Kalau korang masih ingat, beberapa koleksi sneakers yang pernah dilancarkan oleh Skechers Malaysia sebelum ini telah mendapat ilham daripada anime dan manga Jepun seperti One Piece (2019) dan Sailor Moon (2020).
Terbaru, satu lagi koleksi kolaborasi yang diinspirasikan daripada manga popular telah menemui pasaran Malaysia pada HARI INI.
Ia merupakan koleksi Skechers X One Punch Man yang hadir dalam empat warna dan rekaan berlainan berdasarkan karakter siri manga tersebut. Warna tersebut ditampilkan pada bahagian paneling, insole dan tougue kasut.
Pilihan yang ada terdiri daripada hero utamanya, Saitama (kuning & merah), Genos (biru tua & hitam), Tornado (hijau muda & hijau tua) dan Sonic (ungu & hitam) yang juga merupakan watak ninja ‘villain’ dalam siri ini.
Skechers X One Punch Man. SAITAMA.
Skechers X One Punch Man. GENOS.
Ads
Skechers X One Punch Man. TERRIBLE TORNADO.
Skechers X One Punch Man. SPEED O SOUND SONIC.
Selain daripada warnanya yang menarik, REMAJA yakin dengan keselesaan yang akan korang rasai pada sneakers bersiluet Stamina 2.0 ‘chunky’ ini.
Ia mempunyai tapak yang agak tebal dan Air-Cooled Memory Foam pada bahagian dalam untuk memastikan pemakai selesa semasa berjalan.
Ads
Menariknya, koleksi Skechers X One Punch Man bukan hanya menawarkan rekaan sneakers semata-mata.
Seperti koleksi Skechers X Sailor Moon tahun lalu, terdapat juga koleksi pakaian yang boleh korang miliki seperti hoodie uniseks yang diinspirasikan daripada karakter One Punch dan satu-satunya rekaan pullover yang menampilkan karakter Tornado.
Skechers X One Punch Man. Hoodies RM379 .
Skechers X One Punch Man. Pullover (Tornado) RM279..
Bagi peminat One Punch Man, tentunya korang akan appreciate beberapa simbol pada hoodie seperti lakaran wajah, nama pada bahagian hadapan baju berserta panggilan jolokan dalam bahasa Jepun dan pada lengannya.
*
Koleksi Skechers X One Punch Man boleh didapati secara online DI SINI, di platform Shopee atau di stor Skechers terpilih sepeti 1 Utama, Mid Valley, Pavilion, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Intermark Mall dan beberapa lagi stor lain.
Sneakers yang didatangkan dalam saiz lelaki dan perempuan dijual pada harga RM459 setiap satu. Sementara itu, hoodie dan pullover masing-masing boleh dimiliki pada harga RM379 dan RM279, setiap satu.
Dengar cerita, stok cepat habis di website mereka. Jadi pastikan korang cepat-cepat rebut, okay!
*
Sambil itu, jom lihat mengapa Nabila Razali menggemari sneakers Skechers.
Besok dah nak masuk Ramadan. Semua dah shopping kurma dan susu ke??? Jangan lupa amalkan ini ye masa sahur. Sudah pastinya dengan mengamalkan makanan sunnah Rasulullah ini, kita dapat mengekalkan tenaga berpuasa walaupun kali ini suasananya agak berbeza. Memang tahan lapar bila makan kurma tau!
Sekarang ni dah bermacam-macam produk susu komersial di pasaran,sebut je nak jenama apa. Tapi lebih enak dan sedap lagi kalau kita buat sendiri. Paling penting stok pati kurma ni boleh bertahan lama.
CARA BUAT STOCK PATI KURMA
Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.
1) Buang biji & basuh kurma
2) Stim 20min
3) Blend sampai hancur
4) Simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
5) Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.
Mudah betul cara nak buat stok pati kurma ni. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Penyanyi Billie Eilish dan imej rambut berwarna seakan tidak boleh dipisahkan. Dari perang ke biru ke platinum putih!
Dan siapa boleh melupakan warna campuran hijau neon dan hitam untuk rambut Billie sepanjang dua ke tiga tahun. Setelah menamatkan era ‘Happier Than Ever’, Billie memilih warna gelap semula.
Menariknya – tidak seperti rockstar dan penyanyi terkenal lain – Billie tidak mempunyai pasukan ‘glam squad’ untuk menyiapkan solekan dan dandanan rambutnya sewaktu siri jelajah konsert. Segala-galanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya pada waktu itu.
“Sejak usia saya 10 tahun, saya telah banyak kali menukar warna rambut saya. Saya pun tidak sedar ia adalah sebahagian daripada (imej) diri saya. Saya hanya warnakannya.
“Saya tidak pernah merancang untuk imej saya dikenali kerana warna rambut. Ibu bapa saya juga tidak kisah dengan ‘hobi’ saya ini dan ia membuatkan saya selesa mewarnakannya,” katanya kepada Vogue dalam video terbaru Beauty Secrets mereka.
“Pada awalnya, saya warnakan rambut biru ketika berumur 9 tahun. Kemudian pada usia 13 tahun, saya bleach rambut untuk kali pertama dan saya mempunyai rambut putih selama bertahun-tahun.”
“Begitupun (sekarang), warna hitam membuatkan saya merasa paling selesa dengan diri sendiri walaupun warna semulajadi saya adalah perang.”
“Dengan rambut hitam, lebih mudah untuk saya berada di dunia luar dan menjadi normal. Ia mengubah hidup saya. Apabila saya mempunyai rambut hijau dahulu, saya tidak boleh lakukan banyak perkara,” tambah Billie lagi.
Khabarnya, Billie ingin kekal dengan imej ‘berambut normal’ ini jangka masa yang panjang.
Tapi jujurnya, REMAJA merasakan hanya Billie sahaja yang mampu mencuba sesuatu di luar kotak apabila menyentuh tentang warna rambut. Jika selebriti lain yang melakukannya, tidak semestinya warna-warna pelik ini akan mudah diterima oleh para peminat. Setuju?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa mengetahui pucuk pangkal isu gaun pelakon berhijab, Natasha Hudson di sebuah acara pengumuman sebagai duta produk Selasa lalu, pereka fesyen Rizman Nordin yang mewakili Rizman Ruzaini mengakui terkejut apabila melihat gaun rekaan mereka mencipta kontroversi pada minggu ini.
Gaun tersebut mempunyai perincian draping pada bahagian bahu dan ditutup hanya dengan fabrik telus pandang. Ia juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sarung bagi memudahkan pemakai berjalan.
Pada pandangan kasar, ia adalah gaun yang cantik dan boleh dikategorikan sebagai sopan. Namun apabila ia disarungkan oleh seseorang yang berhijab, tentunya ia boleh mencetuskan kontroversi.
Akui Rizman ketika ditemu ramah oleh rakan media di Kosmo! Online, gaun tersebut adalah sebahagian daripada koleksi pakaian pengantin yang dipertontonkan oleh Rizman Ruzaini semasa pertunjukan fesyen The Wedding KL 2018. Pada waktu itu, ia telah disarungkan oleh model tinggi lampai, Tuti Noor.
Tuti Noor semasa memperagakan gaun tersebut di acara The Wedding KL 2018.
Gaun sama disarungkan oleh Tuti Noor dari 2.35 – 3.20.
Tidak lama selepas itu, ia telah dipinjamkan pula kepada pasukan produksi Hijab & Heels untuk sebuah penggambaran bersama pelakon Fasha Sandha; juga pada tahun 2018.
Justeru, apabila gaun yang sama kembali diperkatakan minggu ini apabila disarung oleh seorang wanita berhijab, tentulah perekanya terkejut kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan imej si pemakai.
“Baju tersebut telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus dan dibeli oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya secara online, tiga bulan lalu. Ia direka untuk wanita free hair (tidak berhijab).
“Jujurnya sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seorang yang berhijab. Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu.
“Kami telah banyak bekerjasama dengan selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat. Sejujurnya, saya marah dn terkejut apabila mendapat tahu,” jelasnya.
Industri seni hiburan dan fesyen Malaysia sememangnya saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Seharusnya semua pihak haruslah peka dengan perkara sensitif seperti aurat wanita berhijab seperti yang dipraktikkan oleh Rizman Ruzaini.
Ini termasuklah penata gaya selebriti dan selebriti itu sendiri yang membawa imej sebagai seorang figura awam di negara ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...