Sebentar tadi, rata-rata jantung rakyat Malaysia bagaikan nak luruh melihat salah seorang pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh ketika perlumbaan acara keirin yang berlangsung di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Foto Kredit : Bernama
Insiden ini berlaku di perlumbaan kedua pusingan kelayakan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tampak seakan tergelincir dan terjatuh ketika sedang mengejar pendahulu. Kejatuhannya itu telah menyebabkan seorang lagi pelumba di belakangnya, Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan turut terjatuh.
Namun, semangat juang anak kelahiran Muar, Johor ini tidak pudar apabila akhirnya beliau berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam satu lagi perlumbaan Men’s Keirin Repechages -Heat 1 yang diadakan sebentar tadi.
Dalam keadaan sakit akibat kemalangan yang pertamanya, sekali lagi beliau hampir terbabas sekali lagi selepas terdapat sentuhan bersama dengan pelumba lain ketika sedang mengejar pelumba di hadapannya.
Mujur beliau dapat mengawal basikalnya dan sekali gus berjaya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan. Beliau telah berusaha memecut laju memotong satu demi satu pelumba yang berada di hadapannya untuk berada di tempat kedua selepas tamat perlumbaan.
Tempat kedua itu sudah cukup untuk melayakkan dirinya ke pusingan seterusnya mengikut jejak langkah Dato’ Azizulhasni Awang. Sementara itu, seorang lagi atlet trek basikal Malaysia ‘The Pocket Rocket Man’, Datuk Azizulhasni Awang telah menamatkan perlumbaan pusingan pertama acara Keirin lelaki dengan menduduki tempat pertama. Kemenangan itu melayakkan mereka untuk ke peringkat suku akhir.
Lantas, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya Shah Firdaus, pelumba trek negara berusia 25 tahun ini.
Ini merupakan lima fakta menarik mengenainya.
.
01
Pemililik nama penuh Muhammad Shah Firdaus Sharom ini merupakan seorang atlet kelahiran Muar, Johor.
Ads
.
02
Shah telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun yang lalu apabila dia semakin ‘garang’ melaungkan keringat di velodrom dan dilihat berpotensi untuk meneruskan kejayaan Malaysia dalam sukan tersebut.
Antara pencapaian yang masih diingati adalah semasa Shah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada tahun 2019.
.
03
Ini sebenarnya bukanlah kejohanan pertama yang menyaksikan Shah mengenepikan Azizulhasni. Pada Februari lalu, pencapaian satu-dua yang sama telah diraih olehnya di Kejohanan Keirin Victoria.
Shah dan Azizulhasni masing-masing telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan Julai depan. Lalu, kejohanan yang disertai mereka pada awal tahun ini dianggap sebagai satu sesi latihan serta simulasi untuk kejohanan terbesar dunia itu.
.
05
Ini juga bakal menjadi penampilan pertama atlet berketinggian 181cm ini di Sukan Olimpik. Sebelum ini, dia melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018 di Gold Coast, Australia.
Biapun dia gagal menghadirkan sebarang pingat pada waktu itu, ia ternyata satu pengalaman bermakna untuknya membuktikan potensi di arena sukan sebesar itu.
Syabas Shah Firdaus dan Dato’ Azizulhasni Awang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, seorang remaja lelaki di China yang baru berusia 14 tahun ini bakal menjadi remaja tertinggi di dunia. Wow!
Xiaoyu yang juga masih bergelar pelajar sekolah ini berasal dari bandar Leshan di Wilayah Sichuan di China dilihat berdiri lebih tinggi berbanding keluarga dan rakan-rakannya.
Dengan ketinggian 7 kaki 3 inci ( 221 sentimeter), remaja itu menunggu pengesahan daripada Guinness World Record sebagai remaja lelaki tertinggi di dunia.
Ketinggian terbaru Xioyu dicatatkan pada hari lahirnya yang ke-14 tahun pada Ahad ( 18 oktober)
Keadaanya yang begitu besar menyebabkan dia memerlukan perabot yang ditempah khas untuknya.
Pada Ogos lalu, keluarganya mengemukakan permohonan agar Xiaoyu diperakui secara rasmi sebagai Remaha Tertinggi (lelaki) dalam Guinness Book of World Record.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8’1 kaki).
Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Namun di sebalik keindahan ini, terdapat tempat yang sebenarnya berbahaya untuk dikunjungi salah satunya kawah berapi yang dikenali sebagai
“mouth of hell” di Turkmenistan.
Baru-baru ini, Presiden Turkmenistan iaitu Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup dengan segera kawah berapi yang dikenali sebagai “mouth of hell” itu.
Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov
Jelasnya, walaupun kawah berapi ini menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Turkmenistan namun fenomena itu memberi kesan kepada alam sekitar gara-gara pembakaran yang berterusan sejak 50 tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan kepada menterinya agar mereka mencari pakar-pakar yang ada dalam usaha memadamkan pembakaran tersebut.
Foto Via Insider
Untuk info, Kawah berapi ini turut dikenali sebagai gas Darvaza dalam bahasa Turkmenistan: Jähennem derwezesi. “Pintu Neraka” atau “Gerbang Neraka” ini pada mulanya ialah sebuah ladang gas alam yang terletak di Derweze, Turkmenistan, yang runtuh dan menjadi lubang besar, sekaligus membuatnya menjadi kawah gas alam.
Para ahli geologi membakarnya untuk mencegah penyebaran gas metana, dan telah terus menyala sejak tahun 1971. Diameter kawahnya mencapai 69 meter (226 ft), sedangkan kedalamannya mencapai 30 meter (98 ft)
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa saja yang ingin terlibat dalam situasi cemas sewaktu berada di tengah-tengah penerbangan.
Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh 185 orang penumpang dan enam orang anak kapal pesawat Boeing 737 SpiceJet dalam perjalanan dari Patna ke Delhi setelah salah satu enjin pesawatnya terbakar di tengah-tengah penerbangan akibat hentakan burung.
Menurut laporan media di India, dalam keadaan tersebut, juruterbang pesawat iaitu Kapten Monica Khanna terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dia bertindak pantas dengan mematikan enjin penerbangan yang terjejas tadi dan mendarat semula di Lapangan Terbang Patna.
Jelas penumpang, biarpun mereka berada dalam ketakutan, Kapten Monica telahpun memastikan semua penumpang dan anak kapal selamat dengan melakukan pendaratan secara tenang bersama Pegawai Pertamanya, Balpreet Singh Bhatia.
Sehingga ke saat akhir pendaratan, hanya satu enjin saja berfungsi manakala api dalam enjin satu lagi telah padam ketika ia menghampiri landasan.
Lihat pautan video di bawah yang sempat merakam waktu selepas pesawat berlepas dari landasan.
Sebaik selamat mendarat, wakil syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang hadir menyambut Kapten Monica dengan tepukan!
Ternyata, tugas sebagai seorang juruterbang juga mampu digalas oleh seorang wanita. Cantik, bijak dan pantas bertindak, REMAJA pasti ramai pelajar perempuan di luar sana kini lebih yakin untuk menceburi bidang yang sinonim dengan dominasi kaum Adam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!