Penyanyi K-Pop, Haechan NCT baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan dakwaan hubungan peribadi serta gangguan daripada peminat obsesif.

Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di media sosial, Haechan atau nama sebenarnya Lee Dong-hyeok (26) dilihat berada dalam situasi tegang sebaik sahaja tiba di Korea Selatan selepas pulang dari Amerika Syarikat.

Sebelum ini, komuniti dalam talian kecoh memperkatakan khabar angin bahawa anggota kumpulan NCT berkenaan didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang individu bukan selebriti.

Spekulasi Bercinta Cetus Kemarahan, Haechan NCT Diserbu ‘Sasaeng’ Di Lapangan Terbang Spekulasi Bercinta Cetus Kemarahan, Haechan NCT Diserbu ‘Sasaeng’ Di Lapangan Terbang

Pada masa yang sama, dakwaan itu turut disertakan dengan beberapa bukti tidak sahih termasuk gambar barangan peribadi yang dipercayai milik pasangan berkenaan serta maklumat penerbangan yang menjejaki pergerakan Haechan.

Ads

Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila sekumpulan individu yang dipercayai peminat obsesif atau lebih dikenali sebagai ‘sasaeng’ dilaporkan telah menunggu ketibaan penyanyi tersebut berdasarkan maklumat yang dibocorkan.

Di dalam rakaman video yang tersebar memperlihatkan Haechan dikerumuni ramai orang, malah ada yang bertindak menolak petugas keselamatan demi mendekatinya.

Ads

BACA: Mark Lee Keluar NCT Selepas 10 Tahun, Tinggalkan Surat Istimewa Buat Peminat

BACA: Ten Tinggalkan SM Entertainment, Kekal Aktif Bersama NCT & WayV

Ads

Spekulasi Bercinta Cetus Kemarahan, Haechan NCT Diserbu ‘Sasaeng’ Di Lapangan Terbang

Dalam satu rakaman, kedengaran seorang individu mengeluarkan kata-kata keji terhadap Haechan sebanyak dua kali, manakala dalam video lain, terdapat seorang lagi individu yang menekan lengannya ke bahu sambil cuba merakam wajahnya dari jarak sangat dekat.

Insiden ini mengundang kecaman meluas daripada para peminat K-Pop dan orang ramai yang menganggap tindakan tersebut sebagai melampaui batas, sekaligus mencetuskan desakan agar agensi pengurusan mengambil langkah tegas demi keselamatan artis serta menangani isu pelanggaran privasi dalam industri K-Pop.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads