Korang mesti ada pengalaman ‘gurauan kasar’ di sekolah bersama rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.
Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.
Tapi korang sedar tak gurauan ini sebenarnya berbahaya?
Ads
Malang tidak berbau, hanya niat untuk bergurau seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu guarauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.
Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.
Ads
Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.
Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.
Ads
Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.
Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.
Jadi elakkan gurauan kasar seperti tarik kerusi sebegini. Jangan sebab keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.
Sumber: @jelegbt
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penganjuran anugerah berskala besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 semalam pada awalnya mendapat tentangan peminat hiburan tempatan kerana dilihat seperti tidak sesuai dengan waktunya.
Ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berhadapan pandemik Covid-19. Ada juga pihak yang berpandangan agar stesen televisyen memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan diri kepada Tuhan.
Apapun, ABPBH-33 telahpun selamat dianjurkan semalam. Seperti yang kerap kali diulang oleh pengacaranya, Dato’ AC Mizal, Nabila Huda, Sean Lee dan Sissy Iman, ABPBH-33 mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) sepanjang persiapan dan pengendalian acara.
02
Fesyen itu subjektif bukan? Akan ada orang yang suka, ada juga yang akan mengata.
Karpet merah ABPBH-33 tidak meriah dengan kehadiran ramai selebriti seperti edisi-edisi terdahulu kerana mengikut SOP (hanya pemenang setiap kategori, penyampai anugerah dan artis yang melakukan persembahan saja diminta hadir). Namun, itu tidak bermakna mata-mata fesyen tempatan tidak memerhati ya!
Some of them definitely had our eyebrows raised by being risque. Pengacara karpet merah dan Xiomi Smart Home Lounge, Sissy Iman mengambil inspirasi daripada stail Beyonce dan Rihanna.
Manakala, Wany Hasrita menarik perhatian ramai dengan pilihan skirt tulle rekaan Wan & Mary untuk dipadankan dengan stail hijab ringkas berona merah jambu.
Nama penyanyi Aina Abdul turut ‘naik’ apabila ramai yang sukar mengintepretasi idea di sebalik gaya tulle-nya.
Secara peribadi, penulis menggemari gaya Sherry Alhadad yang bersesuaian dengan Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular itu. Gaunnya adalah rekaan Rizman Ruzaini manakala glam team Sherry terdiri daripada Aizat Aidid, Syed Faizal & Cody Chua.
P.S: Penulis menggemari peningkatan skil Sissy Iman sebagai seorang hos!
03
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi lagenda 80-an dan 90-an, Francesca Peter. Pemilihan ini menerima sokongan padu daripada netizen.
Malah, sentimen itu bertambah kuat setelah penonton disajikan dengan segmen tribute lagu-lagu hit kak Fran nyanyian Hafiz Suip & Ernie Zakri. Suka sangat bila melihat kedua-dua pemenang vokal terbaik AJL ini bergandingan.
04
Bagaimanapun, tak semua kategori yang dipertandingkan semalam menerima reaksi sama. Kita mulakan dahulu dengan kategori yang dilihat janggal untuk dipertandingkan iaitu Artis Kontroversi Popular.
Walaupun sekadar kategori online sahaja (tidak disampaikan di atas pentas), ramai berpendapat ia seakan mempromosikan cerita-cerita ‘panas’ selebriti dan bukannya meraikan pencapaian popular mereka sepanjang tahun.
Kategori ini dimenangi Aiman Tino setelah mengenepikan Fathia Latiff, Syafiq Kyle dan beberapa lagi selebriti ‘kontroversi’ lain.
Nampaknya Aiman tidak kisah dengan cakap-cakap netizen apabila dia mendedikasikan kemenangan itu kepada kelab peminat. “Tahun ini milik kita, Aiman tak pernah pegang award ABPBH. 2020 kita merasa.”
05
Seperti yang korang tahu, ABPBH adalah sebuah anugerah berprestij yang bergantung kepada undian para peminat. Kuat sokongan kelab peminat, tinggi undian mereka, maka menanglah seseorang selebriti itu.
Justeru, apabila rata-rata penonton musykil dengan beberapa kemenangan kategori utama semalam, secara logiknya ia tidak perlulah dipertikaikan kerana seseorang itu menang berdasarkan undian. Tak kiralah jika satu Malaya mengenali selebriti itu ataupun tidak.
Antara kategori yang membuatkan netizen musykil adalah kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baru Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Well, mereka menang kerana undian peminat.
Bagi korang yang mempertikaikannya, seharusnya korang mengundi selebriti yang dirasakan ‘popular’ itu. Betul tak?
Isu penyampai anugerah, Shaheizy Sam yang muncul dengan gantungan pods berwarna-warni di atas pentas mengundang kecaman ramai pihak termasuklah akaun Facebook Public Health Malaysia.
Sukar untuk kita semua mempercayai hal ini terjadi disebabkan oleh kecuaian pihak produksi. Bukankah seseorang selebriti itu akan dipersiapkan semasa menunggu giliran keluar pentas?
07
Tidak sah jika ABPBH tidak menyiarkan persembahan yang menjadi bualan mulut ramai. Kalau nak diikutkan, banyak sebenarnya persembahan di pentas ABPBH yang menjadi ikonik dalam sejarah penganjurannya.
Pada edisi ke-33 ini, ada beberapa momen yang diperkatakan ramai. Entah di masa silapnya, ramai penonton kurang ‘feel’ dengan nyanyian Zynakal dan Yonnyboii semalam walaupun persembahan lagu popular, Sakit amat dinanti-nantikan.
Kemunculan semula Yonnyboii ke atas pentas menerusi lagu Xiaomi For Me bersama Shalma Eliana juga seakan ‘tak sampai’ seperti yang diharapkan. Hhm, apa pendapat korang? Lain telinga lain pendapat.
Satu lagi persembahan yang diperkatakan oleh netizen adalah pemilihan lagu Lovesick Girls oleh Dolla. Ramai tidak bersetuju dengan keputusan produksi untuk memilih lagu nyanyian asal Blackpink.
Ia membuatkan grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Sabronzo dan Angel itu tidak mampu lari daripada imej ‘Blackpink Malaysia’ sedangkan mereka baru saja melancarkan single Impikan. Mengapa Dolla tidak diberikan peluang untuk menyanyikan lagu sendiri, seperti peluang yang diberikan kepada persembahan ‘4 Dara’ oleh Faizal Tahir, Elly Mazlien dan Zizi Kirana?
Apapun, ‘stage presence’ dan kualiti nyanyian Dolla layak diberikan pujian walaupun mereka masih baru.
Panjang lebar corat-coret kali ini ya! REMAJA sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Haqiem Rusli yang membuktikan usia bukanlah kayu pengukur kepada kejayaan.
Pada usia 22 tahun, penyanyi Adlina Marie itu telah membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular 2020 setelah ia dimenangi oleh Mira Filzah, tahun lalu.
Kalau korang perasan, video sekumpulan kanak-kanak Indonesia sering dikongsi di laman sosial kerana telatah mereka yang mencuit hati dalam melakonkan babak sinetron, mahu pun menyanyikan lagu-lagu daripada penyanyi terkenal, Rossa.
Empat orang kanak-kanak ini dikenali sebagai Gtlosiar mempunyai pengikut lebih daripada 648 ribu orang di Instagram dan di channel YouTube mereka pula lebih daripada 300 ribu subscribers.
Apa yang menariknya, setiap daripada video yang dihasilkan mereka mampu membuatkan kita tergelak apabila melihat gelagat dan telatah lucu empat sekawan ini.
Antara video yang viral di media sosial adalah rakaman sinetron ‘Kembalikan Suami Aku’. Sebenarnya yang menarik perhatian dalam video ini adalah dua budak lelaki yang kelihatannya duduk di dalam reban. Memang lucu. Hiks!
Jom kita lihat antara video sinetron lain mereka yang mencuit hati.
Ternyata walaupun masih kanak-kanak lagi, mereka berempat sudah menunjukkan bakat terpendam. Siapa tahu bila dewasa nanti kanak-kanak ini mampu pergi jauh dalam industri hiburan Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas memberi hint di laman Instagram kira-kira dua bulan lepas, Justin Bieber kini telah pun melancarkan penampilan pertama daripada jenama fesyennya sendiri, Drew.
Mengetengahkan trend koleksi sweatshirt, hoodie, baju-T, aksesori dan sandal ‘rumah’ sebagai produk fesyen keluaran Justin Bieber, anak muda ini membuka satu langkah ke hadapan apabila berani untuk cuba keluar daripada bidang nyanyiannya.
Koleksi Drew House ini menampilkan logo dengan emoji smile berwarna kuning.
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.