Insiden pelanggaran bahagian bahu yang dialami oleh pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom semasa pusingan kelayakan keirin lelaki sebentar tadi sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada peminat sukan yang setia menonton di Malaysia.

Ada yang marah dengan pelumba basikal Great Britain, Jack Carlin. Ada juga yang risaukan keadaan Shah Firdaus yang serta-merta dibawa ke hospital untuk memeriksa kecederaan pada bahagian rusuknya.

Dalam keadaan tercedera, atlet muda itu masih ketal untuk bertarung di pusingan repecharge dan akhirnya berjaya juga layak ke pusingan suku akhir esok pagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Shah Firdaus Mara : 5 Fakta Anak Kelahiran Muar Ini – REMAJA

IKLAN

Sama-samalah kita doakan agar Shah Firdaus akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk bertarung bersama-sama pelumba basikal senior negara, Datuk Azizulhasni Awang yang turut layak dengan kemenangan selesa.

*

Salah satu perkara yang membuatkan ramai rakyat Malaysia yang menonton tadi adalah kod yang diletakkan pada nama Shah Firdaus. ‘Heat’ kedua terpaksa dilangsungkan semula selepas insiden pelanggaran itu. Bagaimanapun, Shah Firdaus dan seorang lagi atlet dari Kazakhstan yang terjatuh tidak terlibat dalam perlumbaan semula dan terus diletakkan dalam pusingan repecharge.

Apa Maksud DNS dan DNF Di Sukan Olimpik? *Hint* Bukan ‘Disqualified’Apa Maksud DNS dan DNF Di Sukan Olimpik? *Hint* Bukan ‘Disqualified’

IKLAN

Di sebelah nama Shah Firdaus ialah tanda DNS yang membawa maksud Did Not Start. Ia tidak bermaksud atlet itu ‘disqualified’ atau hilang kelayakan untuk bertarung.

DNS di Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini digunakan khas bagi atlet yang tidak dapat meneruskan perlumbaan atas sebab-sebab tertentu terutamanya sebab kesihatan. Sebagai contoh jika seorang atlet secara tiba-tiba disahkan positif COVID-19 di tengah-tengah kejohanan, nama mereka akan diletakkan tanda DNS dalam senarai atlet.

Apa Maksud DNS dan DNF Di Sukan Olimpik? *Hint* Bukan ‘Disqualified’

IKLAN

Dalam kes Shah Firdaus tadi, jelaslah pelumba basikal negara itu dan pelumba Kazakhstan memerlukan masa untuk merawat kecederaan dan menukar pakaian terkoyak sebelum berlumba dalam pusingan repecharge.

Dalam situasi di mana seseorang atlet positif COVID-19, dirinya akan digantikan dengan atlet yang berada dalam kelompok ‘reserve’. Kelompok reserve ini terdiri daripada seorang atau dua orang atlet yang bersiap sedia untuk bertanding jika ada yang menarik diri.

Contohnya seperti semasa penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee menduduki tangga ke-20 semasa pusingan kelayakan acara terjun 3m papan anjal individu wanita. Walaupun di atas kertas Wendy sudah terlepas peluang ke separuh akhir kerana gagal berada dalam kalangan 18 penerjun terbaik, dia diletakkan dalam kedudukan reserve bersama atlet yang menduduki tangga ke-19.

Apa Maksud DNS dan DNF Di Sukan Olimpik? *Hint* Bukan ‘Disqualified’
Walaupun tercedera, Shah Firdaus masih positif, mempunyai semangat sportmanship dan menunjukkan tanda ‘thumbs up’ kepada kamera.

Sementara itu, tanda DNF pula bermaksud Did Not Finish. Ia akan diletakkan pada nama atlet sekiranya mereka gagal menamatkan perlumbaan atau perlawanan terutamanya akibat faktor kesihatan.

Beberapa lagi kod ‘abbreviation’ yang korang akan selalu nampak dalam acara sukan adalah PR (Personal Record), KO (Knock Out – tidak dapat meneruskan perlawanan) dan DQ (Disqualified – dibatalkan kelayakan).

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI