montok.
Dalam pada itu, Puan Rafidah berkata, pemakanan yang cukup dan seimbang adalah asas yang penting bagi kesihatan individu terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita yang sihat mampu memelihara kesihatan anak-anak.
Anak-anak wanita yang mengalami malnutrisi berisiko mengalami masalah kognitif, kurang ketinggian, mudah mendapat jangkitan serta berisiko tinggi mendapat penyakit serta boleh mengakibatkan wanita mengalami kesukaran ketika proses bersalin.
Jelasnya lagi, remaja wanita adalah golongan yang paling berisiko tinggi mengalami masalah malnutrisi kerana mereka sedang mengalami pertumbuhan yang pesat semasa remaja. Mereka memerlukan lebih protein untuk pecutan pertumbuhan manakala zat besi dan mikronutrien lain diperlukan semasa mengalami kitaran haid.
Anda bayangkan bagaimana remaja yang memerlukan lebih tenaga dan protein tetapi sengaja mengurangkan nutrisi akibat mahu kekal kurus.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anaemia kekurangan darah merah yang penting sebagai pengangkut oksigen daripada paru-paru ke tisu badan.
Individu yang kurus perlu melakukan senaman berkala. Senaman berkala yang dilakukan akan meningkatkan selera makan serta meningkatkan otot di tubuh badan. Otot adalah lebih berat daripada tisu lemak. Tubuh badan yang berotot adalah mempunyai bentuk yang lebih cantik dan menawan.
Kurus itu cantik kalau tubuh anda cukup dan lengkap pertumbuhannya. Jangan kerana terlalu obses kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Biarlah tubuh tak kurus mana tapi hati mesti mahu baik. Betulkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.