Pada 19 Mei, Punithamalar Rajashekar berjaya meraih Rekod Dunia Guinness untuk masa terpantas menyusun kepingan di atas papan catur sambil ditutup matanya.
Menyusun 32 buah catur sambil menutup mata mungkin kelihatan mustahil, lebih-lebih lagi dengan rekod dunia 1.02 minit sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki dari India.
Tetapi pemain berusia 10 tahun ini berjaya melakukannya dalam masa 45.72 saat sahaja! Wowzerz sangat…
Ads
Anda mungkin menganggap pencapaiannya adalah hasil latihan intensif selama berbulan-bulan, membiasakan dirinya dengan aturan buah catur dan mengaturnya melalui sentuhan.
Namun pencapaian hebat ini dicapai disebabkan anugerah luar biasa yang didakwa dimilikinya iaitu keupayaan untuk “melihat” apa yang ada di hadapannya, walaupun dengan mata tertutup!
Ads
“Ia tidak sukar kerana saya merasakan ia sama seperti menyelesaikan tugas tanpa penutup mata. Sama seperti bagaimana semua orang melihat dengan mata terbuka, saya dapat melihat perkara yang sama walaupun dengan mata tertutup,” jelas gadis muda ini.
Ads
Sekadar info, pencapaian gadis itu bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini dia juga telah mendapat gelaran naib juara dalam “Kids Got Talent” Malaysia tahun ini, melayakkannya untuk mengikuti uji bakat untuk musim terbaru “America’s Got Talent”.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini perasaan mampu kami di majalah Remaja ucapkan selepas Muhammad Adli Asyraf, selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Sebahagian darah beku yang berada di salur otaknya sudah dibuang dan remaja berusia 22 tahun ini dalam proses pemulihan sejak awal bulan lalu.
Tatkala ditemubual, Muhammad Adli Asyaraf yang mesra disapa Acap mengakui dia semakin sihat.Malah kerusi rodanya juga sudah diletak di tepi dan dia hanya menggunakan tongkat sahaja. Ditanya apa dia mahu lakukan selepas sihat, adalah kembali ke padang bola bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.
Acap sudah semakin pulih dan tidak sabar untuk sihat seperti sebelum dia rebah sehingga perlukan dua kali pembedahan buang darah beku di kepala.
Powerkan semangatnya! Jom doakan dirinya agar cepat sembuh.
Masa yang sama tempurung kepalanya yang suatu ketika dahulu agak lekuk sudah dibetulkan dengan pemasangan implant. Kata Acap, dia sendiri sudah mula belajar perlahan-lahan dan jika cepat sembuh dia mahu kembali seperti kehidupan lalunya, bekerja dan mencari rezeki sendiri.
Kepalanya juga sudah tidak berlekuk kerana implant sudah dipasang di kepalanyaBeginilah keadaan kepalanya pada pembedahan kali pertama pada November tahun lalu. Dia juga perlu duduk di kerusi roda kerana tubuhnya tidak stabil
Pembedahan kedua dijalaninya di Hospital Pakar KPJ penghujung Januari lalu ternyata telah menyelamatkan nyawa remaja aktif bersukan ini dari alami kelumpuhan dan terbaring dalam usia yang cukup muda. Salute pada kepakaran doktor yang berjaya membuang sebahagian darah beku di salur otaknya.
Jika lambat melakukan pembedahan kedua ini, risiko kehilangan nyawanya sangat besar atau dia boleh lumpuh selama-lamanya jika salur darahnya pecah!
Kisah remaja aktif bersukan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak disahkan mempunyai penyakit kronik. Mengamalkan gaya hidup sihat namun sebagai remaja dia akui merokok namun tidak kerap. Setiap hari balik dari kerja, dia akan pergi ke padang bola sama ada bermain futsal mahupun bola sepak dengan rakan-rakan di perumahan didudukinya.
Namun hujung tahun lalu pada 12 November, dia yang ketika itu duduk berehat di tempat kerja terasa mukanya tiba-tiba kebas. Sejurus rasa kebas itu datang dia terus rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan sekerja yang panik terus menelefon ambulan dan ketika dibawa ke hospital, remaja berusia 22 hari ini koma empat hari.
Hasil pemeriksaan rapi, pakar yang merawatnya terus membuat keputusan darah beku yang ada di salur kepala sebelah kirinya perlu dibuang segera demi menyelamatkan nyawanya. Ibu bapanya yang kecemasan saat dimaklumkan hal itu perlu menandatangani satu dokumen bagi menyelamatkan nyawanya. Ketika itu doktor mengesyaki dia mempunyai darah tinggi tetapi ternyata tidak kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak punya sebarang penyakit kronik pun.
Dalam temubual kali pertama semasa Remaja menyiarkan kisahnya, bapanya Jasni Abdullah, 56 tahun berkata, kos pembedahan pertama adalah sebanyak RM83,000 di Hospital Pakar KPJ.
Insuran syarikat tempat anaknya bekerja hanyalah RM50,000 dan selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga. Dan kebetulan duit KWSP bapanya yang baru berhenti kerja kerana mencapai tahap usia 55 tahun digunakan untuk membiayai kos selebihnya.
Jasni mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan orang ramai sebanyak RM14,000 yang diterimanya selepas kisah anaknya disiarkan di Remaja dan akhbar tempatan lain
Masa yang sama, kata Jasni, selaku bapa dia masih bimbang lagi kerana hasil pemeriksaan rapi doktor, ada lagi salur darah hampir membeku di otak anaknya namun tidak dapat dibuang kerana merisikokan nyawanya jika dibuat sekaligus.
