Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki kulit hitam oleh anggota polis Amerika Syarikat yang telah membawa gelombang ‘Black Lives Matter’ ke satu tahap yang lebih tinggi. Remaja berusia 17 tahun itu, Daniella Frazier yang kebetulan ada di tempat kejadian telah merakam insiden tersebut dengan berani tanpa menghiraukan polis tersebut.

Apa yang terjadi?

George Floyd, 46 tahun, telah ditahan oleh pegawai polis yang dikenali dengan nama Derek Chauvin selepas disyaki menggunakan wang palsu bernilai $20 ketika melakukan pembelian di kedai serbaguna.

IKLAN
#GirlPower: Remaja Perempuan Rakam Video Kekejaman Polis Terima Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021
Derek yang menekan leher mendiang George menggunakan lutut sehingga menyebabkan kematian. Sumber gambar: NDTV.COM

Tindakan Derek yang menekan leher George yang sedang tertiarap menggunakan lututnya telah menyebabkan lelaki malang itu sesak nafas dan jantungnya berhenti lalu meninggal serta-merta di tempat kejadian. Kes kekasaran polis terhadap lelaki kulit hitam sememangnya tinggi di Amerika Syarikat dan sikap prejudis ini telah menyebabkan banyak konflik terjadi.

Mujurlah ketika kejadian Daniella tanpa gentar merakam kekejaman yang berlaku. Dia yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama sepupunya yang berusia 9 tahun sebelum melihat kejadian itu di depan mata. Selain itu, gadis ini turut menjadi saksi di mahkamah bagi menegakkan kebenaran.

IKLAN
#GirlPower: Remaja Perempuan Rakam Video Kekejaman Polis Terima Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021
Daniella Frazier yang kini sudah berusia 18 tahun. Sumber gambar: deadline.com

Video yang dirakamnya tersebar seluruh dunia dan menimbulkan kemarahan banyak pihak yang mempersoalkan prosedur operasi polis. Ekoran dari insiden ini, perarakan dan juga protes aman ‘Black Lives Matter’ menjadi satu simbol penentangan terhadap kekejaman polis dan juga sikap prejudis terhadap mereka yang berkulit hitam.

Atas keberaniannya, Daniella telah dianugerahkan Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021. Anugerah Hadiah Pulitzer merupakan satu anugerah untuk meraikan surat khabar, kewartawanan atas talian dan majalah, sastera serta komposisi muzik.

IKLAN
#GirlPower: Remaja Perempuan Rakam Video Kekejaman Polis Terima Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021
Salah satu mural memperingati kematian George Floyd. Sumber gambar: bangkokpost.com

Dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, gadis ini menyatakan, “Saya tahu hidup dia berharga. Saya tahu dia di dalam kesakitan. Saya tahu dia seorang lagi lelaki kulit hitam yang tidak berkuasa dan dalam bahaya.”

Sumber: Bernama & deadline.com

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI