Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencuri perhatian apabila membuat kemunculan istimewa dalam filem The Keris, yang dijangka menemui penonton pada Julai ini. Ini merupakan kali pertama beliau melangkah masuk ke dunia lakonan, sekali gus membuka sisi berbeza figura politik tersebut.
Dalam filem arahan Viknes Perrabu itu, Sanusi bukan sekadar cameo biasa. Beliau membawakan watak seorang panglima iaitu figura yang sarat dengan elemen kepahlawanan Melayu, hadir sebagai pembakar semangat kepada para pesilat.
Wataknya digambarkan memainkan peranan penting dalam memberi motivasi, khususnya kepada seorang pesilat yang bakal berdepan pertarungan dengan jaguh dari luar negara.
Menariknya, karakter tersebut diinspirasikan daripada semangat perjuangan tokoh-tokoh silam, sekali gus membawa mesej yang cukup dekat dengan jiwa Sanusi sendiri iaitu memperkasa warisan budaya Melayu, terutama seni silat.
Filem ini turut dibintangi nama besar seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azrey Raja Kamaruzzaman dan Syazlie Syazz, menjadikan The Keris antara naskhah tempatan yang dinanti-nantikan tahun ini.
Ads
Berkongsi pengalaman pertamanya di set penggambaran, Sanusi mengakui dunia lakonan bukan sesuatu yang mudah. Baginya, proses menghayati skrip dan membawakan watak memerlukan pendekatan yang berbeza daripada kehidupan sebenar.
“Berlakon ini susah kerana perlu menghayati skrip dan watak. Saya ini orang real, tetapi bila cuba berlakon, tidaklah terlalu kekok,” jelasnya.
Walaupun begitu, beliau melihat peluang ini sebagai satu pengalaman baharu yang menarik, apatah lagi apabila mesej yang dibawa selari dengan minatnya untuk mengangkat seni dan budaya Melayu.
Menurutnya, medium filem mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat bukan sahaja dari segi hiburan, tetapi juga sebagai alat menyampaikan mesej.
Ads
“Saya terima sebab ia berkaitan budaya Melayu. Kalau watak lain mungkin saya tidak ambil, tetapi ini berkait dengan pahlawan Melayu. Saya juga tidak ambil bayaran, percuma sahaja,” katanya.
Tambah beliau lagi, jika filem mampu membawa pengaruh negatif, maka medium yang sama juga boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan nilai positif dan memperkenalkan warisan budaya kepada generasi muda.
“Banyak pengaruh datang daripada filem, termasuk yang negatif. Jadi kita guna cara sama untuk bawa mesej positif dan budaya kita kepada generasi akan datang.”
Ads
Tidak menutup pintu sepenuhnya, Sanusi turut memberi bayangan bahawa beliau terbuka untuk menerima tawaran lakonan lain pada masa akan datang namun dengan satu syarat, watak tersebut mestilah selari dengan prinsip dan identitinya.
Dengan kemunculan ini, The Keris bukan sahaja menjanjikan aksi dan elemen tradisional yang kuat, tetapi juga membawa satu eksperimen menarik melihat seorang tokoh politik menghidupkan semangat kepahlawanan Melayu di layar perak.
Sumber : Berita Harian & Facebook UPDA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sampai dua minggu tayangan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) dah berjaya menggegarkan pawagam tanah air dengan kutipan luar biasa RM40.6 juta dalam tempoh 13 hari sahaja.
Dengan angka ni, EATM2 bukan je berjaya pecahkan rekod filem pertamanya yang ditayangkan pada 2019, malah secara rasmi kini jadi filem animasi tempatan paling laris sepanjang zaman.
Yang lagi ‘mind-blown’, EATM2 turut menewaskan beberapa title antarabangsa yang turut bersaing kat pawagam Malaysia sepanjang Mei lepas, termasuk Thunderbolts, Mission: Impossible, dan Lilo & Stitch.
Menurut Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation merangkap pengarah EATM2, sokongan yang diberikan oleh peminat memang luar biasa dan sangat dihargai.
“Kami hasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menanti misi Ejen Ali, bukan sekadar membawa animasi Malaysia setaraf dengan naskhah antarabangsa.
“Reaksi penonton, air mata, tawa dan tepukan di pawagam, itu semua hadiah paling berharga buat kami dan jadi semangat untuk kami terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali,” jelas Usamah.
Setakat ni, lebih dua juta penonton dah membanjiri pawagam untuk menyaksikan aksi ejen remaja kesayangan ramai ni. Filem ni merupakan hasil kerjasama antara Wau Animation dan Primeworks Studios (PWS).
EATM2 sekarang berada di belakang Blood Brothers: Bara Naga, filem tempatan terlaris untuk tahun 2025 setakat ini dengan kutipan RM76 juta dalam 33 hari tayangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anda seorang yang cintakan seni dah dahagakan inspirasi baru?
Haaaa…tunggu apa lagi? Ayuh hadiri Festival Seni Jalanan Belia #BreakFreeKL yang bakal menggegarkan hari anda di Lalaport Pusat Bandar Bukit Bintang, Sabtu ini (12 Ogos).
Bersempena Hari Belia Kebangsaan, pertunjukan seni ini akan tampil membawa pengunjung ke dunia realiti terimbuh (augmented reality). Tambahan lagi, anda akan berpeluang merasai sendiri pengalaman ini menerusi kelima-lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa. Wow, sangat menarik!
“Setiap karya seni akan ‘come to live’, jadi bagi anda di luar sana jangan lepaskan peluang untuk hadir ke festival seni yang cukup unik ini. Susunan musik juga telah diatur khas untuk festival ini. Kita nak berikan pengalaman menyeluruh kepada setiap pengungjung,
“Mereka tidak perlu melancong jauh sehingga ke negara luar seperti Sydney untuk merasai pengalaman festival seni berkualiti tinggi seperti ini, dan yang menarik sekali kerana tiada sebarang caj kemasukan dikenakan. Hanya perlu bawa badan dan kamera masing-masing,” jelas CEO Malaysian Youth Community, Jason Ko.
Jangan terlepas juga untuk saksikan seni grafiti dari artis grafiti jalanan terhebat negara seperti @akid_one, @snozze, @abdulrashade, @escapeva, @asmoeroc, @lowkey.graff, @nestwo, @ siek27, @katun_, dan @andha.ras.
Selain itu, 10 pasukan pelajar dari institusi terkemuka seperti ASWARA, Institusi Seni Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan banyak lagi bakal bersaing dalam Peraduan Graffiti Seni Jalanan Belia #BreakFreeKL untuk merebut hadiah wang tunai sehingga RM4,500!
Bukan itu sahaja, pesta #BreakFreeKL ini juga bakal disajikan dengan aneka juadah yang sesuai untuk semua peringkat umur dan citarasa. Support lokal okay!
Kalau anda sedang stress atau mahu lepaskan rasa memberontak di dalam jiwa, ayuh sertai aktiviti “Rage Room” yang diilhamkan dari filem “The Purge” dan jangan lupa untuk membeli-belah kerana terdapat pelbagai jualan yang menarik di festival ini!
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang eksklusif ini okay!
📅Tarikh: 12 Ogos 2023
🕑Masa: 2 petang – 10 malam
📍Lokasi: LaLaport, Pusat Bandar Bukit Bintang, Rooftop Garden
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: MYC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah beberapa kali sebenarnya grup popular, Backstreet Boys turun ke rantau Asia Tenggara tetapi mereka enggan berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir mereka ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 di Stadium Negara. Tahun lalu, mereka memilih Singapura untuk jelajah Larger Than Life yang berjaya menarik 20,000 orang peminat di Stadium Nasional negara itu.
Nampaknya, nasib kita pada tahun 2019 juga masih tak bertuah selepas senarai penuh bandaraya Asia untuk tour Backstreet Boys dikeluarkan petang tadi di laman web rasmi mereka. Pengumuman itu juga dilakukan melalui video di Facebook.
Sepanjang bulan Oktober hadapan, mereka akan menjelajah ke sekitar Asia terutamanya di Asia Tenggara. Antaranya termasuklah:
12 Oktober – Tokyo Jepun
13 Oktober – Tokyo Jepun
16 Oktober – Osaka, Jepun
19 Oktober – Macau, China
22 Oktover – Taipen, Taiwan
24 Oktober – Bangkok, Thailand
26 Oktober – Jakarta, Indonesia
28 Oktober – Manila, Filipina
30 Oktober – Singapura
Jadi bagi korang yang nak menonton Backstreet Boys secara live, bolehlah rancang percutian ke Bangkok, Jakarta, Manila atau Singapura kelak.
Tiket fan club akan mula dijual lebih awal pada 28 Mac ini dan berakhir pada keesokan harinya. Sementara itu, tiket selebihnya akan dijual pada orang ramai pada 1 April jam 10 pagi.
Bagi yang tak ada bajet lebih untuk tiket penerbangan dan cas hotel tu, korang masih ada konsert Westlife Ogos ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!