Gelaran ‘Ratu Veteran’ Tak Diendah, First Wang Patraporn Kecapi Peluang Wakil Thailand Di Miss Supranational 2023

Share

Jika wujud gelaran ratu cantik paling tidak mudah berputus asa, selayaknya ia diserahkan kepada jelitawan Thailand bernama First Wang Patraporn ini.

Lebih mesra dengan panggilan ‘First’, beliau bukanlah wajah baharu dalam dunia pertandingan ratu cantik.

Sejak 2014 lagi, First sudahpun mewakili Thailand di peringkat Miss International dan kemenangan berpihak kepadanya. Bagaimanapun, ia berlaku pada zaman di mana kuasa dunia digital tidaklah menyeluruh dengan kewujudan pelbagai platform media sosial seperti sekarang.

Lalu, kemenangan First pada waktu itu tidak begitu disedari orang ramai apatah pula kerana pertandingan Miss International belum lagi berada pada aras populariti setaraf pertandingan Miss Universe atau Miss World biarpun ia berada pada prestij tersendiri.

First kemudiannya mengambil langkah  menyertai pertandingan Miss Universe Thailand pula demi memperkukuhkan kedudukannya dalam dunia ratu cantik. Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila sekadar berada pada kedudukan keempat pada tahun 2019 (dimenangi oleh Fahsai Paweensuda) dan kedudukan Top 10 pada tahun 2022 (dimenangi oleh Anna Suengam-iam).

Penyertaannya pada tahun 2022 itu juga tidak begitu disenangi oleh segelintir peminat ratu cantik setelah namanya pada peringkat awal tidak tersenarai dalam kedudukan Top 30.

ARTIKEL BERKAITAN: Miss Universe Thailand Drama! Guru Tidak Layak Masuk Diganti Dengan First Wang Patraporn

Di Miss Universe Thailand 2019.
Di Miss Universe Thailand 2022.

Dua kali gagal menempah kejayaan di pertandingan Miss Universe Thailand, itu tidak sesekali meragut semangat First untuk terus mencari peluang keduanya bagi mewakili Thailand di peringkat antarabangsa.

Kini, model berusia 28 tahun ini boleh berbangga apabila usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil jua.

First semalam telahpun mengenepikan 14 peserta lain bagi memenangi pertandingan Miss Supranational Thailand di Bangkok.

Tambah manis lagi apabila beliau dimahkotakan oleh rakan finalisnya sendiri sewaktu Miss Universe Thailand 2019, Prawwwanicg Ruangthong yang merupakan juara tahun lalu dan pemegang tempat kedua Miss Supranational 2022.

Jelas, impian pasti akan menjadi realiti sekiranya seseorang itu meletakkan fokus dan usaha bagi mencapainya. Tidak kisahlah jika korang digelar ‘ratu veteran’ atau senior, all credits are due when you deserve them.

Tahniah First!

Kini, First dan juara bagi Miss Supranational Thailand 2023, Topz akan bersiap sedia untuk mewakili negara mereka di Miss & Mister Supranational yang dijadualkan berlangsung di Poland pada bulan Julai ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN