Memasuki sidang kesepuluh pada hari ini, ribuan graduan telahpun membanggakan ibu bapa dan tenaga pengajar mereka apabila berjaya menggenggam skrol pengajian masing-masing di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-102.
Istimewanya dalam kalangan para graduan di sidang sepuluh merupakan seorang pelajar yang bukan hanya berusaha keras dalam bidang akademik tetapi juga turut mencetuskan fenomena dalam bidang perniagaan.
Ahmed Amzar Airil bin Ahmed Mazdan daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM kampus Sungai Petani, Kedah mengasaskan jenama baju, Axisto bersama beberapa lagi rakan lain demi menjana pendapatan sampingan.
Amzar Airil
Kali pertama kisah Amzar dan Axisto hangat diperkatakan adalah sewaktu mereka berjaya meraih jualan sebanyak RM19,000 dalam tempoh lima hari sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar tahun 2021.
Berkat usaha memperkenalkan jenama berkenaan dan kreativiti mereka sekumpulan menghasilkan rekaan menarik, sambutan yang diterima daripada pelajar kampus sehingga kini masih berterusan.
Ini memandangkan Amzar tidak hanya mengaut keuntungan bersendirian, sebaliknya membuka ruang kolaborasi kepada pelajar yang ingin bertindak sebagai ejen tempahan serta jualan.
Ads
Ketika ditemui oleh media rasmi UiTM hari ini, Amzar berkata kejayaan yang diraih tidak datang bergolek. Apa yang diterapkan pada penjenamaan Axisto sedikit sebanyak bertitik-tolak daripada apa yang dipelajarinya dalam dewan kuliah.
“Boleh dikatakan, 70 peratus daripada apa yang saya belajar sewaktu degree saya apply dalam kehidupan dan bisnes. Kami hanya buat je. Kalau tak buat, kita tak tau result macam mana.
“Gunakan ilmu pengetahuan dan apa yang korang ada dulu. Lama-kelamaan kita akan belajar dengan sendirinya apa yang perlu ditambah dan diubah,” ulas Amzar yang pernah menerima Anugerah Aspiring Entrepreneur daripada UiTM Kedah sempena Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan Mahasiswa (MAKMA), awal tahun 2024.
Ads
Cabaran terbesar Amzar apabila melakukan dua perkara sekaligus adalah caranya untuk bahagikan masa. Disebabkan itu, sedari awal dia mencipta pasukan terdiri daripada rakan-rakan mahasiswa untuk menjalankan perniagaan.
“Bila saya sibuk (dengan pengajian) mereka buat dan bila mereka sibuk pula, saya yang buat. Paling susah sebenarnya apabila ada tugasan berkumpulan dan bukannya tugasan individu kerana saya perlukan grup yang boleh bersepakat dengan saya untuk menyiapkan tugasan,” kongsinya lagi.
Hasrat Amzar kini setelah menamatkan pengajian adalah untuk kekal dengan jenama Axisto dan memasang cita-cita agar setiap kampus UiTM di Malaysia mempunyai pasukan Axisto.
Selain itu, dia jua sedang meninjau cara mengusahakan perniagaan baju Melayu pada masa akan datang.
Terdahulu, REMAJA melaporkan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan mengisytiharkan pembukaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 pada 3 September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat kata ganti nama singkat atau singkatan iaitu, “kau” (singkatan daripada engkau), “ku” (singkatan daripada aku), “mu” (singkatan daripada kamu) dan “nya”.
Kata ganti nama singkat “kau” dan “ku” sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contoh:
1. “Kaudengar lirik lagu ini, sungguh sedih.”
2. “Kulihat seluruh kaki pengemis itu sudah berkudis dan bernanah.”
3. “Kini baru kusedari betapa ikhlasnya cintamu terhadapku.”
.
Kata ganti singkat “ku”, “mu” dan “nya” sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contoh:
1. Cantik sungguh keretamu itu.
2. Sudah lama keretanya dihantar ke bengkel.
3. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti tentang kesedihanku ini.
4. Aku pasti menjemputmu nanti.
5. Kasihku, mengertilah tentang perasaanku ini.
Kata ganti nama singkat bagi merujuk Tuhan menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang “-“. Contoh:
1. Sesungguhnya, ampunkanlah hamba-Mu ini.
2. Mereka memohon hidayah-Nya.
Kata ganti nama singkat ini sering digunakan dalam penulisan cerpen dan novel. Justeru, sambil membaca dan bersantai pasti kita mendapat sedikit info berkaitan dengan kata ganti nama singkat ini.
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Faridah Mohamad Saad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain Skuasy negara, S. Sivasangari mencatatkan detik terbaik dalam karier profesionalnya apabila bergelar juara dalam pertandingan London Classic dalam di arena Alexandra Palace pada Isnin.
Jalan menuju ke puncak itu bukanlah mudah kerana dia perlu berhadapan dengan pemain yang berada dalam ranking jauh lebih atas daripadanya. Namun hakikat itu bukanlah halangan baginya.
Anak kelahiran Sungai Petani kedah ini berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia, Nour El-Sherbini dari Mesir pada peringkat suku akhir dan pada peringkat separuh akhir pula dia mengalahkan pemain nombor empat dunia, Nele Gills dari Belgium.
Memasuki pusingan akhir, Sivasangari berjuang berhabis-habisan mengeheret lawannya sehingga lima set perlawanan mengalahkan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dengan mata 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8.
“Tiada perkataan yang benar-benar sesuai untuk saya rangkumkan sebagai rumusan. Saya sangat gembira dengan cara saya mengendalikan diri saya minggu ini, menewaskan tiga daripada empat pemain terbaik.
“Ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu,” ujar gadis berusia 24 tahun ini kepada PSA World Tour sambil mengimbau kembali kemalangan yang menimpa dirinya sebelum ini.
London Classic merupakan gelaran pertamanya sejak memenangi Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong peringkat gangsa pada November tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Leftenan Muda Chan Ming Youn menjadi satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 selepas menamatkan dan lulus siri latihan yang dijalankan selama 12 minggu.
Berita tersebut dikongsikan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi hantaran di laman facebook rasmi mereka.
Dalam video itu, dapat dilihat Ming Youn dianugerahkan beret hijau serta pisau komando dalam perbarisan tamat latihan di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka pada Ahad.
Sumber foto: Berita TDM
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.
Berusia 25 tahun, jejaka yang berasal dari Setapak Kuala Lumpur ini bukanlah calang-calang orangnya. Dia memiliki pendidikan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta merupakan anggota 515 askar Wataniah.
Saat menyarungkan beret Hijau kepada pemuda itu, Mej Jen Adi Ridzwan sempat bertanya kepada kepada Ming Youn mengapa dia ingin menyertai komando.
Jawapan yang diberikan cukup ringkas oleh pekas penuntut UTAR itu. “I want to serve my country Panglima,” jawabnya dengan tegas.
Dalam temubual bersama media TDM, jejaka tinggi lampai itu berkongsi kepada dia minat untuk bergelar seorang anggota komando.
“Saya sebelum ini tiada pengetahuan sekalipun tentang komando. Ketika saya mula berkhidmat dalam 515 wataniah, itulah pertama kalinya saya melangkah ke dalam dunia ketenteraan ini.
“Saya mendapat sedikit ilmu dan pengalaman serta pengetahuan tentang dunia ketenteraan. Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando.
“Jadi saya cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan bahawa walaupun saya asalnya seorang anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando,” kongsinya panjang.
Ming Youn juga berkongsi yang dia akan terus berkhidmat dan seterusnya menambah pengetahuan dan menambah kursus kepakaran dan terus berkhidmat sebagai seorang ahli komando yang berkualiti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!