Kos pembedahan segera kali kedua mencecah hampir RM60 ribu termasuk memasang implant bagi tempurung kepalanya sebanyak RM20,000 lagi di mana menjadikan semuanya RM80,000. Keluarga ini perlu melakukannya penghujung Januari.
Remaja menyiarkan kisah remaja ini di mana hasil keprihatinan masyarakat bagi membantu dana pembedahan keduanya, keluarga ini mendapat RM11,000 lebih termasuk RM3000 lebih diberi orang ramai kepada keluarganya sendiri. Ada dalam RM14,000 lebih dan kerana itulah bapanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menderma bagi pembedahan kedua anak.
Keluarga ini begitu bersyukur yang Acap semakin pulih, Jelas bapanya biar kos pembedahan agak tinggi namun apa lebih penting adalah nyawa anaknya
“Tiada jasa dapat saya balas dan semoga Allah memberikan ganjaran buat insan-insan yang membantu,” katanya yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur di atas sebahagian bantuan diterimanya.
Kata Jasni lagi, dari pemeriksaan rapi doktor, salur urat di kepala anaknya menipis dan ia adalah kes yang sangat jarang terjadi.
“Ia antara sebab utama kenapa hal ini terjadi kepadanya,” katanya ketika Remaja menemuinya di kediaman di PPR Kerinchi, Pantai Dalam baru-baru ini.
Tq semua pada yang membantu memberikan sedekah buat remaja dan keluarganya ini demi menyelamatkan nyawanya.
Thanks you all, salute kerana prihatin pada nasib orang lain di dalam kesusahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin nama Amir Masdi masih baru lagi dalam linkungan penyanyi di Malaysia. Namun, remaja berusia 22 tahun ini dilihat mampu untuk melakar sesuatu yang luar biasa dengan bakat yang ada jika diberikan satu tempoh masa.
But first, siapa Amir Masdi sebenarnya?
* * * * *
01
Paling Muda
Amir merupakan peserta paling muda terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia Megastar pada tahun lalu. Disebabkan faktor usia itulah, pengacara Pak Nil selalu memanggilnya dengan gelaran ‘Amir Chicken’. Walaupun Amir okay je bila diberikan gelaran tersebut, dia berharap dirinya akan dipanggil dengan nama sebenar di luar.
* * * * *
02
Tak Sangka
Amir sendiri tak menyangka dia boleh sampai ke pusingan separuh akhir semasa AF Megastar, apatah lagi berjaya mengenepikan saingan seniornya yang jauh lebih berpengalaman. Di peringkat separuh akhir, Amir terkandas bersama seorang lagi peserta, Amir Jahari.
* * * * *
03
Harry Styles
Amir mengakui buat masa sekarang, dia ‘addicted’ dengan fasa lagu nyanyian Harry Styles. Setiap kali dia perlukan inspirasi atau semangat, dia akan mendengar lagu daripada album Harry terutamanya Kiwi.
* * * * *
04
Still Belajar
Bukan saja masih mempelajari teknik nyanyian dan penulisan lagu walaupun dia bergelar juara AF 2016, Amir juga masih bergelar pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM). So siapa nak usha, please pergi sana okay!
* * * * *
05
Tak Rasakan Diri Hebat
Pada usia 22 tahun, banyak pengalaman yang telah dikutip oleh Amir dan peluang itu bukannya datang untuk sesiapa saja. Namun, Amir merasakan dirinya masih tidak mencapai kejayaan luar biasa melainkan apabila dia datang mencecah sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Bagi saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ialah ikon yang harus saya letakkan sebagai bench mark untuk mencapai kejayaan,” katanya dala temu ramah bersama REMAJA, di dalam isu Januari lalu.
* * * * *
Anyway, kami harapkan agar Amir bakal keluar dengan single atau projek terbaru pada tahun ini. Sementara itu, jom klik video “Lagu _____ Bila ______” bersama Amir di bawah!
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini memberitahu akaun Tiktok miliknya telah digodam oleh ndividu tidak bertanggungjawab sejak Sabtu lalu.
Menurutnya, individu tersebut telah mengugut dan meminta Aya menghantar foto dan video bogel selain memberi sejumlah wang bagi mendapatkan akaun Tiktoknya semula.
“Individu itu minta saya hantar foto dan video bogel sekiranya tidak mahu membayar RM940 bagi mendapatkan akaun TikTok saya semula”
kredit: tiktok @freakayaisfreak
Jelasnya, hal ini berlaku selepas pempengaruh tersebut mempercayai satu kiriman emel dari Tiktok yang menawarkan centang biru (blue tick). Disebabkan itu, Aya kini telah kehilangan akaun yang memiliki lebih 800,000 pengikut.
“Tak sampai tiga minit saya tekan pautan yang diberikan melalui kiriman emel yang kononnya daripada TikTok, akaun saya terus tidak boleh diakses”
kredit: instagram @freakayaisfreak
“Saya sangat tertekan dan sedih apabila perkara ini berlaku sebab di situlah saya mencari rezeki dan sekarang ini saya sedang berusaha mendapatkan semula akaun itu walaupun peluang itu agak sukar”
“Saya anggap apa yang berlaku ini ada hikmah. Mungkin Tuhan nak jentik dan beritahu saya sesuatu. Laporan polis dan aduan kepada TikTok juga sudah dibuat”
Aya berkata, disebabkan akaun TikTok miliknya digodam terdapat tujuh kempen yang masih tertangguh dan perlu dimuat naik dengan segera.
“Mujurlah semua klien saya memahami situasi yang sedang dihadapi. Naluri saya kuat mengatakan saya akan dapat akaun TikTok saya semula”
Aya berharap agar ada keajaiban yang berlaku supaya dia boleh meneruskan kerja dan juga masih menanti maklum balas daripada Tiktok.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!