Istana Negara

 

Seluruh negara terkesan dengan ura-ura Malaysia akan mengisytiharkan darurat sehinggakan mencetus perasaan panik di kalangan pengguna media sosial negara.

 

Rata-rata golongan millennial negara tidak begitu pasti apa yang dimaksudkan dengan status darurat. Namun impaknya jelas besar apabila masing-masing mengkhawatiri jika ia berlaku dalam jangka masa terdekat.

Secara ringkasnya, pengisytiharan darurat adalah jalan terakhir sekiranya negara tidak mendapat apa-apa jalan lain bagi menyelesaikan isu yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri, keadaan ekonomi yang kurang stabil dan berlaku ancaman ketenteraman awam.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Itu Darurat? Ini 15 Penjelasan Yang Perlu Korang Tahu

Memanglah mana-mana negara pun enggan berdepan dengan situasi darurat. Namun jika keadaan memaksa, ia terpaksa juga dilakukan demi memelihara kesejahteraan negara dan rakyatnya.

IKLAN

Ura-ura bahawa Malaysia bakal mengisytiharkan darurat akibat krisis politik yang sedang berlaku sekarang sebenarnya belum lagi mencakupi ketiga-tiga faktor tadi.

Namun menurut penganalisi politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam siaran berita Astro Awani sebenar tadi, jika benar Malaysia akan mengisytiharkan darurat, ia seharusnya bersandarkan kepada pandemik Covid-19 sekiranya keadaan sudah menjadi semakin tidak terkawal.

IKLAN
JIKA Malaysia Isytihar Darurat, Kita Bukan Negara Pertama Yang Lakukannya Tahun Ini
Bekas Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Sumber Foto: NSTP.

“Banyak negara yang telah mengisytiharkan darurat pada tahun ini akibat Covid-19 seperti Jepun, Sepanyol dan Itali. Malah Romania juga sanggup untuk menangguhkan pilihan raya di negara mereka disebabkan ingin mengawal merebaknya Covid-19.

“Bukan itu saja, 48 buah negeri daripada sejumlah 50 negeri di Amerika Syarikat juga telah diisytiharkan darurat akibat wabak. Jadi, konsep darurat seperti ini ada,” jelasnya.

So guys, kemungkinan untuk Malaysia mengisytiharkan darurat kesihatan itu ada memandangkan negara sedang berperang dengan gelombang ketiga Covid-19.

Apapun, kita berharap agar ura-ura ini tidak benar memandangkan ia boleh merudumkan lagi ekonomi negara buat masa ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI