Baru sahaja aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini dibenarkan sebelum ini selepas tergenjala akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.
Terbaru, mulai hari 1 Disember 2021, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.
Ads
“Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,” kata JPNS.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.
Ads
REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.
Tidak keterlaluan jika REMAJA sifatkan tahun 2022 sebagai tahun paling meriah dengan lambakan lagu-lagu raya baharu. Bukan setakat golongan penyanyi yang menghangatkan lagi semangat untuk beraya, malah beberapa usahawan popular juga mengambil peluang untuk berkongsi lagu raya sehingga adalah yang mencetuskan kontroversi.
Ingatkan semua lagu raya 2022 telah diluncurkan untuk tontonan serta dilayan oleh rakyat Malaysia. Rupa-rupanya ada satu lagi yang bakal menemui kita semua pada jam 11 malam ini.
Ia tidak lain tidak bukan adalah buah tangan terbaru Dato Sri Vida yang bakal muncul dengan lagu raya keduanya, Muah Muah Raya selepas pernah memperkenalkan lagu raya berjudul Lavida Raya pada tahun 2018.
“Malam ini lepas Tarawih, lepas makan tengok lagu saya.
“Siap sedia, bakal bermain di fikiran uols pukul 11 malam. Muah Muah Raya. Muah Muah Salam Raya. Save the best for the last!” umum beliau sambil mengeluarkan dua hantaran teaser di akaun Instagram.
Seperkara lagi faktor yang menjadikan Muah Muah Raya hangat diperkatakan adalah kerana faktor solekan ‘berani’ Vida seperti yang pernah dilakukannya untuk teaser dan video muzik lagu terbarunya, Ku Ikhlaskan.
Kali ini, Vida memilih pembayang mata biru firus dengan solekan ekstra pada bahagian bawah mata bagi ilusi mata besar. Ditambah pula dengan penggunaan bulu mata palsu serta solekan bibir mengilau dek butiran batuan merah padanya, Vida memang tidak gentar dengan kecaman yang bakal menyinggah di media sosialnya.
Tinjauan REMAJA di ruangan komen mendapati komen bercampur-baur dilontarkan oleh warganet mengenai lagu Muah Muah Raya ini termasuklah daripada selebriti tempatan.
Janna Nick secara berseloroh berkata, “(Ketawa) dia buat lagi.”
Manakala ada juga yang berpendapat agar Vida tidak meneruskan niatnya untuk meluncurkan lagu tersebut bagi, “Menghormati umat Islam yang sedang berpuasa sekarang. Hilang pahala aku puasa malam ini sebab sibuk kecam Vida.”
Komen @alanghaffis727 pula, “Dato elakkan kata-kata kesat netizen akhir-akhir Ramadhan… sambung lepas Raya boleh tak.” Manakala, @ct__dilan pula sinis berkata, “Orang lain buat lagu Raya, dia pun nak buat juga.”
Bukan Dato Seri Vidalah namanya kalau mudah terusik dan perasaannya terganggu dengan komen-komen nakal ini. Macam manalah agaknya lagu Muah Muah Raya ini ya?
“(Ini) bukan lagu yang meminta’ ni..!! !! (Ini) lagu yang boleh feel enjoy sakan satu keluarga,” catatnya lagi.
Sama-samalah kita nanti jam 11 malam ini ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ramai golongan ‘transgender’ atau kekeliruan jantina ini semakin berani mendedahkan diri dalam kalangan masyarakat. Malah, bilangan mereka juga kian bertambah di negara kita dan dunia.
Gambar hiasan AFP
Berhubung isu tersebut, baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/ 2021 pada 23 dan 24 Jun lalu, golongan itu yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Kesimpulan daripada itu, golongan mukhannath atau lebih dikenali sebagai mak nyah atau ‘transgender’ diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah. Malah mereka turut dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.
“Solat jemaah golongan mak nyah ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar. Juga dilarang mengerjakan haji dan umrah, jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah lain,” katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis,”.
Beliau berkata, tasyabbuh adalah perbuatan lelaki atau wanita dengan sengaja meniru jantina berbeza daripada segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan dibenarkan syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya.
Menurutnya, hukum tasyabbuh adalah haram kerana termasuk di dalam dosa besar yang dilaknat Allah SWT seperti dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Abbas r.a iaitu Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).
Selain itu, menurut Mohd Asri sekiranya mereka meninggal dunia, jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar.
Hmm…apa pendapat korang tentang isu ini? Langkah yang terbaik ialah kita doakan jela yang terbaik untuk mereka. Mana tahu dengan cara ini mereka dapat hidayah dan petunjuk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah..”
Begitulah luahan hati pertama oleh ibu mangsa kes bunuh diri, Cheslie Kryst yang juga merupakan Miss USA 2019, peguam serta koresponden program ExtraTV setelah kes tersebut mendapat laporan meluas di seluruh dunia, Isnin lalu.
Buat kali pertama, ibunya yang dikenali sebagai April Simpkins telah membuka mulut untuk memberikan komen lanjut mengenai anaknya yang berusia 30 tahun itu; beberapa hari selepas keluarganya mengeluarkan kenyataan am mengenai kes ini.
“Dalam kehidupan peribadinya, Cheslie sedang berhadapan simptom yang dikenali sebagai ‘High Defining Depression’ yang dia sendiri sembunyikan termasuklah daripada saya, insan paling rapat dengannya sehinggalah sebelum saat-saat akhirnya,” katanya.
Sehingga ke hari ini, ramai pihak yang masih sukar untuk menerima punca kematian Cheslie. Dia disifatkan sebagai seorang gadis yang mempunyai kehidupan yang serba lengkap – dirinya cantik, sihat, mempunyai tubuh fit, bergelar seorang peguam yang berkaliber bagi menangani ketidakadilan sosial dan pernah bergelar Miss USA serta bertugas dalam industri media di Extra TV. Mana-mana insan amat menginginkan kehidupan yang dimiliki Chelsie – she literally had it all!
Dalam diam, rupa-rupanya dia ‘bijak’ mengaburi mata semua pihak termasuklah ahli keluarga sendiri mengenai penderitaan dalaman yang dipendamnya seorang.
Terbaru, kematian Cheslie secara rasminya telah disahkan akibat percubaan membunuh diri oleh Ketua Pemeriksa Perubatan di Pejabat Bandaraya New York, lapor Variety.
Penglibatan Cheslie dalam dunia ratu cantik bertitik-tolak setelah mendiang melihat ibunya memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002 dan menggunakan platform tersebut untuk program advokasi bagi membantu mereka yang memerlukan.Cheslie (kiri) bersama ayahnya dan ibu, April Simpkins sewaktu beliau memenangi gelaran Mrs North Carolina pada tahun 2002.
“Hari ini, apa yang diberitahu kepada keluarga dan rakan-rakan kami secara tertutup adalah punca kematian anak saya, Cheslie dan ia telah disahkan.”
Sambil mengimbas kembali momen gembira mereka bersama, April menambah, “Kami berbual, FaceTime atau menghantar mesej pada setiap hari. Kamu (Cheslie) adalah lebih daripada sekadar anak perempuan saya. Kamu ialah sahabat karib saya. Saat bercakap dengan mu adalah momen terbaik dalam kehidupan harian saya. Senyuman dan gelak-tawa kamu cukup dirasai,.
“Saya tidak pernah mengetahui perasaan terluka seteruk ini. Kini kehidupan saya telah selamanya berubah,” kongsi April.
Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan kepada mereka yang ingin membantu keluarga pada saat-saat sukar ini agar mereka memberikan sumbangan kepada organisasi Dress for Success yang pernah disokong sepenuh hati oleh mendiang Cheslie. Segala sumbangan itu akan digunakan untuk membantu menyediakan pakaian profesional buat wanita bekerjaya yang menerima gaji minima.
April juga menyatakan nombor talian National Suicide Prevention Lifeline yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bergelut dengan fikiran ingin membunuh diri.
Isnin lalu, REMAJA telah melaporkan mengenai nota terakhir yang telah ditulis oleh Cheslie sebelum kematian. Menerusi nota tersebut, mendiang telah meminta agar segala aset dan hartanya diserahkan kepada ibunya, April Simpkins.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!