Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
IKLAN
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
IKLAN
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang
Siapa kata kalau nak kurangkan berat badan dan workout wajib pergi ke gym?
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Berikut merupakan 30 minit workout yang korang boleh buat di rumah berdasarkan perkongsian dari K-pop idol Soyou. Tidak hanya mengikuti rutin diet penuh disiplin, menerusi video Youtube, Soyou mendedahkan petua penurunan berat badan yang sihat, selamat dan sebenarnya membantu dia mendapatkan tubuh badan ideal.
Bekas ahli kumpulan Sistar iaitu Soyou berkata video workout ini banyak membantunya dalam penurunan berat badan. Tak susah, anda hanya peruntukkan sekitar 30 minit untuk workout di rumah.
1. Chloe Ting
Soyou mencadangkan video ini kalau korang seorang yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa tetapi masih mahu bersenam. Hanya 30 minit, korang maish dapat melakukan senaman di rumah sendiri.
2. Thankyou BUBU
Selain itu, Soyou mencadangkan video ‘Thankyou BUBU,’ pasangan yang mencipta rutin kecergasan dan pelbagai jenis latihan.
Sesuai untuk beginner kerana rutin pergerakan tidak sukar tapi tetap akan membuatkan korang berpeluh. Video yang disarankan oleh Soyou adalah ‘Calorie Burning Explosive Diet,’ senaman 30 minit kepada penonton.
3. Yogaboy
Sekiranya koranh lebih suka melakukan yoga daripada senaman intensiti tinggi, Soyou cadangkan Yogaboy.
Yogaboy miliki pelbagai jenis video mengikut jenis kategori, memudahkan anda pilih rutin terbaik untuk badan anda sendiri. Sekiranya anda ingin menggunakan kekuatan dan fleksibiliti teras anda, yoga mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk korang semua.
Ha, mudah je kan kalau nak bersenam ni?
Yes, memang betul. Okay penulis nak cabar la diri, yelah mana tahu boleh pakai saiz ‘S’ balik raya nanti…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila pandang sekali memang terlihat seperti seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk serta kurus. Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
Namun, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia pada Selasa lalu.
Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.
Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara. Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.
“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.
“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.
Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap. Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi satu sidang media yang dipancarkan di televisyen dan media sosial, keputusan ini dibuat setelah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen. Lalu, beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan begitu juga dengan seluruh anggota Kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau telah berikhtiar bersama-sama kerajaan yang dibentuknya selama ini untuk menguruskan Malaysia dalam musim pandemik sejak tahun lalu lagi.
“Kami telah menguruskan pandemik, menyediakan program vaksinasi dan pemulihan ekonomi. Tetapi ikhtiar ini tidak berhasil. Disebabkan ada pihak yang rakus merebut kuasa daripada mengutamakan nyawa dan kehidupan saudara-saudari sekalian.”
Tambah beliau, peletakan jawatan akibat kehilangan sokongan majori ini merupakan satu episod baharu dalam sejarah perjuangan politiknya. Jika enam tahun lalu, kalau korang masih ingat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah beliau pertahankan prinsip untuk tidak berkompromi dengan skandal penyelewengan 1MDB.
Selepas beliau terus berjuang selama ini, hari ini beliau kembali akur apabila hari ini menandakan hari terakhir perjuangan beliau sebagai seorang Perdana Menteri.
“Saya redha dengan ketentuan Ilahi ini. Jawatan yang saya pikul ini bukanlah untuk bermegah. Ia datang dengan bebanan tanggungjawab yang amat berat. Saya memimpin negara dalam krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia serta dunia sebelum ini.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan di atas kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi Perdana Menteri. Saya dan rakan jemaah menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan semua dalam tempoh krisis masa ini.
“Namun sebagai manusia, pastinya ada kesalahan dan kesilapan. Jadi saya memohon ribuaan ampun dan maaf.”
Buat kali terakhirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengetuai bacaan doa sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Berikut adalah bacaan beliau sebentar tadi.
*
Ya Allah, ya Rahman ya Rahim.
Engkau kurniakanlah kerahmatan kepada kami. Engkau lindungilah keselamatan dan keamanan negara kami. Engkau peliharalah kesihatan dan kesejahteraan hidup kami. Engkau lenyapkanlah penyakit Coronavirus dari muka bumiMu ini, ya Allah.
Ya Allah, ya Rahman ya Rahim.
Engkaulah yang mempunyai segala kepujian. Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran. Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan.
Di tangan Engkaulah, segala kebajikan. Kepada Engkaulah kembali segala urusan.
Dengan peletakan jawatan ini, Malaysia seharusnya berfikiran ke hadapan dan bersiap sedia untuk berdepan pandemik sekarang. Bukan jawatan politik yang harus diletakkan di bawah skop pemerhatian kita.
Apa yang lebih penting adalah sejauh mana Malaysia mampu memerangi segala cabaran baik dari aspek kesihatan, keselamatan, ekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan semua rakyatnya dari semasa ke semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Untuk mengatakan saya baru saja memuat naik tentang Palestin adalah tidak benar.."Begitulah kenyataan yang dilontarkan oleh pempengaruh, Dahlia Rizal berkenaan dakwaan dirinya terus-menerus memuat...