Merupakan cucu saudara Raja Kemboja, Norodom Sihomani, remaja perempuan berusia 10 tahun ini popular sebagai pelakon, penyanyi dan juga pempengaruh media sosial di negaranya.
Ibunya, Puteri Buphary Norodom merupakan anak kepada Putera Norodom Chakrapong, manakala bapanya pula merupakan seorang lelaki berbangsa Perancis. Dilahirkan dinegara bapanya pada tahun 2012, dia kembali ke Kemboja pada usia tiga tahun dan menetap di sana sehingga kini.
Selain mempelajari bahasa Perancis dan Khmer daripada ibu bapanya, menurut Cambodia News, Norodom juga bertutur dalam bahasa Thai, Cina dan Inggeris. Seperti yang boleh dilihat pada saluran YouTubenya beliau berkemampuan menyanyi dalam kesemua bahasa tersebut.
Satu perkara yang cukup menarik tentang puteri raja ini semestinya raut wajah beliau yang iras penyanyi KPop popular, Lisa Blackpink. Selain gemarkan penyanyi tersebut, Jenna sering dipanggil “Little Lisa” dari Kemboja kerana memiliki kemahiran melakukan persembahan dan menari seperti Lisa.
Ads
Mempunyai minat terhadap persembahan dan muzik sejak kecil, beliau secara rasmi menyertai industri hiburan pada 2018 sebagai pelakon, penyanyi dan penari. Minatnya ini mendapat sokongan keluarga Diraja. Selain itu beliau juga belajar opera di Sekolah Seni Muzik di Phnom Penh.
Mendapat perhatian kerana jarang kerabat Diraja aktif dalam dunia seni kreatif dan menjadi bintang pop kanak-kanak, kini beliau bernaung di bawah agensi bakat, Space Creative Marketing.
Ads
Dia pernah muncul dalam dua drama televisyen popular berbahasa Khmer iaitu Tep Thida Pokul Meas (2020) dan Golden Kingdom (2021).
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Kemboja merupakan negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan yang mana Raja diberi kuasa sebagai ketua negara namun ia haruslah mengikut perlembagaan dan kedudukannya melebihi entiti politik.
Ads
Negara tersebut diperintah seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat menerusi pilihan raya untuk mengetuai kerajaan.
Menariknya, sistem beraja di negara ini bukanlah diperturunkan secara pertalian darah ayah dan anak sebaliknya kedudukan sebagai raja diberikan kepada sesiapa sahaja di dalam keluarga Diraja yang dirasakan berhak oleh Majlis Takhta Diraja.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tanggal 10 Februari pada setiap tahun adalah momen yang cukup istimewa buat insan bernama Noor Neelofa.
Menginjak ke usia 34 tahun pada hari ini, Neelofa kekal menjadi individu yang dicontohi, disegani dan diikuti oleh jutaan peminatnya dari Malaysia dan seluruh dunia.
Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa dilihat menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal.
“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”-Tulis Neelofa
Dapat Hadiah Gelang Tangan Yang Sepadan Dengan Cincin Perkahwinan
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.
Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita ❤️🤲🏼.”-kongsi Neelofa
Berkesempatan ini, REMAJA juga ingin mengucapkan Happy Birthday buat Neelofa yang ke-34. Semoga terus sukses dan dalam rahmat NYA!
Sebelum ini REMAJA ada kongsikan karakter individu yang lahir pada bulan Februari. Berikut merupakan kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama penyanyi dan pelakon seorang ini semakin dikenali selepas membawa beberapa lagu-lagu hits bergenre rap yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan anak muda.
Anak seni yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah ini turut ‘digilai’ para wanita kerana mempunyai paras rupa yang kacak dan berketrampilan menarik. Namun, adakah hatinya sudah dimiliki seseorang?
Baru-baru ini ketika ditanya mengenai perkara tersebut, penyanyi lagu popular Ciao tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan kini sedang mempunyai teman wanita istimewa.
Malah, pemilik nama MK K Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan turut ‘mengunci mulut’ apabila bertanya mengenai gerangan seorang wanita yang selalu dilihat bergandingan dengannya sebelum ini.
Namun MK terbuka bercerita tentang ibu tercintanya, Kamariah yang sentiasa mendoakan agar anak lelakinya itu segera berumah tangga. Mana tidaknya, dalam semua adik beradiknya, hanya MK sahaja yang masih belum bergelar suami.
“Ibu memang mendoakan saya ke arah itu jadi perancangan itu memang sudah ada. Lagi pula bila tengok adik-beradik semua sudah melangkah ke alam rumah tangga, perasaan untuk kahwin juga semakin membuak-buak,” katanya ketika ditemui Remaja pada majlis sidang media pelancaran koleksi baju raya Armaan.
Walau hanya dirinya yang masih tiada pasangan, anak ketujuh daripada lapan adik beradik itu tidaklah berasa tertekan memandangkan urusan perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah.
“Saya tidaklah berasa tertekan. Memilih seseorang untuk menjadi pendamping hidup bukanlah sesuatu mudah kerana kita nak hidup bersamanya bukan setahun dua.
“Saya inginkan seorang wanita yang memahami diri saya dan membimbing saya dari sudut mental dan fizikal. Zaman sekarang sudah berbeza, percintaan pun menakutkan. Cukuplah sekadar saya katakan bahawa status saya sekarang sedang mencari,” tuturnya lagi.
Tahniah diucapkan kepada ‘buah hati’ Malaysia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar kerana berada di kedudukan teratas sebagai World’s Most Admired bagi kategori Malaysia yang dikeluarkan oleh portal YouGov.
Portal tersebut telah mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired daripada panel di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari hingga Mac tahun ini. Kajian tahun ini adalah kajian terbesar mereka dengan lebih daripada 45,000 orang di 42 negara dan wilayah ditemu ramah untuk menyusun senarai.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga turut berkongsi penghargaan ini di laman Facebooknya.
Pic – Malaysia Most Admired 2020I’m humbled …I’m honoured …TQ so much Love As Always
Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita. Selain itu, Dr Amalina Che Bakri menduduki tempat kedua dengan 10.03 peratus dan diikuti Datuk Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.
Bagi kategori lelaki pula, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengungguli carta dengan 10.64 peratus, diikuti Datuk Lee Chong Wei sebanyak 8.88 peratus dan Tun Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.
Tidak dinafikan penglibatan dua personaliti ini dalam bidang masing-masing sering kali menjadi inspirasi dan kebanggaan masyarakat di Malaysia. Maka, tidak hairanlah sekiranya mereka menjadi antara individu yang dikagumi di negara kita.
Syabas diucapkan sekali lagi kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.