Setiap orang pasti mempunyai BFF, paling tidak pun pasti kamu mempunyai seorang rakan yang boleh menjadi tempat luahan perasaan dan penyimpan rahsia terbesar kamu. Untuk elakkan dari kamu bergelar seorang kawan ketika susah, jom main kuiz ini.
Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal kematian adalah urusan Allah Taala. Tiada siapa tahu, bila dan bagaimana. Pasti kita akan panik jika berlaku kematian dalam rumah lebih-lebih lagi berlaku di tengah malam di saat semua orang sedang lena tidur.
Ditambah pula dengan kesedihan kehilangan orang tersayang. Membuatkan kita tak mampu berfikir dengan betul.
Cari orang masjid? Panggil saudara mara? Kejutkan jiran? Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu?
Pengurus jenazah Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan bin Haji Md Yusuf yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengurus jenazah berkongsi pengalamannya.
Sedikit sebanyak kita perlu ada pengetahuan cara menguruskan jenazah – Ustaz Hamdan
Jelasnya, apabila seseorang Islam itu didapati sakit kuat, ada tiga perkara harus dilakukan iaitu bertaubat, berwasiat dan bersangka baik kepada Allah.
Apabila ada tanda-tanda hampir kepada kematiannya, sunat kita sebagai anak membacakan Surah Ya’sin di sisi ibu atau ayah.
Bacakan juga surah Ar-Rokdhu, beri ia minum sedikit, titiskan air ke dalam mulut, basahkan muka dan dadanya selain sunat diajarkan mereka mengucap.
Tambah Ustaz Hamdan, apabila seseorang itu sudah ada tanda-tanda ke arah kematian, kita boleh melihat tanda-tanda seperti di bawah ini.
Tanda akhir kematian
Antaranya tanda yang berlaku adalah tapak kaki mulai lurus. Tak ada lekuk-lekuk lagi sebagaimana kita yang masih hidup. Ada ketikanya memutih saja tapak kakinya. Pegang pun sejuk saja.
Tapak kaki orang yang hampir meninggal biasanya lurus, pucat dan semakin sejuk -sumber gambar internet
Tanda lain ialah hidungnya nampak seakan tunduk. Paling mudah, seperti jatuh.
Pelepisnya melekuk.
Pergelangan tanganya mulai renggang
Terdapat keluarnya peluh yang berlainan warna (berwarna kuning).
Apa yang harus dilakukan menghadapi perkara ini?
Bila berlakunya kematian, lebih-lebih lagi waktu tengah malam inilah yang harus anda lakukan. Ingat, inilah kali terakhir anda berbakti kepada ibu dan ayah kerana selepas ini, kita hanya akan bertemu di alam akhirat.
Di Padang Masyhar di mana semua akan dibangkitkan untuk bertemu Allah, kita tak akan saling mengenali di antara satu sama lain biar semasa di dunia dialah ayah, dialah ibu atau dialah adik beradik kita. Jadi berbuat baiklah di dunia sementara masih ada kesempatan dan peluang.
TONTON VIDEO PENUH INI:
Inilah cara uruskan jenazah
1.Jenazah harus di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik.
2. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
3. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah.
4. Tutupi jenazah dengan kain putih dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain batik lepas di atasnya.
5. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
6. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
7. Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
8. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
9. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gerharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
Terakhir sekali, ini yang paling penting ya.
10. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Genre filem aksi merupakan antara genre yang sentiasa menjadi pilihan pembikin filem Hollywood. Dengan pelbagai lagak aksi penuh adrenalin ia menjadi formula yang berjaya untuk menarik penonton ke pawagam. Kejayaan pelbagai filem-filem aksi tersohor sebelum ini turut meyakinkan Rob Cohen untuk muncul dengan arahan terbarunya berjudul, ‘The Hurricane Heist’.
Tapi beza karya daripada pengarah yang pernah muncul dengan filem aksi hebat ‘xXx’, filem terbarunya turut menggabungkan elemen disaster movie.
Genre filem bencana alam juga cukup mendapat tempat di hati penonton pada masa kini. Mungkin disebabkan itulah dia mendapat idea untuk gabungkan kedua-dua genre di dalam filemnya kali ini.
‘The Hurricane Heist’ dibintangi oleh Tobby Kebbell memegang watak sebagai pakar meteorologi, Maggie Grace (Casey, ejen Perbendaharaan), Ryan Kwanten (Breeze) dan Ralph Ineson (Perkins).
Ia mengisahkan kejadian rompakan yang dilakukan oleh sekumpulan pengganas yang licik. Mereka ingin merompak wang tunai lama yang ingin dilupuskan di fasiliti dikawal ketat. Namun, kemunculan ribut taufan berkategori 5 telah menjadikan usaha rompakan ini menjadi bertambah sukar.
Toby dan Breeze pula merupakan dua orang adik-beradik yang sudah lama membesar di kawasan itu. Sebagai seorang ahli meterologi, Toby telah menjangkakan ribut taufan ini bakal menjadi antara terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat. Dna ketika sedang melakukan tinjauan dia telah terserempakd engan Casey yang diserang oleh kumpulan perompak yang ingin menangkapnya.
Antara perkara paling menarik di dalam ‘The Hurricane Heist’ ialah penggunaan practical effect secara fizikal. Ia bukanlah satau perkara yang senang merealisasikan cuaca ribut berserta hempasan ombak ke kawasan penggambaran.
Penggunaan CGI yang tidaklah keterlaluan juga boleh dipuji. Sebagai penonton kita dapat merasakan gegaran serta ketakutan yang dialami oleh mereka ketika berdepan dengan bencana alam tersebut.
Cuma skrip yang kadangkala agak corny dan mungkin sambil lewa kadangkala merencatkan sedikit momentum jalan cerita filem ini. Walaupun kesudahannya bolehlah dikatakan sangat predictable namun ‘The Hurricane Hesit’ tetap mempunyai nilai yang baik dan boleh ditonton terutamanya buat penggemar filem aksi dan bencana alam.
‘The Hurricane Heist’ akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula pada 15 Mac 2018.
Rating: 3.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!