Uji bakat Hero Dewi Remaja yang berlangsung baru-baru ini di Eastin Hotel Petaling Jaya berjaya menarik ramai anak muda dari pelbagai latar belakang untuk hadir mencuba nasib.
Antara yang mencuri perhatian lensa REMAJA di sana ialah gadis menawan dari Pulau Langkawi, Farah Rose.
Remaja yang berusia 22 tahun ini lebih dikenali dengan gelarannya, The Singing Pilot di media sosial dek kerana latar belakangnya sebagai seorang graduan juruterbang.
Empat tahun lalu, dia dilayangkan tawaran rakaman lagu daripada komposer Eddie Hamid. Ketika itu, dia baru selesai mengadakan persembahan dalam sebuah acara di Langkawi.
Ads
Tanpa berfikir panjang, Farah Rose atau nama sebenarnya Nur Farah Najihah Rosmi terus menyatakan persetujuan apatah lagi menjadi penyanyi adalah impiannya sejak kecil.
Meski tanpa sebarang pengalaman, gadis itu menjadikan kekerapan menyertai pertandingan nyanyian sebagai platform mengasah minat, sekali gus mengejar impian menjadi bintang.
Mengimbas kembali kehadirannya di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 minggu lalu, gadis ini akui bahawa dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk bergelar seorang Dewi.
Ads
“Saya merupakan seorang graduan juruterbang dan telah graduate pada Disember 2021 dan masih belum ada rezeki untuk masuk mana-mana syarikat penerbangan. Maka, saya menanam cita-cita untuk sertai Hero Dewi Remaja tahun ini,” jelasnya.
Dianugerahi rupa paras yang ayu, gadis ini bercita-cita tinggi untuk menjadi sorang wanita yang berbakat dan mempunyai nama besar di dalam industri seni.
“Sebenarnya saya bermula menjadi seorang penyanyi dari usia 10 tahun lagi dan pada tahun lepas saya telah mengeluarkan single saya sendiri berjudul, Cerita Ku. Maka, menjadi seorang anak seni itu sudah sebati dalam diri saya dan dunia hiburan ini bukan lagi perkara baharu untuk saya,” komennya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: REMAJA, Instagram Farah Rose
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain bola sepak remaja, Luqman Hakim Shamsudin baru-baru ini telah diberikan peluang untuk bermain dalam perlawanan kelabnya, KV Kortrijk menentang Anderlecht.
Dalam perlawanan pada hujung minggu lalu itu, pemain berusia 18 tahun itu dimasukkan pada minit ke 74 bagi menggantikan rakan sepasukan, Peter Golubovic.
Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, namun perlawanan tersebut mencatatkan sejarah dalam kariernya sebagai pemain bola sepak apabila dia menjadi pemain bola sepak tempatan PERTAMA yang bermain untuk sebuah liga Eropah.
Malah dalam perlawanan itu, Luqman banyak membantu membuat hantaran kepada rakan pasukan dan menunjukkan potensi yang baik untuk kembali diturunkan pada perlawanan akan datang.
Menariknya, aksi sulung Luqman itu juga dikatakan mampu membuka peluang yang lebih cerah untuknya termasuklah impian bagi beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam temuramah bekas pengurus pasukan Selangor, Zakaria Rahim bersama rakan media di Bharian, kemasukan Luqman untuk bermain bagi KV Kortrijk pada hujung minggu lalu telah membuatkan dia semakin hampir dengan syarat utama untuk mendapat visa bekerja Tier 2 atau Tier 5 oleh Imigresen United Kingdom.
Katanya, “Untuk pemain Malaysia yang ingin bermain di mana-mana liga profesional di UK, dia perlu sekurang-kurangnya bemain di mana-mana liga utama di negara kesatuan Eropah.
“Luqman secara teknikalnya sekarang sudah selangkah layak bagi mendapatkan permit bekerja dan bermain bola sepak di bawah kategori Creative or Sporting Visa.
“Cuma, dia perlu mendapat lebih minit permainan tidak kira sebagai pemain utama atau simpanan dan dia perlu meningkatkan lagi prestasinya,” jelasnya.
Walaupun Luqman kini bersama dengan kelab Belgium itu dengan kontrak 5 tahun, sekiranya ada tawaran dari mana-mana kelab di UK atau liga lain di UEFA, Zakaria berpendapat bahawa kelabnya itu pasti bersedia untuk menjual kontraknya kepada kelab yang berminat.
Wow!
Apapun, sebagai rakyat Malaysia kita wajar memberikan lebih sokongan kepada pemain remaja ini. Mana tahu, dia akan lebih mengharumkan nama negara selepas ini.
Sebuah lagi filem horror, Polaroid bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dan macam biasa, kami nak belanja korang menonton wayang percuma bersama team Remaja.
Polaroid menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang bernama Bird Fitcher secara tidak sengaja menjumpai kamera Polaroid lama yang mempunyai kisah misteri disebaliknya. Sesiapa yang gambarnya diambil dengan kamera tersebut pasti akan mati dalam keadaan tragik.
Bird dan rakan-rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri, selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera, sebelum mereka semua mati!
Dibintangi oleh Kathryn Prescott, Katie Stevens dan Madelaine Petsch, filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Mei nanti.
Kalau nak menang dua tiket percuma filem ini dan tonton bersama kami, sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Menangi tiket wayang Remaja x Polaroid
Tarikh: 21 Mei 2019 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas Sunway Pyramid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemegang watak Ainun dalam filem Habibie & Ainun 3 ini bukan calang-calang orangnya. Selain berjaya dalam bidang seni hiburan dia juga cemerlang dalam bidang akademik. Maudy Ayunda baru sahaja menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan Dan Pendidikan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat.
Universiti yang berusia lebih 130 tahun ini merupakan salah sebuah universiti elit di dunia dan menjadi dambaan setiap pelajar untuk menimba ilmu di sini. Memulakan pengajiannya kira-kira dua tahun lalu, Maudy berkongsi pengalaman apabila di terpaksa menempuhi konsep pembelajaran secara atas talian disebabkan pendemik Covid-19.
Bersama keluarga tercinta
“Saya telah tamat pengajian! Dua tahun berlalu, tiada kata yang boleh diungkapkan tentang berapa banyak telah saya belajar dari pengalaman ini. Terutama sekali apabila ia diwarnai dengan cabaran yang unik dan tidak disangka-sangkakan.
“Mac tahun lalu, pengalaman Standford saya berubah sekelip mata. Kelas menerusi zoom dan juga pemakaian pelitup muka menapis sistem pembelajaran dan cara berinteraksi. Walaubagaimanapun ia meningkatkan daya kemenjadian saya sebagai seorang manusia. Saya diajar untuk mengawal, berfikir secara mendalam dan belajar mengutamakan perkara yang perlu.
Terserlah gaya wanita Indonesia.
“Saya juga belajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa rasa tidak menyesal berkenaan perkara yang benar-benar bermakna buat diri ini dan bersyukur untuk setiap perkara itu. Ia merupakan satu ia merupakan satu keistimewaan bagi saya untuk dapat berjalan di institusi hebat ini. Saya berharap agar saya dapat berbuat kebaikan menerusi pengalaman ini pada masa hadapan,” ujar wanita berusia 27 tahun ini.
Merupakan bekas pelajar Universiti Oxford dalam bidang Filosofi, Politik dan Ekonomi diperingkat ijazah sarjana muda. Sebelum menerima tawaran masuk ke Stanford, Maudy juga telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajiannya di Universiti Harvard.
Menarik perhatian pada hari konvokesyen, Maudy telah menggayakan busana kebaya merah yang cukup cantik. Seperti yang kita tahu, kebaya merupakan pakaian nasional wanita Indonesia. Busana yag digayakan itu direka oleh pereka fesyen terkenal Didiet Maulana.