Tak sia-sia rupanya mempunyai hobi menari kerana aktiviti ini dah terbukti dapat menurunkan badan korang.
Dikenali sebagai Wawan, dulunya berat badan lelaki ini menjangkau sehingga 154 kilogram tetapi berjaya menurunkan hampir 40 kg selama 8 bulan dengan hanya menjadikan tarian sebagai rutinnya.
Ha, serious la?
Yes, memang betul. Paling best, sepanjang bulan Ramadan ini, Wawan sedang melakukan cabaran tarian selama 30 hari dan telah menyenaraikan lagu-lagu yang akan ditari setiap hari.
Ads
Wah, betul-betul komited ni.
Ads
Jom kita tengok beberapa aksi tarian Wawan yang boleh dijadikan inspirasi untuk korang mengurangkan berat badan juga.
Blackpink merupakan antara kumpulan k-pop paling berjaya pernah dihasilkan. Ditubuhkan pada 2016, lima tahun tahun berada di dalam industri hiburan, mereka telah menjadi kumpulan wanita k-pop paling tinggi kedudukan dalam carta Billboard 100. Mereka juga merupakan kumpulan k-pop wanita pertama yang memiliki 4 single di kedudukan nombor satu carta Billboard’s World Digital Song Sales Chart.
Antara lagu yang menjadi rakaman hits mereka adalah ‘As If It’s Is Your Last’. Terjual lebih 2.5 juta di Korea Selatan, sehingga kini video klip lagu tersebut telah ditonton hampir satu bilion kali di laman YouTube. Namun sebenarnya lagu tersebut bukanlah untuk mereka. Jadi untuk siapa ya?
Rupa-rupanya demo lagu tersebut terlebih dahulu diberikan kepada kumpulan 2NE1 yang mencipta fenomena dan aktif sekitar tahun 2009-2016. Salah seorang bekas ahli kumpulan tersebut Minzy menyatakan perkara tersebut dalam satu temubual bersama stesen radio KBS Cool fm.
“Lagu tersebut sebenarnya diberikan kepada 2ne1 sebagai lagu demo. Kami sudah bersedia untuk proses rakaman, namun begitu ia tidak kesampaian kerana banyak lagi lagu lain yang bagus. Kalau tidak lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam album kami yang bertajuk ‘Come Back Home’,” ujarnya.
Mungkin bukan rezeki lagu tersebut bersama 2NE1, namun setelah dirakam oleh Blackpink ternyata ia mencapai populariti hebat dan menjadi antara lagu hits kumpulan tersebut.
***P/S – Perkara ini bukanlah baru dalam industri muzik. Kalau korang nak tahu, lagu Umbrella yang merupakan lagu hits melonjakkan nama Rihanna sebagai bintang terkenal sebanarnya dicipta untuk Britney Spears bagi mengisi album comebacknya ‘Blackout’. Namun Britney menolak lagu tersebut.
Di platform media sosial sekarang, hampir semua orang masih bercakapkan mengenai drama terbitan Netflix, Money Heist. Setelah ia kembali dengan lima episod baharu sejak Jumaat minggu lalu, senang cerita; Malaysia telah dilanda demam ‘La Banda’.
Buktinya adalah apabila Money Heist MASIH berada di puncak carta 10 tontonan paling trending di platform Netflix Malaysia setakat ini.
Kami tahu, ada sebahagian daripada korang yang belum pernah menonton Money Heist. Mesti ramai yang terasa ingin juga turut serta perbualkan mengenai drama ini, namun tidak begitu pasti bagaimana hendak mencelah masuk memandangkan korang belum menontonnya.
Haa, jangan risau. REMAJA imbas semula sedikit sebanyak mengenai plot Money Heist yang patut korang tahu sebelum menonton Part 5 Volume 1. Cukup ‘khatam’ lima buah episod yang kami senaraikan ini, korang mesti boleh ‘catch up’ punya.
Part 1 – Ep 1
Di sinilah permulaan segala-galanya, jadi wajiblah untuk mana-mana penonton mengikuti Money Heist daripada episod ini. Penonton diperkenalkan kepada Professor yang memegang prinsip nombor satu iaitu tiada hubungan peribadi antara ahli La Banda.
Sebab itulah setiap ahlinya diberikan nama bandar dunia sebagai panggilan masing-masing. Tokyo, Berlin, Denver, Moscow, Nairobi, Oslo, Helsinki dan Rio tiba ke Royal Mint of Spain untuk mencetak sejumlah wang bernilai 2.4 bilion Euro dengan memakai jumpsuit ikonik dan topeng muka Dali.
Part 2 – Ep 9
Inspektor Raquel enggan mengalah dan masih ingin mengetahui lokasi Professor. Selepas 11 hari terkurung di National Mint, anggota polis memasuki premis di mana Berlim mengetuai rompakan. La Banda berjaya melarikan diri dengan wang. Ingatkan semuanya akan berjalan lancar NAMUN itu hanyalah angan-angan dalam perancangan mereka.
Salah seorang terkorban dan itu bermakna, plot drama ini semakin ‘deep’.
Part 3 – Ep 8 (Ashtray)
Dalam bahagian ketiga ini, La Banda kembali bersatu untuk membebaskan Rio yang ditangkap oleh pihak berkuasa Panama semasa sedang melarikan diri. Mereka menjadikan Bank of Spain sebagai sasaran dengan perancangan baharu yang lebih merbahayakan. Bunyi tembakan dapat didengar menerusi radio! Di lokasi, seorang ‘sniper’ menembak salah seorang karakter kegemaran kita dari Money Heist. Episod ini akan menggembirakan peminat genre thriller dan aksi.
Part 4 – Ep 6 (TKO)
La Banda perlu mempertahankan diri daripada dalam dan luar National Bank. Babak dalam episod ini akan membuatkan mata korang tidak ingin terlepas daripada menonton skrin. Lebih-lebih lagi apabila Professor menghantar Marseille untuk mendapatkan bukti Rio telah diseksa.
Kali ini, Nairobi pula yang dijadikan tahanan di hadapan geng. Penonton kemudiannya dibawa ke babak ‘flashback’ atau mimpi Nairobi di Toledo Garden. Babak tersebut turut menampilkan Oslo, Moscow dan Berlin; lalu membuatkan korang tertanya-tanya jika ada lagi watak yang akan terbunuh kali ini.
Part 4 – Ep 8 (The Paris Plan)
Setelah lama menunggu, akhirnya penonton mendapat jawapan. Professor melancarkan perancangan ‘Paris Plan’ untuk menyelamatkan Lisbon. Namun sama ada ia akan berkesan atau tidak, well – tiada siapa yang boleh menentukannya. Inspektor Sierra tidak dapat dikesan demi mencari Professor secara bersendirian. Dia berjaya mendapatkannya malah sempat mengacukan pistol ke arah Professor di tempat persembunyiannya.
*
Jadi, dari sini, korang perlulah menonton lima buah episod terbaru Money Heist dalam siri Part 5 Volume 1 ini!
La Banda telahpun terkurung dalam Bank of Spain melebihi 100 jam. Walaupun berjaya menyelamatkan Lisbon, salah seorang ahlinya pula yang perlu dikorbankan.
Apa yang kami boleh katakan, perancangan asal mereka untuk merompak saja telah berubah menjadi peperangan yang lebih besar di kalangan pihak terlibat.
Selepas mengumumkan sedang sarat hamil cahaya mata kedua sekitar awal Februari lalu, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Rihanna merancang untuk berkahwin bersama kekasihnya yang juga rapper terkenal, A$AP Rocky sebelum menyambut kelahiran bayi mereka itu kelak.
Menurut sumber terdekat, penyanyi lagu popular Where Have You Been itu sudah pun membuat persiapan untuk resepsi perkahwinannya selain tidak sabar untuk menukar statusnya sebagai seorang isteri.
Ketika majlis perkahwinannya nanti, Rihanna turut menjemput keluarga dan saudaranya bagi meraikan hari bahagianya yang akan diadakan di kampung halamannya di Barbados.
“Belum ada rancangan lagi tentang bila perkahwinan itu akan diadakan, tetapi ia akan diadakan sebelum bayi itu dilahirkan. Dia mengatakan sentiasa mahu berkahwin dan A$AP adalah insan selama-lamanya dalam hidupnya.
“Perkahwinan itu juga akan diadakan di Barbados kerana mereka berdua mempunyai keluarga di sana, tempat itulah yang menyatukan mereka, justeru ia sangat istimewa di hati mereka,” katanya.
Bukan itu sahaja, sumber turut mendedahkan majlis perkahwinan Rihanna akan dihadiri ramai rakan selebriti antaranya Beyonce dan suaminya, Jay-Z serta Adele
Namun, Rihanna bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal tersebut.
Terdahulu, penyanyi lagu popular Pour It Up itu pernah menjalinkan hubungan bersama penyanyi-penyanyi terkenal antarangbangsa iaitu Chris Brown, Drake dan ahli perniagaan Saudi, Hassan Jameel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.