back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized Remaja Bertuah Sertai Kelab JDT Gara-Gara Video Tukar, Ini Fakta Muhammad Aqil

Remaja Bertuah Sertai Kelab JDT Gara-Gara Video Tukar, Ini Fakta Muhammad Aqil

Sebut sahaja Johor Darul Ta’zim FC atau JDT, pasti ramai terbayang tentang kehebatan kelab bola sepak ini. Malah, keunggulan kelab itu tidak terhenti di liga domestik semata-mata, bahkan JDT cukup hebat di rantau Asia.

ARTIKEL BERKAITAN : Pemain Baharu JDT, Jodi Amat Rupa-Rupaya Berdarah Diraja Indonesia

Remaja Bertuah Sertai Kelab JDT Gara-Gara Video Tukar, Ini Fakta Muhammad Aqil

Baru-baru ini, Kelab gersasi ini telah mengumumkan menandatangani pemain muda berbakat dari Terengganu, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi. Perkara itu diumumkan JDT dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu pada minggu lepas.

Sebelum ini, tular di laman sosial video Muhammad Aqil bermain bola sepak tular di media sosial. Pemain cilik itu menampilkan aksinya yang cukup tenang dan lincah mengawal bola berhadapan dengan pemain lawan yang lebih berusia.

Lebih membanggakan, kanak-kanak itu telah disunting Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim.

Remaja Bertuah Sertai Kelab JDT Gara-Gara Video Tukar, Ini Fakta Muhammad Aqil

Berikut fakta menarik mengenainya:

1-Muhammad Aqil adalah remaja berusia 13 tahun adalah anak jati Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu.

IKLAN

2-Beliau merupakan Tingkatan Satu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.

3-Si cilik berbakat ini sememangnya berada dalam keluarga bola sepak yang mana abangnya, Arsyad Shamsul adalah pemain bagi skuad Terengganu IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

4-Manakala bapanya iaitu Mohd Shamsul Aswadi atau lebih mesra dengan panggilan ‘Matcang’ merupakan lagenda skuad futsal Terengganu.

5-Muhammad Aqil pernah menjalani latihan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Akademi JDT pula ialah akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan.

1-Akademi berkenaan adalah satu-satunya pusat akademi kelab profesional di Malaysia.

IKLAN

2-Melatih pasukan bawah 12 hingga bawah 21.

3-Pelatih sepenuh masa.

4-Tinggal, bersekolah dan berlatih bersama.

5-Pusat Latihan yang dilengkapi dengan fasiliti yang sesuai.

6-Jurulatih dari Valencia CF.

7-Akademi ini dilengkapi pakar diet untuk memantau keperluan nutrisi dan pengambilan makanan.

IKLAN

8-Modul latihan yang diadaptasi dari Borussia Dortmund dan Valencia.

9-Para pelatih akan diberi pendedahan kepada pertandingan antarabangsa.

10-Arahan taktikal yang diselaraskan untuk peralihan yang lebih baik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI