
Malam anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA) akan kembali menggegarkan landskap hiburan digital tanah air pada 15 Februari 2026, hujung minggu ini.
Memasuki tahun keempat penganjurannya, GMWA 2025 membawakan tema ‘Re-Culture‘ di mana ia akan mengiktiraf para pemenang yang berjaya mencetuskan fenomena sepanjang tahun lepas menerusi 12 kategori yang dipertandingkan.
Seperti kebiasaan, pemenang GMWA ditentukan sepenuhnya hasil undian peminat. Maka, kita tahu pemilihan mereka bertepatan dengan siapa yang selayaknya diangkat dari pandangan pengguna media sosial.
Signifikan Tema ‘Re-Culture’
Antara budaya slanga yang kebiasaannya digunakan pengguna platform digital pada era ini adalah seperti ‘6-7’ yang berasal daripada lagu popular, Doot Doot nyanyian asal rapper Skrilla; ‘Aura’, ‘Sigma’, ‘Rizz’ dan mungkin juga ‘Cooked’.
Tetapi, apa pula yan cuba disampaikan oleh GMWA 2025 menerusi tema ‘Re-Culture’?
Memetik kenyataan penganjur, Re-Culture merukjuk kepada kelahiran semula cinta, minat dan penerapan budaya dalam hidup anak muda.

Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya boleh dihidupkan semula mengikut kesesuaian peredaran zaman.
Tentunya menerusi GMWA 2025, penonton boleh menjangkakan gabungan muzik, visual, gaya persembahan dan inovasi digital yang menerapkan elemen tradisi yang tidak lapuk dek zaman. Nak tahu bagaimana barisan pengibur di GMWA 2025 akan terjemahkan karya masing-masing bertemakan Re-Culture kali ini, haa, korang kenalah tune in!

12 Kategori Jadi Rebutan
Selari dengan reputasinya, GMWA 2025 terus mengukuhkan Astro sebagai Home of Live Entertainment bagi meraikan kandungan digital dan personaliti berpengaruh yang mencorakkan budaya hiburan semasa.
12 kategori tersebut terdiri daripada Selebriti Tergempak, Drama Tergempak, Program Digital Tergempak, Video Muzik Tergempak, Lagu Era Tergempak, Hos Program Digital Tergempak, Digital Creator (Sports) Tergempak, Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak dan Digital Creator (Entertainment) Tergempak.

Kepelbagaian kategori yang diperkenalkan secara konsisten oleh GMWA mencerminkan landskap hiburan digital yang semakin luas dan inklusif serta membuka ruang pertemuan antara legenda dan suara generasi baharu.
Tanpa yang lama, tidak mungkin ada yang baharu, bukan? Lebih-lebih lagi dengan penerapan budaya dan warisan hiburan negara di pentas GMWA 2025 kali ini.
Ia sekaligus mewujudkan satu naratif hiburan yang dinamik serta mencerminkan bagaimana budaya di Malaysia mampu terus berkembang dipacu oleh kreativiti digital serta ‘ekspresi baharu’ (new form & way of expression) yang lahir daripada komuniti dalam talian.

Ramai Selebriti Hangatkan GMWA 2025
Untuk pengetahuan korang juga, malam kemuncuak edisi kali ini bertambah istimewa apabila ia bakal diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi tersohor tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aisha Retno & Noraniza Idris (watch out for this!), Hael Husaini, Marsha Milan, Aina Abdul, ALPHA, Nadeera, Thalita, Zaki Yamani, Fahimi Rahmat & Nazu, The Fabulous Cat (hi OG!), Zynakal & Zamir Harith, Fadilah dan ramai lagi.

So, DO NOT forget our date! GMWA 2025 akan berlangsung secara siaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam menerusi Astro One serta platform penstriman sooka.
Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sana pada hari Ahad ini, REMAJA akan bawakan update terkini menerusi media sosial dan laman web kami.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












