Kepada semua pengundi muda, alert okay dengan larangan membawa handphone ke tempat pengundian terutamanya di petak tanda undi pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu depan (19 November 2022)!
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan peraturan terbaharu kepada semua pengundi yang diumumkan menerusi sebaran sebuah poster “Langkah Pengundian” di Facebook rasminya.
Foto Via SPR
Melalui poster itu, jelas menunjukkan larangan membawa telefon bimbit dilukis pada langkah ke-6 di mana pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum menanda kertas undi di petak undi.
“Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit,” menurut poster itu.
Ads
Selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi, pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit daripada KTM itu tadi dan keluar meninggalkan ruangan tersebut. Ini bermakna pengundi tidak dibenarkan merakam gambar atau video dengan kertas undi yang diterima di ruangan tersebut.
Hal ini, selepas mengambil kira pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan SPR untuk mengenakan larangan itu bagi mengelak budaya rasuah.
Ads
Beliau mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.
Ooo, patutlah tak dibenarkan bawa handphone. Baru ingat nak OOTD depan petak mengundi.hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka kuih tradisional roti jala kini tampil dengan ‘wajah baru’ yang lebih hipster dan menarik perhatian. Kalau dulu kita makan roti jala dengan kuah kari, hari ini ada juga penjual yang menjualnya dengan pencicah coklat.
Selepas kek marble jelita, kini roti jala jelita pula menjadi trend dan kegilaan ramai. Rekaan warna-warni dengan aneka hiasan membuatkan ramai yang rasa ‘sayang’ untuk menikmatinya.
Ada yang berbentuk bunga, karakter kartun dan kini roti jala jelita ini juga menjadi pengganti kek untuk sambutan ulang tahun kelahiran.
Jom kita lihat antara hidangan viral roti jala jelita yang dikongsi di laman Facebook Kelab Roti Jala ini.
Fuh, sikit punya cantik macam ni memang sayanglah nak makan. Hehe! Memang kreatif betul orang-orang Malaysia ni, lagi-lagi dalam waktu PKP ni banyak benda kita boleh cuba.
Kami doakan agar peniaga-peniaga kecil ini terus diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tegasnya telah menafikan dakwaan kononnya lima orang remaja meninggal dunia selepas mereka menerima vaksinasi COVID-19 di Perak, Sabah dan lokasi yang dimaklumkan; serta dakwaan kemasukan dua orang remaja lain ke sebuah hospital di Perak selepas mereka menerima vaksinasi COVID-19 menerusi Program Vaksinasi PICK Remaja (PICK).
Menerusi ciapan dan perkongsian kenyataan rasmi KKM di akaun Twitter Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin turut menafikan dakwaan itu dengan berkata bahawa video yang merakamkan tuduhan seorang wanita tidak berpelitup muka yang baru-baru ini tular adalah sebentuk perbohongan.
Khairy Jamaluddin
Dalam video itu, dua orang pelajar dari Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh didakwa meninggal dunia selepas menerima vaksin manakala seorang ladi di Lahad Datu meninggal dunia juga selepas menerima vaksin di Sabah.
Selepas siasatan dilakukan, mereka mendapati salah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Tasek Damai yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan seorang pesakit kencing manis jenis 1 yang bergantung kepada rawatan insulin. Pelajar tersebut dijangkiti wabak COVID-19 dan meninggal dunia pada 18 Ogos lalu SEBELUM program PICK bermula.
Sementara itu, seorang remaja 17 tahun juga daripada Sekolah Menengah Tasek Damai menghidap penyakit jantung kongenital dan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital akibat jangkitan kuman. Biarpun telah diberikan bantuan pernafasan dan resusitasi, pelajar itu menemui ajal pada 17 September lalu akibat ‘Sepsis with Underlying Congenital Health Disease’; juga SEBELUM menerima vaksin COVID-19.
Akhir sekali, kematian remaja di Lahad Datu, Sabah yang digembar-gemburkan akibat penerimaan vaksin COVID-19 didapati adalah palsu setelah siasatan mendapati tiada kematian melibatkan seorang remaja di sana.
Tangkap layar daripada video tular yang menunjukkan wanita yang membuat pendakwaan terbuka.
Wanita yang melakukan dakwaan dalam video itu juga menyebut mengenai seorang ibu yang kematian dua orang anak yang sedang mengalami Advers Events Following Immunisation (AEFI) atau kesan Advers Susulan Imunisasi di Ipoh selepas mereka menerima vaksin COVID-19.
Untuk pengetahuan, AEFI merujuk kepada kesan sampingan yang dialami selepas menerima suntikan vaksin. Ia bagaimanapun boleh berlaku secara kebetulan dan tidak semestinya mempunyai hubungkait dengan pengambilan vaksin.
Hasil siasatan KKM, dua orang anak beliau yang berusia 16 hingga 18 tahun itu didapati mengalami kesan sampingan vaksin Comimaty dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh. Remaja berusia 16 tahun telah dibenarkan keluar dari hospital manakala remaja berusia 18 tahun masih dalam pemerhatian doktor pakar di hospial.
Bagaimanapun, laporan kesan sampingan kedua beradik ini masih belum ditemui mengikut semakan Agensi Regulatori Farmasi Negara. Ini bermakna, pertuduhan kematian dua orang remaja di Ipoh ini adalah tidak benar.
Kenyataan Pengerusi CITF-A berkenaan video viral remaja meninggal dunia akibat kesan sampingan selepas menerima vaksin.
Basically, the woman in the video who was speaking with her mask off flat out lied. pic.twitter.com/NgIwIDtOuX
Seiring dengan kenyataan balas yang dikeluarkan oleh KKM ini bagi menjelaskan situasi sebenar, mereka menasihatkan semua pihak untuk mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini hanya akan mengakibatkan situasi kecoh ketika negara sedang bertarung dengan wabak COVID-19 sekarang. Tambahan pula, masih ramai ibu bapa dan penjaga yang masih was-was sekiranya pemberian vaksin kepada remaja di bawah umur 18 tahun adalah selamat WALAUPUN ia sudahpun disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Sebagai warganet pula, kita disyorkan untuk memastikan sumber maklumat yang ingin dikongsi atau dipercayai telah disahkan benar terlebih dahulu, hadir daripada sumber yang sahih dan daripada pihak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, sekiranya benar kesan sampingan dilihat pada remaja yang telah menerima vaksin Comirnaty, korang haruslah melakukan pemeriksaan segera ke pusat kesihatan. Antara gejala yang disenaraikan termasuklah sakit dada, kesukaran bernafas, berdebar-debar, bengkak dan gatal pada badan yang teruk.
Kes bunuh diri yang terjadi dalam masyarakat dunia hari ini semakin membimbangkan. Tidak hanya berlaku di luar negara, malah masalah ini turut terjadi dalam negara kita sendiri.
Terbaru, seorang wanita berusia 26 tahun nekad terjun dari tingkat atas bangunan pusat membeli-belah di Klang dipercayai kerana rasa bersalah telah menyusahkan rakan dan keluarganya membayar hutang 'along'.
Menurut laporan Harian Metro, gadis itu bekerja sebagai seorang kerani restoran dan ditemui mati oleh orang awam kira-kira 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa mengesahkan anak perempuannya gagal mengawal perasaan dan hampir pengsan.
Menurut sumber lagi, mangsa pernah berhutang sejumlah wang dengan tiga kumpulan 'along' dan meminta rakan serta keluarganya membayar semua pinjaman berkenaan.
Seorang rakannya telah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kelmarin dengan meminta mangsa supaya berubah dan tidak meminjam dari 'along lagi.
Namun, mangsa membuat status di laman sosial Facebook menyatakan dirinya meminta maaf kerana menyusahkan keluarga serta rakannya sebelum terjun bangunan.
Ramai yang bersimpati dengan nasib gadis ini dan menasihatkan kepada yang lain agar jangan melibatkan diri dengan 'perniagaan along'.
Malah, ada juga yang memberi solusi sekiranya berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu korang buat adalah buang rasa takut dalam diri terlebih dahulu sebelum berniat untuk membunuh diri.
Ya, mungkin juga kerana tertekan membuatkan gadis ini nekad untuk membunuh diri.
Sebaiknya jika kita mempunyai sebarang masalah, berkongsilah dengan individu yang boleh dipercayai. Jika mereka tidak boleh membantu dari segi wang ringgit, mungkin boleh mencari solusi dan memberikan nasihat yang lebih baik.
Jangan simpan seorang diri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...