Baru-baru ini, seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nurin Erdiani Mhd Fadzil mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada lima individu di seluruh dunia yang menerima ‘Emerging Scholar Award’ sempena 21st International Conference on Technology and Society 2025 di Taiwan.

Difahamkan, anugerah ini merupakan salah satu anugerah berprestij yang diberikan oleh Common Ground Research Networks yang berpusat di Illinois, Amerika Syarikat di mana ia bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan akademik.

Namun anugerah ini turut menghargai dedikasi penyelidik muda terhadap pembangunan ilmu dan teknologi serta penerima dipilih kerana mempunyai potensi besar untuk membentuk masa depan pendidikan dan penyelidikan.

Harumkan Nama UKM Di Taiwan, Nurin Erdiani Antara 5 Penerima Anugerah Terbaik Dunia

Harumkan Nama UKM Di Taiwan, Nurin Erdiani Antara 5 Penerima Anugerah Terbaik Dunia
Kredit foto: LinkedIn Nurin Erdiani Mhd Fadzil

Dalam pada itu, pencapaian Nurin juga sekaligus membuktikan kemampuan anak Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Lebih membanggakan, empat lagi penerima anugerah ini datang dari institusi akademik tersohor dunia seperti University of Cambridge (United Kingdom), Ontario College of Art and Design University (Kanada), National University of Singapore (NUS) dan University of the Pacific, San Francisco (Amerika Syarikat).

Ads

Menurut Nurin Erdiani, kejayaan ini adalah pemangkin untuk beliau terus melangkah lebih baik pada masa akan datang. 

“Penghormatan diberi memberi dorongan besar kepada saya untuk terus aktif dalam bidang akademik, khususnya meneroka potensi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam pedagogi bahasa,” katanya.

Ads

“Ia juga memperluaskan jaringan penyelidikan di peringkat global dan membuka peluang kerjasama rentas institusi,” jelasnya lagi.

Harumkan Nama UKM Di Taiwan, Nurin Erdiani Antara 5 Penerima Anugerah Terbaik Dunia
Kredit foto: LinkedIn Nurin Erdiani Mhd Fadzil
Harumkan Nama UKM Di Taiwan, Nurin Erdiani Antara 5 Penerima Anugerah Terbaik Dunia
Kredit foto: LinkedIn Nurin Erdiani Mhd Fadzil
Harumkan Nama UKM Di Taiwan, Nurin Erdiani Antara 5 Penerima Anugerah Terbaik Dunia
Kredit foto: LinkedIn Nurin Erdiani Mhd Fadzil

Tambahnya, setiap perjalanan penyelidikan memerlukan kesabaran, keazaman dan rasa ingin tahu yang konsisten. Selain itu, setiap penyelidik muda di Malaysia perlu yakin bahawa hasil kerja mereka mampu memberi impak walaupun bermula dari langkah kecil.

Ads

Untuk pengetahuan, Nurin meraih pengiktirafan ini melalui pembentangan kajian PhD beliau yang membangunkan kerangka pembelajaran multimodal bagi pengajaran penulisan akademik Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) untuk pelajar universiti.

Kerangka ini juga menggabungkan enam konstruk utama termasuk integrasi AI, penggunaan teknologi digital, reka letak tipografi, nilai estetik, isyarat kontekstual dan kekohesifan penulisan yang mampu memberi impak positif kepada pelajar dan pendidik.

Sumber: Sinar Bestari

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads