Setelah 17 tahun pasangan selebriti terkenal dunia ini Ben Affleck dan Jennifer Lopez memutuskan pertunangan mereka, ‘Bennifer’ kelihatan lebih mesra dan dikatakan juga telah pergi bercuti bersama-sama selama lebih kurang seminggu. Selepas kedua-dua selebriti ini dilaporkan bertolak ke VAX Live Concert di Los Angeles secara berasingan pada 2 Mei yang lalu, mereka juga bertolak ke Yellowstone Club di Montana dimana mereka dikatakan pergi bercuti bersama-sama. Menurut sumber E! News, “Mereka hanya pergi berdua, tiada orang lain selain mereka”.
Sumber: E! News Online
Didalam sebuah foto yang didapati daripada Daily Mailkelihatan Ben Affleck dan Jennifer Lopez bersama didalam kereta dan bersiar-siar di Montana. Pada sebulan sebelumya, Jennifer dan bekas tunangnya Alex Rodriguez telah dikatakan sudah pun putus tunang setelah hampir 4 tahun bersama, dan setelah sehari selepas berita mereka putus tunang, dikatakan Jennifer dan Alex telah berjumpa semula di Los Angeles pada akhir April, kerana ingin cuba ‘memperbaiki’ hubungan mereka.
Sumber: Geeky Craze
Setelah itu, Ben Affleck pula kelihatan berada di rumahnya. Ianya telah menimbulkan banyak tanda tanya. Ketika itu, banyak sumber yang mengatakan bahawa pertemuan itu hanyalah sekadar pertemuan biasa dan mereka hanyalah ‘kawan’.
Ads
Pasangan ini juga mengatakan yang chemistry diantara mereka itu tidak lagi dapat dinafikan. Ada juga yang mengatakan selepas penggambaran filem “Dominican Republic”, Ben Affleck telah menghubungi Jennifer beberapa kali dalam masa sebulan dan mengajaknya untuk makan malam bersama. Ramai yang menganggap ketika ini, mungkin mereka hanya berkawan biasa sahaja.
Ads
Sumber: Vogue
Menurut sumber, penyatuan mereka kali ini kelihatan lebih mesra dan ianya kelihatan seperti mereka ‘lebih’ daripada hanya sekadar kawan.
Ads
Melihat kembali, pada tahun 2014 setelah mereka berpisah, Jennifer pernah memberitahu didalam sebuah rancangan televisyen Today show, yang ini merupakan perpisahan yang amat menyedihkan buatnya, “greatest heartbreak”, namun, setahun selepas itu, dia mengakui yang dia tidak pernah menyesal dengan perhubungan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar dua tahun lalu, penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto yang memperlihat tubuh badannya yang semakin susut berbanding dahulu.
Penyanyi lagu popular Awan Nano itu bagaimanapun membidas semula dengan tenang komen segelintir warganet berkaitan tubuh badannya, selain berkongsi dirinya berada dalam keadaan baik serta sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Terbaharu, Hafiz sekali lagi meraih perhatian di kalangan peminatnya apabila ada memuat naik hantaran di Instagram miliknya, sewaktu menjalani latihan kecergasan di gimnasium.
Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi gambar sedang melakukan aktiviti kecergasan sekali gus ‘memadam’ dakwaan segelintir pihak dirinya terlibat dengan aktiviti tidak sihat.
Hafiz turut mempamerkan bentuk badannya yang berotot, hasil daripada menjalani latihan di gimnasium bersama jurulatihnya.
“Saja nak kongsi gambar yang aku ambil dalam Facebook jurulatih aku. Nak kurus kena usaha, bukan sekadar ‘berjakok’ (bercakap) dalam media sosial, menyebar fitnah secara tidak sedar,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu turut berkongsi dirinya lebih selesa untuk menyimpan segala kesakitan dan kepahitan yang dialami tanpa meraih simpati daripada sesiapa.
“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa yang Allah SWT beri.
“Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati, bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biar kebaikan dan manis saja disaji,” coretnya lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat turut memberikan semangat buat penyanyi berusia 33 tahun berkenaan. Selain itu, ada juga yang merindui nyanyian daripada Hafiz.
“Steady @hafizsuip… move on… get going.. dont stop.. life goes on...” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah… Hafiz dah kembali bersemangat dan sembuh… kalau tak risau tengok jadi kurus sangat hari itu,” komen juga seorang peminat.
“Piz.. Tolong buat comeback… Aku rindu suara merdu kau di corong-corong radio.. Yang aku ingin sangat kau duet dengan Aina Abdul,” tulis pengikut lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Salah satu perkara yang menakutkan masyarakat dunia ketika ini adalah penularan virus korona, iaitu sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia.
Paling menakutkan sekiranya virus ini terus menular di Malaysia kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghidarinya.
Jadi, ini apa yang perlu korang tahu tentang virus ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil oleh netizen untuk sentiasa berjaga-jaga?
Baru-baru ini atas keprihatinan seorang doktor perubatan iaitu Dr Safiya Amaran , beliau telah berkongsi di platform facebooknya tentang beberapa tip dan langkah berjaga-jaga untuk korang semua.
Ini perkongsian beliau,
Coronavirus bukanlah satu makhluk yang sangat asing atas muka bumi ni, ia banyak ditemui dalam binatang.
Tapi bagi manusia, ia adalah makhluk yang agak asing. Setakat sebelum ni hanya 6 jenis coronavirus yang pernah ditemui dalam manusia, 2 yang popular sebab menyebabkan wabak di seluruh dunia iaitu SARS dan MERS-COV. Kedua dua ini menyebabkan banyak kematian. SARS pada tahun 2003 dan MERS-COV mula dari 2012 sehingga sekarang.
Kemunculan virus baru di Wuhan, yang sekarang disebut 2019-nCoV meresahkan banyak pihak.
Bukan orang awam sahaja yang jadi sangat resah, malah pihak kesihatan juga sangat resah. Kenapa?
1. Ia sesuatu yang baru, sangat banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang virus ini. (novel virus)
2. Apabila banyak yang kita tidak ketahui, akan ada banyak ‘uncertainties’ yang membuatkan kita tidak dapat mengawal jangkitan virus ini dengan cepat.
3. Kerana 2019-nCoV ini virus baru, jadi semua orang tidak ada immunity kepada penyakit ni, jadi SEMUA orang berpotensi untuk dijangkiti.
Baik yang TUA, mahupun yang MUDA .
Baik yang SIHAT mahupun yang SAKIT .
Semua boleh dijangkiti jika terdedah kepada virus 2019-nCoV.
4. Kerana 2019-nCoV ini virus baru, kita belum tahu dengan pasti bagaimana ia berjangkit dari seorang ke seorang yang lain.
🤔Adakah ia berjangkit melalui UDARA seperti penyakit demam campak?
🤔Adakah ia berjangkit melalui titisan AIR atau rembesan badan seperti batuk dan bersin seperti penyakit tuberculosis?
🤔Adakah ia berjangkit melalui tangan yang tercemar dan masuk melalui salur makanan seperti HFMD?
🤔Adakah ia juga boleh berjangkit melalui binatang (contoh 🐀 ) seperti leptospirosis?
🤔Adakah ia berjangkit dengan adanya vektor (seperti nyamuk) macam penyakit denggi?
Ini baru bab cara berjangkit.
Belum masuk kepada tempoh berjangkit.
1. Adalah penyakit ini boleh menjangkiti orang lain sebelum ada apa apa SYMPTOM?…
🤒 Contoh seperti penyakit demam campak. Orang yang sakit boleh menjangkiti orang lain sebelum naik ruam merah, jadi kebanyakan orang tidak sedar kena penyakit campak.. Tapi dah sebarkan virus merata rata.
2. Adakah penyakit ini hanya menjangkiti orang lain setelah orang mulai sakit? Jika ya, maka ini lebih mudah kerana apabila ada sebarang symptoms, boleh terus diasingkan dari orang lain.
Selepas itu ada pula isu pembawa.
1. Adakah orang yang pernah dijangkiti boleh membawa virus dalam badan walaupun sudah sihat dan sebarkan virus kepada orang lain?🤕
2. Adakah orang boleh ada virus tapi tidak sakit langsung, jadi tanpa sedar menyebarkan ke merata tempat?🤕
.
Inilah 2019-nCoV, coronavirus yang baru muncul, yang belum kita ketahui atau kenali sepenuhnya.
Jadi apa yang terbaik boleh kita lakukan sekarang?
Walaupun masih sihat, Sentiasa mementingkan kebersihan, paling utama, BASUH TANGAN 🖐️ dengan sempurna :
1. Basuh tangan setiap kali nak makan.
2. Basuh tangan setiap kali selepas makan
3. Basuh tangan sebelum memegang bayi
4. Basuh tangan selepas bersin atau batuk
5. Basuh tangan setiap kali keluar bilik air.
6. Basuh tangan apabila memegang apa apa barang yang tercemar
Asingkan diri apabila sakit dan elakkan pergi ke tempat awam pada musim wabak sedang melanda kecuali perlu.
Ada banyak lagi amalan yang baik untuk elakkan penyakit tetapi jom kita amalkan beberapa dahulu, especially basuh tangan.
Ia bukan sahaja untuk elakkan jangkitan virus ni malah untuk elakkan banyak lagi kuman yang lain.
Semoga Allah melindungi kita semua dari bahaya makhluk kecil yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar ini.
Moga bermanfaat kepada semua dalam menagani musibah wabak ini.
Sumber : Dr Safiya Amaran
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pensyarah Perubatan Unisza
Bagi pengikut setia dan rakan artis yang tidak putus mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, rakan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu yang juga aktres popular, Ungku Ismail, ada berkongsi perkembangan terkini Nad menerusi satu hantaran video yang dimuat naiknya di Instagram.
Menurut pelakon naskhah popular Aku Yang Kau Tinggalkan itu, Nad masih dalam proses pemulihan dan dirinya juga perlu banyak berehat.
“Keadaan Nad bertambah baik, dia masih dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi perkembangan setiap hari kerana Nad perlu banyak berehat.
“Selain itu, atas permintaan keluarga juga, saya tidak boleh berkongsi secara terperinci tentang keadaannya sekarang ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ungku turut memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang telah dilancarkan sebelum ini berjaya mengumpul sebanyak RM 270,000 hasil sumbangan orang ramai.
“Sebahagian wang tersebut digunakan untuk menampung kos rawatan hospital. Apa sahaja kos rawatan dan ikhtiar menggunakan wang sumbangan itu. Dalam hadis juga ada menyebut sedekah adalah cara ikhtir ketika sakit.
“Maka wang itu telah diinfaqkan atas nama Nad Zainal kepada rumah tahfiz, masjid serta golongan yang memerlukan.
“Wang selebihnya akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan untuk berehat di rumah,” tambahnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah inspirasi juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2026 dari USIM dan Sarawak yang membuktikan usaha, istiqamah dan sokongan keluarga membawa kejayaan luar biasa.