Wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia semakin menyukar keadaan ekonomi. Di samping ramai mengetatkan jumlah perbelanjaan masa yang sama 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini dari data dikeluarkan oleh Sosco. Masa yang sama, dari data DOSM pula seramai 741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020. Lebih menakutkan sebanyak 51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).
Terkini, gedung beli belah terkemuka, Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd akan menutup dua gedung beli-belah di negara ini dan memulakan proses pembubaran berikutan ketidakmampuannya untuk meneruskan operasi kerana permintaan yang lemah.
Robinsons, antara pengusaha gedung serbaneka di seluruh dunia, terus mengalami kesan pandemik COVID-19, terutamanya dari segi jualan gedung berbanding jualan dalam talian.
Di peringkat global, corak belian runcit menyaksikan peralihan signifikan daripada perbelanjaan di luar talian ke perbelanjaan dalam talian dengan laporan Edagang Global 2020 menunjukkan Asia Pasifik akan menghasilkan hampir 63 peratus daripada semua jualan digital tahun ini.
Ads
Pengurus Besar Kanan Robinsons Danny Lim berkata perubahan landskap pengguna menyukarkan syarikat untuk berjaya dalam tempoh jangka panjang dan ditambah pula dengan pandemik yang memburukkan lagi keadaan.
Pengusaha gedung beli-belah itu mengakui permintaan untuk konsep gedung serbaneka telah menyusut dengan ketara dengan laporan menunjukkan kemerosotan dalam jualan runcit, mencatatkan kadar pertumbuhan negatif 8.5 peratus di Malaysia untuk suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama setahun lepas.
Ads
Pada masa sama, gedung Robinsons di Singapura turut mengalami proses pembubaran yang serupa dengan pelantikan Cameron Duncan dan David Kim dari KordaMentha sebagai penyelesai sementara.
Mengambil contoh kajian mengenai trend runcit, Robinsons berkata peserta nama besar seluruh dunia telahpun keluar daripada industri dan lebih separuh gedung serbaneka di pusat beli-belah akan ditutup dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ads
"Begitu juga di Malaysia, industri runcit mencatatkan kadar pertumbuhan terburuk dalam tempoh 33 tahun dengan prospeknya kekal negatif untuk baki bulan tahun ini kerana pengguna dijangka mengetatkan lagi perbelanjaan masing-masing," katanya.
Dua gedung beli-belah itu terletak di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.
Sementara itu, tertakluk kepada pengesahan, penyelesai yang dilantik berharap gedung-gedung ini akan tetap dibuka pada minggu-minggu mendatang bagi memudahkan penjualan akhir sebelum ditutup. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia pada Jumaat ini bersamaan dengan 30 Julai 2020 Masehi.
Selain dikaitkan dengan ibadat korban, Zulhijjah juga memiliki banyak kemuliaan yang mungkin kurang diketahui atau diamalkan oleh masyarakat.
Oleh itu, setiap Muslim perlu menggali ilmu supaya tidak tertinggal kelebihan bulan yang bukan saja untuk mengejar ganjaran pahala, bahkan meningkatkan amal dan keimanan kepada Allah.
Astro Prima turut berkongsi kemuliaan sambutan Raya Haji ini menerusi tayangan drama menarik Drama Jalan Sesat Ke Syurga disiarkan pada 3 Ogos ini.
Drama ini adalah sebuah drama bersiri 34 episod yang bakal disiarkan melalui slot Astro Prima. Drama ini adalah hasil gandingan pelakon hebat Aaron Aziz, Elizad Sharifuddinarahan.
Namun, poster drama ini menjadi bualan netizen apabila memaparkan perempuan menjadi imam dalam satu solat berjemaah.
Menurut seorang penguna Twitter dengan nama @Madbexer, beliau mengatakan drama ini seakan mengisahkan tentang ajaran sesat apabila seorang wanita mengimamkan solat jemaah.
Macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam. ada makmum yang tak pakai telekung dan sebaris dengan lelaki.
Seorang lagi penguna Twitter meluahkan rasa gembira dan teruja dengan cerita dan drama-drama sebegini kerana paparkan info dan pengetahuan tentang ajaran sesat kepada umum.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan paparan drama ini kepada umum kerana mungkin akan memberi ikutan kanak-kanak.
Untuk info, teraju untuk drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Jalaludin Hassan, Aleza Shadan dan ramai lagi. Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd, arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.
Tak sabar penulis nak tonton drama sebegini. So apa pendapat korang, still suka drama melayu cliche atau nak sesuatu yang baru?
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki California yang dikatakan polis mengaku terlalu takut untuk terbang kerana COVID-19 bersembunyi selama tiga bulan di kawasan yang selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa.
Aditya Singh, 36 tahun, didakwa melakukan kesalahan jenayah ke kawasan larangan lapangan terbang dan kesalahan pencurian. Dia yang tiba di Lapangan Terbang O’Hare dari Loas Angeles pada 19 Oktober tahun lalu telah tinggal di zon keselamatan lapangan terbang itu tanpa dikesan.
Aditya Singh. Sumber gambar: Chicago Police Department
BAGAIMANA DIA TAK TERTANGKAP?
Nasibnya berubah apabila pada Sabtu lalu, dua pekerja United Airlines mendekati Aditya dan meminta untuk melihat identitinya. Dia yang cuba berlagak selamba menurunkan topeng muka dan menunjukkan kepada mereka lencana ID lapangan terbang yang dipakainya di lehernya.
Menariknya, lencana yang dipakai itu sebenarnya milik pengurus operasi yang melaporkannya hilang pada 26 Oktober. Pekerja menelefon 911 dan sekaligus polis menahannya sekitar jam 11:10 pagi Sabtu di Terminal 2 berhampiran Pintu F12.
Singh yang merupakan seorang penganggur tinggal di pinggir bandar Orange di Los Angeles dengan rakan sebilik dan tidak mempunyai latar belakang jenayah. Dia memiliki ijazah sarjana dalam bidang hospitaliti.
Ekoran tangkapan ini, Singh tidak lagi dibenarkan menjejak kaki ke lapangan terbang tersebut jika dia mampu membayar wang USD1’000 untuk ikat jamin.Menurut hakim lagi, dia boleh dikategorikan sebagai berbahaya kerana lapangan terbang sepatutnya menjadi tempat yang selamat agar masyarakat berasa selamat untuk terbang.
Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!
Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 63 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.
Paling mendukacitakan, satu-satunya remaja lelaki berusia 20 tahun tanpa sebarang sejarah penyakit turut maut. Mangsa dengan nombor kematian 2417, berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,432 kes.
Sumber Gambar : KKM
Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.
Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.
Hal ini juga jelas menunjukkan umur bukanlah satu ‘tiket’ untuk korang kebal dari pandemik Covid-19 ini. Jadi teruskan duduk rumah jika tiada perkara penting nak keluar dan sentiasa ikut SOP.
Ingat kes baru dah mencatatkan lebih dari 7 ribu angka ye…ini bukan main-main lagi!