Ini seperti tidak boleh diterima akal. Dan jelas satu “penipuan” terhadap kesihatan manusia. Selama ini kita tidak sedar pun bahawa garam yang kita gunakan sebagai penyedap makanan rupanya mengandungi bahan berbahaya pada kesihatan tubuh.
Pendedahan mengenai garam yang kita makan sehari-hari, mengandungi bahan microplastic telah pun dimuatkan dalam Jurnal Environmental Science and Techology selepas kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Korea Selatan dan mereka telah berkerjasama dengan Persatuan Greenpeace Asia Tenggara.
Hasilnya, 90 peratus garam yang dijual di pasaran mengandungi microplastic yang menjadi salah satu penyebab kanser ovari.
Baca perkongsian manfaat dari Dr Latif Saad yang juga pengasas kepada page The Diagnosa dan Root The Science mengenai isu ini.
Penghasilan garam yang kita anggap benar-benar terhasil dari galian ini rupanya bercampur microplastik
Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.
Tapi tahukah anda bahawa pengambilan garam akan meningkatkan kuantiti anda makan plastik?
Ads
Lebih daripada 90% daripada garam dapur yang dijual di pasaran mengandungi ‘Microplastic’.
Microplastic adalah plastik kecil yang terhasil daripada penguraian plastik yang besar. Microplastic wujud sehingga mana kita tidak tahu kewujudannya di dalam air kerana ia tidak mempunyai rasa dan bau dalam kuantiti sedikit.
Microplastic ini juga wujud dalam bentuk ‘Microbeads’ dalam produk kesihatan, kecantikan dan juga produk pencuci. Pernah tak rasa macam biji-biji ketika mencuci muka menggunakan pencuci muka. Itulah microbeads. Apabila air yang mengandungi microbeads dibuang, ia akan masuk ke dalam sistem kumbahan, diproses semula dan sebagainya sehinggalah ia digunakan semula oleh manusia.
Ads
Untuk mengetahui bagaimana tahapan microplastic dalam garam yang digunakan dalam masakan harian, pengkaji di Korea Selatan telah berkerjasama dengan Persatuan Greenpeace Asia Tenggara. Kajian tersebut membandingkan kandungan microplastic di dalam air laut bersama dengan tahap pencemaran plastik di kawasan tersebut.
Daripada 39 jenama garam laut yang berasal daripada Eropah, Afrika, Asia dan Amerika, kesemuanya mengandungi plastik kecuali 3 jenama sahaja. Kandungan microplastic dalam garam tersebut adalah berbeza bergantung kepada Jenama. Pengkaji tersebut tidak menyenaraikan jenama yang terlibat. Akan tetapi mereka dapat melihat bahawa kandungan microplastic dalam garam yang tertinggi adalah berasal daripada kawasan Asia.
“Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan microplastic melalui sumber laut adalah sangat tinggi terutamanya dikawasan yang terlibat (Asia)”
Takpe. Kita ambil garam bukit je lah
Ads
Kajian yang sama juga mendapati garam bukit juga mengandungi Microplastic. Cuma kandungannya kurang lagi daripada garam laut. Ini mengambar betapa teruknya bumi ini sudah tercemar sehingga mana garam di bahagian bukit juga mengandungi bahan yang sama
Microplastic penyebab kanser dan penyakit?
Terdapat pelbagai kajian yang menyatakan plastik boleh menjadi salah satu punca kepada kanser kerana ia mengandungi kompaun BPA(Bisphenol A). Kompaun ini dikatakan boleh mengganggu hormon dalam badan dan mendedahkan seseorang itu kepada penyakit seperti kanser ovari dan sebagainya. Akan tetapi ia masih lagi di tahap yang makmal dan belum lagi boleh dipukul rata untuk semua populasi.
Tetapi cukuplah kita tahu bahawasanya microplastic mungkin akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kita dan masyarakat kena sedar bahawasanya bumi ini sudah tercemar dengan teruknya.
Jadi, kurangkanlah penggunaan plastik supaya alam ini tidak tercemar. Jangan lupa, berhenti merokok juga, sebab dalam putung rokok juga mengandungi plastik.
Tahun baru 2024 menjadi detik yang tidak akan dilupakan oleh pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh apabila beliau menimang cucu pertamanya, sekaligus kini memikul gelaran nenda.
Ia berlaku kurang dari tempoh sebulan setelah Yeoh melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Jean Todt di bandaraya Ipoh dan pulau peranginan, Pangkor.
Pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) 2022 menerusi filem Everything Everwhere All At Once itu pada awalnya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kaki seorang bayi di atas telapak tangan orang dewasa dengan kapsyen berbunyi,
“Satu keajaiban pada hari pertama tahun 2024. Kami amat-amat diberkati… Sukar untuk jelaskan betapa gembiranya saya untuk berita bahagia ini.”
Hantaran di Instagram itu lantas menuai spekulasi dalam kalangan peminatnya yang tertanya-tanya jika bayi tersebut milik orang lain ataupun sememangnya Yeoh dan Todt mengambil anak angkat.
Malah, tinjauan di bahagian komen juga mendapati ramai warganet pantas mengucapkan tahniah kepada ‘power couple’ itu.
Namun tidak lama selepas itu, Yeoh menjelaskan bahawa tapak kaki bayi itu hakikatnya milik cucu sulung beliau; iaitu anak kepada Nicolas yang merupakan anak lelaki Todt daripada hubungannya sebelum ini.
Yeoh seterusnya menitipkan penghargaan beliaukepada Nicolas dan isterinya setelah merealisasikan impian mereka berdua menjadi datuk dan nenda.
“Terima kasih sayangku Nicolas dan Darina kerana membuatkan kami datuk dan nenda paling gembira dan bangga. Selamat lahir buat bayi Maxime.”
Untuk pengetahuan, Yeoh dan Todt telah menamatkan pertunangan berusia 19 tahun mereka pada tahun lalu setelah mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Julai di Geneva, Switzerland.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce rasmi bernikah semalam, Ahad (20/10/2024) dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.
Pada hari bahagianya, bintang ‘Sri Asih’ itu tampil sederhana dan manis dengan busana pengantin Melayu.
Pelakon Indonesia, Pevita Pearce bergelar menantu bos Habib Jewels
Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.
Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Setelah 17 tahun gemilang membina jenamanya dalam industri rekaan fesyen tanah air, Datuk Jovian Mandagie mengambil keputusan untuk menghentikan sementara operasi perniagaannya itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik pada 9 Mei menerusi platform Instagram itu, Jovian, 38 mendedahkan dirinya kini bersedia untuk melakukan perubahan dan mengejar impian lain yang sebati dengan dirinya. Baginya, industri fesyen sudahpun berevolusi dari semasa ke semasa dan begitu juga dengan dirinya yang mengalami perubahan daripada posisi seorang pereka fesyen kepada seorang ahli perniagaan.
Justeru, keputusan untuk menghentikan sementara operasi rangkaian jenama Jovian Mandagie dan Jovian RTW yang selama ini melonjakkan namanya selaku salah seorang pereka fesyen paling diminati di Malaysia terpaksa dilakukan.
Pereka fesyen & usahawan, Jovian Mandagie.
“Saya pernah memiliki peluang keemasan sebagai pereka fesyen kepada golongan elit dan kerabat dari seluruh dunia. Kami juga pernah melancarkan bermacam-macam koleksi dan menawarkan pelbagai produk kategori fesyen kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. Saya gembira dapat melakukan itu semua untuk anda, Jovianista yang kami sayangi.
“Sokongan anda selama lebih dari 17 tahun adalah hadiah terbaik buat kumpulan Jovian Mandagie. Adakah kami bakal kembali? Sudah tentu – lebih besar dan lebih baik, insyaAllah. Saya mohon untuk terus mendoakan kami,” pintanya.
Sambil itu, ayahanda kepada Jeanelle Nika Mandagie itu turut menghulurkan ribuan terima kasih kepada ratusan pekerja yang pernah dan masih berkhidmat untuk pasukan Jovian Mandagie.
Beliau turut berterima kasih kepada para pembekal, kolaborator, selebriti serta rakan kongsi perniagaan; kesemuanya yang sudahpun dianggap beliau sebagai ahli keluarganya sendiri.
Terdahulu pada Jun 2023, Jovian telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada butik utamanya yang terletak di Bangsar. Setelah lebih 10 tahun bertapak di situ, siapa sangka penutupan cawangan Bangsar itu akan disusuli dengan keputusan yang dilakukannya hari ini.
Dalam temubual bersama REMAJA tidak lama dahulu, anak kelahiran Jakarta, Indonesia ini pernah berkongsi mengenai keputusannya menukar jurusan daripada seni bina ke rekaan fesyen semasa menuntut dalam semester keduanya di universiti.
Biarpun mendapat tentangan daripada ibunya, Jovian nekad untuk menamatkan pengajiannya dan berjaya bergelar pereka fesyen terkenal di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Buat korang yang ingin memiliki produk-produk terakhir jenama Jovian Mandagie, korang masih boleh merebutnya sempena jualan penutupan Jovian RTW bermula 10 Mei, esok di JStore dan di laman web rasmi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.