Ramai yang mempersoalkan tarikh pilihan raya kali ini jatuh pada hari bekerja, Rabu. Tapi, tenang guys, dah confirm kan 9 Mei ni kita dapat cuti umum. So, tak ada masalah lagi untuk korang nak turun mengundi.
Sebagai generasi muda, mesti ada di antara kita yang tertanya-tanya sama ada pernah ke pengundian pilihan raya dibuat pada hari bekerja atau ini merupakan yang pertama kalinya.
Nah, kalau nak tahu berikut merupakan tarikh-tarikh pilihan raya di Malaysia sejak tahun 1959 yang diperoleh daripada Sinar Harian.
Sekali imbas posternya mungkin ramai beranggapan bahawa Killing Gunther merupakan sebuah filem aksi. Sebenarnya, kamu tak salah kerana masih ada elemen aksi turut diselitkan di dalam filem arahan Taram Killam, pelakon komedi yang mucul dari program SNL. Ini merupakan filem pertama arahan Taran Killam, jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak filem ini ada kekurangannya.
Jika dilihat di atas kertas, Killing Gunther menjanjikan sebuah kolektif pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Cobie Smulders, Bobby Moynihan, Hannah Simone, Allison Tolman dan Arnold Schwarzenegger yang memegang watak Gunther. Gabungan hebat ini jika difikirkan mampu menlahirkan sebuah filem komedi yang baik.
Arnold Schwarzenegger memegang watak sebagai pembunuh upahan nombor satu di dunia
Premis Killing Gunther cukup ringkas; Blake seorang pembunuh upahan bersama krewnya ingin mencari dan menghapuskan Gunther yang dipercayai menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia. Untuk membuktikan dirinya lebih hebat, Blake harus menyempurnakan misi ini. Dan sepanjang misi ini dijalankan, Blake telah mengupah juru video untuk merakamkan setiap detik misi mereka.
Dan di sinilah kita sebagai penonton melihat rakaman yang dilakukan oleh juru video tersebut. Ia seakan menonton program realiti televisyen yang penuh dengan aksi letupan dan komedi daripada setiap karakter. Jika kamu pernah menonton filem What We Do in the Shadows, itulah corak arahan yang ingin dicapai oleh Taran Killam.
Namun, sayangnya ia tampil dengan banyak kelemahan. Salah satu daripadanya ialah fokus karakter utama yang agak tidak berapa jelas. Karakter-karakter lain juga tidak dikembangkan dengan begitu baik. Kemunculan Arnold Schwarzenegger tidaklah terlalu lama di dalam filem ini. Mingkin ia hanya sebagai gimik.
Walau bagaimanapun, Killing Gunther masih ada elemen komedi yang boleh kita hargai. Walaupun tidak menawarkan plot yang menarik namun kemunculan pelakon-pelakon hebat mungkin mampu mengubati kekecewaan itu.
Killing Gunther kini mula ditayangkan di seluruh negara bermula 2 November 2017.
Rating – 2.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roda kehidupan berputar tidak selalu meletakkan posisi kita untuk sentiasa berada di atas, kadang kala kita di bawah juga.
Jika sebelum ini, Elon Musk dilaporkan hilang kedudukan terkaya di dunia selepas beliau mencatat kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak AS$200 bilion (RM881 bilion).
Elon Musk khabarnya menetap di sekitar kawasan kilang Tesla untuk memantau produktiviti pekerjanya.
Terkini, pengasas syarikat SpaceX, Elon Musk dilaporkan telah kembali berjaya merampas semula gelaran manusia terkaya di dunia, lapor Metro UK.
Menurut Indeks Bilionaires Bloomberg, saham syarikat kereta elektriknya, Tesla Inc. naik 100 peratus pada Januari.
Secara tidak langsung, ia meningkatkan nilai bersih semasanya kepada 186 bilion dolar Amerika (RM832 bilion). Hal tersebut telah menyebabkan Musk sekali lagi menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun ini.
Untuk info, kekayaan Musk dikaut daripada beberapa syarikat tetapi sebahagian besar kekayaaannya terikat dalam syarikat kereta elektriknya Tesla. Pada tahun lalu, Elon Musk tidak berada dalam senarai teratas individu paling kaya apabila saham dalam Tesla Inc. itu merosot.
Bagaimanapun, baru bulan ketiga di tahun 2023, Musk membuktikan beliau kembali menjadi orang pertama dalam sejarah yang kehilangan kira-kira 2 bilion dolar Amerika (RM8.95 bilion).
Pada masa ini, SpaceX adalah syarikatnya yang paling berharga di mana dia mempunyai saham bernilai 44.8 bilion dolar Amerika (RM200 bilion). Selain Tesla dan juga Twitter yang dibelinya dengan harga 44 bilion dolar Amerika (RM196.9 bilion) pada tahun lepas, Musk juga mengetuai syarikat roket iaitu SpaceX dan Neuralink.
Pada bulan November lalu, Musk memberi bayangan bahawa berkemungkinan Twitter akan muflis, lapor Insider. Ekoran daripada itu, Musk telah melaksanakan langkah-langkah pemotongan kos dan pemberhentian pekerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajarnya terjaga setelah ia menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang bekas siswazah.
UiTM dalam kenyataan rasminya memaklumkan bahawa mereka telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Mengikut akta tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.
Terdahulu, Farah Azuin Razak yang merupakan bekas siswazah UiTM menerusi laman media sosial Twitter telah menzahirkan kekecewaannya kerana tiada tindakan undang-undang yang diambil ke atas seorang pensyarah yang didakwannya melakukan gangguan seksual terhadapnya sewaktu menuntut di UiTM Segamat, Johor.
Ini termasuklah pelbagai pertanyaan berbaur lucah terhadap bekas pelajar itu atas alasan menjalan kaji selidik. Ia juga diselang-seli dengan percakapan tidak senonoh.
Pensyarah tersebut didakwa melakukan perbuatan berkenaan semasa kelas berjalan secara dalam talian. Foto Hiasan : Pexels (Vlada Karpovich)
Lantas, Farah dan beberapa rakan sekelas berpakat untuk merakam perbualan telefon di antara Farah dan pensyarah itu demi mendapatkan bukti.
Pada keesokan harinya, Farah telah membuat laporan di Balai Polis Tangkak bersama abangnya, rakan sekelas dan pelajar senior yang bertindak sebagai saksi.
Segala bukti rakaman perbualan telefon dengan pensyarah itu telahpun diserahkan. Begitupun, tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa mahupun pentadbiran UiTM di kampus induknya di Shah Alam setelah lebih setahun berlalu.
Biarpun lewat mengambil tindakan, Unit Integriti UiTM dalam kenyataan semalam berkata pihaknya telah menjalankan siasatan yang teliti bermula tahun lalu lagi di mana bahan bukti dikumpulkan sebelum kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman ditentukan.
Hanya selepas siasatan dalam selesai dan dimesyuaratkan di Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, UiTM telahpun menamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta terhadap pensyarah itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!