Bagi sesiapa yang mengikuti Facebook rasmi Menteri Hal Ehwal Negara, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pasti korang tertarik kepada bait-bait ayat yang sering dikongsikan oleh beliau tersebut di page-nya.

Terkenal dengan siri Bayan Linasnya, banyak soalan berkaitan permasalahan umat Islam disiarkan dan dijawab  beliau dengan penuh cermat berserta dalil dan hadis sahih.

Sering menyantuni orang ramai yang hadir ke pejabatnya termasuk mentahnik bayi yang baru lahir bagi memperolehi keberkatan, beliau turut menyantuni pelajar-pelajar cemerlang dalam pendidikan, termasuk pernah menjemput Nazrul Zafran.

Kisah kanak-kanak viral kerana menegur pihak pengurusan masjid yang tidak membenarkan kanak-kanak duduk di saf depan menunjukkan betapa beliau mengamalkan sikap terbuka berbanding mufti lain yang jarang menonjol di media sosial.

Sikap Datuk Seri Dr Zulkifli yang sopan dan lemah lembut dalam menyampaikan dakwah juga menjadi daya tarikan untuk menarik puluhan ribu followers.

IKLAN

Ramai Mungkin Terlupa Menteri Hal Ehwal Agama Kita Fan Liverpool Rupanya!

Dalam pada itu, ramai sebenarnya yang terlupa bahawa beliau juga sering memberi komen mengenai sukan bola sepak khususnya bagi peminat pasukan Liverpool. Setiap kali ia berlaku, beliau sering mencuit hati ramai golongan millennial.

Raja Permaisuri Agong pernah melayangkan tweet untuk bertanya apakah pasukan kegemaran Dr Zulkifli.

Beliau kemudiannya berkongsi kenangan indah memperoleh tiga helai jersi dengan nombor kegemarannya hasil pemberian Raja Permaisuri Agong

IKLAN

Ramai Mungkin Terlupa Menteri Hal Ehwal Agama Kita Fan Liverpool Rupanya!

Ramai Mungkin Terlupa Menteri Hal Ehwal Agama Kita Fan Liverpool Rupanya!
Hadiah daripada pihak Istana Negara buat Dr Zulkifli

Ramai Mungkin Terlupa Menteri Hal Ehwal Agama Kita Fan Liverpool Rupanya!

Bukan senang tau untuk mendapat seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bergelar Senator untuk lantikan Menteri se-sporting ini.

IKLAN

Pastinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri gembira dengan berita kejuaraan Liga Perdana Inggeris oleh Liverpool, awal pagi tadi.

30 Tahun Sepi Tanpa Kemenangan EPL, 10 Selebriti Ini Tetap Setia Dengan Liverpool

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI