Bila pandang sekali memang terlihat seperti seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk serta kurus. Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia pada Selasa lalu.
Foto Via nepal News
Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.
Ads
Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara. Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.
“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.
“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.
Ads
Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok.
Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
Dek kerana kesan-kesan buruk yang boleh didapati daripada merokok, New Zealand telah mengumumkan rancangan untuk mengharamkan rokok secara berkesan dengan menaikkan had umur pembeli produk berasaskan tembakau, sekali gus melarang remaja membeli rokok secara sah.
Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan larangan ke atas genarasi muda daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka, dan ia sebahagian daripada langkah paling tegas memerangi industri tembakau.
Apabila undang-undang itu berkuat kuasa, bermula daripada individu yang masuk usia 14 tahun pada tahun 2027 adalah tidak lagi dibenarkan membeli rokok di negara itu. Pada masa yang sama, paras nikotin di semua rokok yang dijual akan dikurangkan.
Langkah ini diambil kerana mengikut statistik 1 dalam 4 kes kanser di New Zealand adalah berkait rapat dengan penggunaan produk tembakau dan ia juga penyumbang tertinggi kepada kematian yang boleh dielakkan.
Inisiatif ini juga sebagai mengekalkan peranan New Zealand sebagai pelopor global menyekat tembakau iaitu tindakan sama melarang penajaan produk tembakau dalam acara sukan tahun 1990 dan di bar pada 2004.
Syabas kerajaan New Zealand! Setidaknya ada tindakan keras yang dilakukan untuk menyekat penggunaan rokok yang berleluasa di negara itu. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan punca masalah penyakit kronik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masak lemak cili api antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas. Kalau makan bersama nasi panas mesti membangkitkan selera.
Ikuti perkongsian resipi yang sangat menarik ini. Jantung pisang digandingkan bersama pucuk ubi kayu bagaikan match made in heaven, sedap sangat!
BAHAN-BAHAN
Jantung Pisang
Pucuk Ubi Kayu
Cili Padi (ditumbuk)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Ikan Bilis
Asam Keping
1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
CARA MEMASAK
Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin.
Untuk pemilihan jantung pisang, lebih enak jika menggunakan jantung dari pisang nipah kerana rasanya yang tidak pahit dan tidak kelat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sukan SEA 2027 bakal tiba dan paling menarik negara kita bakal menjadi tuan rumah sukan berprestij ini.
Ini adalah peluang terbaik untuk korang yang muda, bertenaga, dan bersemangat nak jadi sukarelawan! Nak tahu apa yang korang perlu buat? Jom ikuti tip penting yang dikongsi oleh seorang bekas sukarelawan Sukan SEA.
Sukan SEA 2017 ( Sumber: Vision KL)
Baru-baru ini, salah seorang pengguna X (@hanalah_) telah berkongsi tips kepada mereka yang mahu memohon sebagai sukarelawan bagi acara Sukan SEA pada tahun 2027 akan datang.
Jelas individu itu, tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang sukarelawan pada Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2017.
Difahamkan, permohonan untuk menjadi sukarelawan akan dibuka satu tahun sebelum temasya sukan itu berlangsung.
Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Permohonan?
Semasa membuat permohonan, mereka perlu memilih jenis sukan yang ingin diuruskan sebagai sukarelawan atau semasa acara pembukaan mahupun penutup.
Sekiranya permohonan diluluskan, pihak penganjur akan memanggil anda bagi menyertai kursus selama satu hari di lokasi ditetapkan untuk memberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Jika anda tidak menghadirkan diri pada hari tersebut, hasrat untuk menjadi salah seorang sukarelawan terpaksa dibatalkan.
Baju dan pas untuk digunakan semasa acara berlangsung akan diberikan apabila tarikh majlis semakin menghampiri.
korang yg nak apply, ni based on sea games kl2017 (ape yg saya ingat lah) nanti dlm 1 year bfr event tu, diorang akan open applications for volunteers. So tunggu je diorang ni buat website rasmi, pastu keep updated utk tarikh application https://t.co/SsTwwNRCwb
Satu lagi pengguna (@theananuna) memberitahu bahawa pemohon perlu menduduki ujian psikometrik.
Katanya, tugasan yang diberikan akan diselarikan dengan personaliti berdasarkan ujian tersebut.
Tambah satu lagi. Ada ujian psikometrik. Sebaiknya jawab elok2 dan betul2 supaya tugasan dapat nanti kena dengan personaliti korang. Masa ni pun ditapis betul2 sama ada layak sbg volunteers atau tak https://t.co/LD5vMqGDxE
Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.
Keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjuran di Kuala Lumpur itu akan turut dilakukan dengan kerjasama tiga buah negeri lain termasuklah Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.