Baru-baru ini, Ten daripada kumpulan NCT mencuri perhatian apabila dilaporkan tidak lagi meneruskan kontraknya bersama agensi K-Pop terkenal, SM Entertainment.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, Ten atau nama sebenarnya Chittaphon Leechaiyapornkul (30) memaklumkan bahawa kontraknya bersama syarikat tersebut telah tamat dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menyambung kerjasama selepas melalui perbincangan mendalam mengenai hala tuju kerjayanya.
Walaupun tidak lagi berada di bawah naungan SM Entertainment, penyanyi itu difahamkan masih akan kekal terlibat dalam aktiviti kumpulan NCT serta sub unitnya, WayV, dengan penyelarasan bersama pihak agensi.
Pada masa yang sama, Ten turut berkongsi mesej menyentuh hati kepada para peminat terutama NCTzen yang setia menyokong perjalanan seninya sejak debut pada tahun 2016 bersama NCT U.
“Sejak debut bersama NCT U pada tahun 2016, masa yang saya dapat bertemu dengan anda semua melalui NCT dan WayV dipenuhi dengan kenangan yang sangat berharga dan membahagiakan dalam hidup saya,” katanya.
Ads
Menurut Ten, keputusan tersebut dibuat selepas melalui fasa refleksi diri apabila dirinya kini memasuki usia baharu dan mula memikirkan tentang identiti serta arah tuju kehidupan.
“Apabila masa berlalu dan saya mencapai usia hampir 30 tahun, saya mula bertanya kepada diri sendiri tentang siapa diri saya sebenarnya. Selepas berfikir panjang, saya merasakan keinginan untuk mencuba cabaran baharu dalam persekitaran yang baharu,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, selain dikenali sebagai antara ahli NCT yang paling versatil, Ten mencipta nama menerusi pelbagai karya termasuk lagu solo seperti Nightwalker serta EP Ten yang mendapat perhatian global, selain aktif dalam subunit WayV dan projek antarabangsa seperti SuperM. Malah, beliau juga terus terlibat dalam beberapa acara besar K-pop termasuk konsert antarabangsa dalam masa terdekat.
Ads
Terdahulu, seorang lagi anggota NCT, Mark, turut dilaporkan meninggalkan NCT dan SM Entertainment selepas hampir sedekad bersama kumpulan tersebut, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat global.
Terdahulu, Perkembangan ini turut berlaku dalam tempoh yang agak sensitif buat peminat NCT apabila sebelum ini, Mark dilaporkan meninggalkan NCT dan SM Entertainment selepas hampir sedekad bersama kumpulan tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat global.
Sumber: Korea Times
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga penyampai stesen radio ERA FAM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berikutan siaran kandungan video mereka bertiga yang telah menyinggung sensitiviti masyarakat khususnya kaum India.
Difahamkan, aksi Azad yang disaksikan oleh Nabil, Radin serta beberapa lagi kakitangan lain seakan menyerupai tarian kavadi masyarakat Hindu yang merupakan ritual suci terhadap Dewa Murugan sewaktu perayaan Thaipusam.
Menerusi hantaran video ke akaun media sosial era.je pada Selasa, tiga orang penyampai segmen 3 Pagi ERA itu mengakui nasi sudah menjadi bubur berikutan tingkah laku mereka itu dan berikrar kesilapan yang sama tidak akan berulang semula pada masa hadapan.
“Kami memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial ERA berhubung aksi yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India.
“Kami mengakui kesilapan serta kekhilafan kami dan kami juga akan pastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” kata Nabil yang mewakili mereka bertiga. Menurutnya lagi, mereka terbuka untuk menerima segala kritikan demi memperbaiki diri mereka.
Tinjauan REMAJA di akaun Instagram era.je mendapati pihak ERA FM memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran terbaru demi mengelakkan pertelagahan pendapat dalam kalangan warganet.
Dalam pada itu, pengurusan tertinggi ERA FM turut menyusun jari memohon maaf berikutan terlepas pandang terhadap kandungan yang memaparkan aksi kurang menyenangkan oleh penyampai radio stesen tersebut.
Sambil berjanji bahawa insiden sama tidak akan berulang, ERA FAM juga akan sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Bersiap-sedia untuk merebut tiket masing-masing yang mula dijual pada jam 3 petang ini.
Buat semua GZB dan Team Wang di Malaysia, akhirnya impian korang bertukar realiti setelah penghibur K-pop terkenal, CL (daripada kumpulan 2NE1) dan Jackson Wang (dari kumpulan GOT7) bakal turun ke Kuala Lumpur sempena festival Good Vibes Weekender 2022 pada 23 – 24 September ini.
Setelah dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19, Good Vibes ‘Weekender’ mengubati kerinduan peminat festival muzik di Malaysia dengan acara tahun ini. Cuma, lokasinya sahaja yang sudah diubah dari The Ranch, Genting Highlands ke taman tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.
CL.
CL dijadualkan muncul pada 23 September (Sabtu) bersama nama-nama besar dari Malaysia seperti Joe Flizzow, Dolla, Sonaone, Midnight Fusic dan Claudia. Turut ditampilkan ialah penyanyi dari Amerika Syarikat, Surf Mesa.
Jackson Wang.
Sementara itu, Jackson Wang pula akan menghangatkan pentas pada 24 September (Ahad) bersama-sama Beabadoobee (penyanyi Inggeris-Filipina), Pink Sweat$ (popular dengan single All My Worst), Yonnyboii dan ramai lagi.
Paling penting tentunya adalah senarai harga tiket bagi Good Vibes Weekender ini.
Well, korang boleh layari ke laman web mereka pada hari ini dan rebut tiket masing-masing bermula 3 petang ini (2 Ogos 2022). Harga tiket ‘early bird’ bermula dari RM399 (pas dua hari) manakala harga tiket normal setelah tempoh ‘early bird’ berakhir adalah RM499 (pas dua hari) dan RM999 (pass VIP dua hari).
Terdahulu, peminat muzik di Malaysia telah berebut bagi memiliki tiket konsert Billie Eilish, Dewa19 dan Justin Bieber.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai juga yang mengambil kesempatan bercuti dalam bulan Jun dan Julai ini untuk mengunjungi destinasi luar negara setelah sekian lama ‘terperap’ di dalam negara akibat pandemik Covid-19.
Antara yang meluangkan masa ke luar negara bersama kenalan dan ahli keluarga mereka kini ialah penyanyi kegemaran ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini berada di London, United Kingdom.
Dalam pada bersiar-siar bersama keluarganya, Siti turut sempat menyelitkan ke dalam itenararinya masa untuk menonton konsert penyanyi terkenal Inggeris, Adele di Hyde Park.
Konsert bersempena festival muzik British Summer Time Hyde Park itu sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat Adele di negara kelahirannya itu dan Siti juga tidak melepaskan peluang sama.
Adele tampil mempersonakan dalam konsert yang amat dinanti-nantikan oleh peminatnya di London, hujung minggu lalu.
Iyalah, hendak harapkan Adele ke Kuala Lumpur. Hhm, entah bilalah kan!
Anyway, Siti tidak keseorangan apabila ditemani mentornya dalam dunia perniagaan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan isteri, Datin Wira Hasdiana Ahmad. Turut serta ialah Pengerusi Eksekutif Richworks, Datuk Zafrol Rizal Mat.
“Terima kasih Doc sebab beri pengalaman yang best sangat. Terima kasih Datuk J, Datin Wira, seronok sangat alhamdulillah thank you,” katanya menerusi hantaran di bahagian Instagram Story akaun @ctdk.
Buat Dr Azizan pula, beliau sendiri mengungkap perasaan teruja dapat menonton Adele secara langsung bersama, “biduanita negara, TokTi”. Katanya lagi, sesudah berakhir konsert tersebut, mereka meluangkan masa menaiki beca di sekitara kawasan terbabit.
“Kita naik beca, ingat dekat Melaka saja ada beca. Di London pun ada,” catat Siti. Terdahulu, Siti dan keluarganya bercuti di Dubai UAE selama tiga hari sebelum berlepas pula ke kota London.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Karva Travel & Tours tampil dengan misi baharu bersama Datuk Aaron Aziz untuk menawarkan pengalaman umrah lebih selesa, tersusun dan diyakini buat para jemaah.