Gara-Gara Hisap Vape, 4 Remaja Masuk Ini Hampir Maut

Share

Vape, eRokok, vapor dan e-cig antara nama panggilan untuk rokok elektronik ini oleh masyarakat. Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna.

Tapi baru-baru ini, sekurang-kurangnya lima orang maut di Amerika Syarikat (AS) selepas menghisap vape, dalam satu insiden yang menyebabkan ratusan mengalami penyakit pulmonari serius dan beberapa lagi remaja koma, kata pihak berkuasa.

Kevin Boclair Bergantung Kepada Mesin Ventilator Untuk Bernafas
Kevin Boclair, 19, terpaksa ditidurkan dan bergantung kepada mesin ventilator bagi membantunya bernafas. Ibunya, Debbie Boclair berkata, Kevin mungkin memerlukan pembedahan paru-paru untuk pulih.

“Doktor mengesyaki penyakitnya berpunca daripada vape,” kata Debbie.

Pelajar Universiti Bloomberg itu pernah berhenti menghisap vape, namun mengulangi tabiat tersebut kerana ketagih dengan perisa rokok elektronik berkenaan.

Tambah Debbie, tahap kesihatan Kevin mula merosot kira-kira dua minggu lalu tidak lama sebelum dia dijadualkan menyambung semula tahun kedua pengajiannya.

Fabian Castillo Koma 9 Hari Kerana Menghisap SMOK Vape

Fabian Castillo koma selama sembilan hari dek kerana menghisap rokok elektrik ini. Menyangkakan yang rokok elektrik tidak akan memberi sebarang masalah kesihatan kepada dirinya, Fabian mengambil keputusan untuk menghisap rokok elektrik ini untuk menghilangkan anxiety yang dialaminya.

Cara Fraser Alami  Kesukaran Bernafas & Koma

Cara Fraser yang kini berusia 19 tahun berkongsi detik cemas apabila doktor memberi tahu kepada ahli keluarganya yang dirinya mungkin tidak dapat bertahan lebih lama dan minta ahli kelaurga bersedia. Cara Fraser mula menghisap rokok elektrik ini ketika dirinya berusia 17 tahun dan bermula episod tragedi pada dirinya.

Berikutan menghisap rokok elektrik tersebut, Cara Fraser mengalami masalah kesukaran pernafasan dan dikejarkan ke hospital yang kemudian dirinya koma selama tujuh hari dan hampir mati.

Paru-Paru Cedera Chance Ammirata Kerana Juul Vape

Siapa sangka dek kerana pelawaan rakan untuk menghidap rokok elektrik, membawa dirinya dikejarkan ke hospital apabila mengalami kesukaran pernafasan dan disahkan paru-parunya telah cedera dan membuat keputusan untuk berhenti menghisap rokok elektrik ini dan mula mengadakan kempen kesedaran #LungLove.

Sebelum ini, pegawai kesihatan di AS memberi amaran penggunaan rokok elektronik dan beberapa produk vape lain boleh mengundang masalah pernafasan. Pada Julai lalu, sekurang-kurangnya lapan remaja di Wisconsin yang mempunyai sejarah menghisap vape dikejarkan ke hospital. Mereka diagnosis mengalami kerosakan paru-paru yang teruk.

Bahaya juga penangan Vape ni kan…seriau admin dengar….

Hukum Merokok mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Apa pun muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Sumber : Sinar harian

IKLAN