Baru-baru ini, sepasang kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di Kemaman, Terengganu.
Apa yang lebih mengharukan, pasangan kembar Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof (23) dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof (23) turut memberikan hadiah terindah kepada nenek mereka, Wan Zaharah Ahmad (79) yang telah menjaga mereka berdua sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya.
Dalina dan Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 20 Oktober lalu dan lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima ijazah kelas pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Menurut Dalina, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang jurutera dan kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna”
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya ketika ditemui media Sinar Harian.
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya sangat bangga dan terharu dengan kejayaan mereka. Walaupun kami tidak mempunyai banyak harta, saya selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Wan Zaharah juga turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
Pada majlis itu, Dalina telah dianugerahkan Anugerah Rektor atas kecemerlangannya yang tidak hanya terhad kepada bidang akademik tetapi juga aktif dalam kokurikulum. Dia juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Jad Rizalman Washif telah mencipta rekod baharu Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Ranau menerusi dua kategori berbeza iaitu acara pecut 100-meter dan 200-meter.
Pelajar berusia 17 tahun itu memadam rekod lama 11.0 saat acara 100-meter yang dipegang Rozaidi Ismail Othinin sejak 2016 dengan catatan baharu 10.5 saat. Manakala dalam acara 200-meter pula Jad mencatat masa 21.9 saat sekaligus memadam rekod lama 22.2 saat yang dipegang Azhad Khatidin Masile sejak 2018.
Selain itu, dia turut membantu pasukan sekolahnya untuk memenangi acara 4 x 100-meter. Dia yang diletakkan sebagai pelari terakhir beraksi cemerlang dengan mempamerkan kepantasan hingga ke penamat sebaik menerima baton daripada pelari ketiga.
Kecemerlangan anak jati Sabah ini bukanlah baharu, sebaliknya dia sudah berjinak dalam dunia olahraga sejak dibangku sekolah rendah lagi dan pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Jad menjadi tumpuan pada tahun 2017 apabila merangkul empat pingat emas kategori bawah 12 tahun bagi acara 100-meter, 200-meter, 4×100-meter, dan 4×200-meter pada Kejohanan Sekolah Kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang.
Bersama pasukan Malaysia yang menyertai kejohanan di Australia pada 2019
Pada 2019 pula, dia terbang jauh ke Australia mewakili negara dalam pertandingan Western Australia Little Athletics. Membuktikan kejaguhannya, dia berjaya menggondol pingat emas dalam ketegori pecut 200-meter.
Bapanya Washif Jafri merupakan figura penting dalam kejayaan Jad selama ini. Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram bersama piala yang dimenanginya, remaja berbakat besar ini berkata, “Saya tahu bagaimana cara nak bermain, tetapi dengan pertolonganmu ayah, kamu mengajar saya bagaimana untuk menang. Terima Kasih.”
Adakah Jad bakal bergelar permata dan raja pecut negara yang baharu? REMAJA wishing all the best to you young lad! Teruskan kecemerlangan sekali gus memberi inspirasi kepada generasi kini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Stor sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan telahpun berada dalam industri sukan negara sejak tahun 1993 lagi.
Dengan 130 buah stor buat masa ini, tidak hairanlah apabila kebanyakan daripada jersi bola sepak pasukan tempatan bagi musim 2021 boleh didapati di Al Ikhsan.
Sebelum musim terbaru liga bola sepak bermula, beberapa pasukan bola sepak sudahpun melancarkan rekaan jersi baharu masing-masing. Jom tengok siapakah di antara mereka?
.
Terengganu FC
Menerusi jenama AL, Al Ikhsan Sports Sdn Bhd bertindak untuk menaja kit jersi kelab bola sepak Terengganu FC untuk musim 2021. Sebagai salah sebuah kelab paling menonjol buat masa ini terutamanya dalam Liga Super Malaysia, semakin kuat sokongan peminat Terengganu kepada pasukan negeri mereka ini.
Jersi musim ini diinspirasikan daripada era 80-an dengan konsep minimalis. Ia masih mengekalkan warna signature hitam dan putih dan menggunakan kain polyester mikrofiber dengan teknologi Smart Dry untuk menghasilkan jersi ini.
Harga: RM99.00
Boleh didapati dari: Football Republic & laman web
.
.
Melaka United FC
Turut menerima penajaan rasmi daripada AL ialah pasukan bola sepak Melaka United (MUFC). Pasukan yang terkenal dengan panggilan Hang Tuah ini semakin konsisten dari segi prestasi dan sokongan peminat.
Jersi kali ini memilih warna hijau fluorescent sebagai simbolik perubahan status pasukan MUFC daripada Persatuan (Football Association) kepada Kelab (Football Club). Jersi ini mempunyai rekaan piksel dan turut menggunakan teknologi Smart Dry yang berfungsi mengeluarkan peluh dengan pantas.
Harga: RM99.00
Boleh didapati dari: Football Republic & laman web
.
.
Kelantan United FC
Pasukan ‘The Green Deers’ ini bertuah apabila menerima tajaan oleh jenama UMBRO, iaitu satu jenama yang dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports di Malaysia. Setelah beraksi cemerlang dalam liga M3 dan dinobatkan sebagai juara, Kelantan United FC kini berpeluang untuk bersaing dalam Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Harga: RM119.90
Boleh didapati dari: Football Republic, cawangan Al-Ikhsan seluruh Kelantan & laman web
.
.
Kedah Darul Aman FC
Akhir sekali, pasukan Kedah Darul Aman FC tampil dengan rekaan jersi baharu yang menerima tajaan hasil kerjasama Lotto Malaysia, Prestige Sports Sdn Bhd dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd bagi versi Home dan Away. Selain itu, mereka juga menerima tajaan daripada Widad Langkasuka.
Kedua-dua jersi akan digunakan untuk saingan Liga Malaysia, Piala Malaysia dan Piala AFC bagi musim 2021.
Tambah menarik lagi apabila pasukan Kedah Darul Aman FC juga menerima tajaan selama setahn daripada Cosmic Express untuk pengangkutan rasmi mereka ke semua venue perlawanan di seluruh Malaysia.
Semalam viral di media sosial dengan gambar-gambar vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech yang telah pun selamat tiba di KLIA. Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dengan kehadiran vaksin dari kilang Pfizer di Belgium ini.
Jika sebelum ini, KKM telah mengeluarkan 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini. Terbaru, wanita hamil dan menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Menurut pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib melalui laporan Bernama, buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini hari ini.
Hmm…kalau memudaratkan baiklah tangguhkan dulu kan….nanti timbul masalah lain pula.