Semalam semasa berucap untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau ada mendengar rungutan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak. Jelasnya, ada permohonan yang ditolak kerana mendaftar dengan SSM, gaji pasangan mencecah RM8000 dan lain lagi.
Walau sudah tamat tempoh rayuan malah keputusan semakan sudah diketahui pada 9 Mei lalu tapi disebabkan atas rasa sayangnya kepada rakyat, Perdana Menteri memaklumkan semalam, mana-mana rayuan bagi mereka yang ditolak sebelum ini dilanjutkan sehingga 31 Mei akan datang. Malah permohonan boleh dibuat sesegera mungkin dan jika layak akan mendapat bantuan tersebut.
PM berkata beliau mendengar ada rungutan mengenai permohonan ditolak. Jadi beliau mengumumkan rayuan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini walau sudah ditutup pada 9 Mei sebelum ini
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan melibatkan jumlah sebanyak 1.7 bilion. Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan ini jumlah penerima BPN ialah 10.6 juta orang merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion. Kerajaan berharap BPN ini akan memanfaatkan penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini. Status permohonan boleh dibuat di pautan https://bpn.hasil.gov/my.
Dalam pada itu sejak dua hari lalu, timbul persoalan kenapa ada orang bujang gaji dibawah RM2000 mendapat RM500 dan ada yang dapat RM800. Ini kerana pada pemahaman awal mereka, mana-mana individu dibawah gaji RM2000 akan mendapat RM800 bagi yang memohon.
Ternyata, inilah sebabnya kenapa ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM800 walau gaji sama!
Ads
Untuk pengetahuan orang bujang, bagi permohonan lama yang dahulunya adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), secara automatik korang akan menerima RM800 dan bayaran dibuat dua kali. Pertama akan dapat bayaran RM300 dan baki selebihnya RM500 akan dibayar pada 15 Mei akan datang.
Tapi bagi pemohon baru yang bukan penerima BSH sebaliknya Bantun Prihatin Nasional (BPN), tertera syarat yang telah dikemas kini oleh LHDN bahawa orang bujang akan menerima RM500 sahaja.
Ads
Tak kiralah korang bekerja dan bergaji di bawah RM200 atau korang menganggur sebab baru kehilangan kerja, korang akan dapat sekaligus RM500 (contohnya kalau korang bekerja sendiri, jual burger tepi jalan akan hanya dapat RM500 sahaja).
Tapi kalau korang bekerja dan gaji di bawah RM2000 dan majikan korang berdaftar dengan KWSP, korang akan dapat RM800 tu.
Ads
Dan kalau korang bekerja dan majikan berdaftar dengan KWSP dan gaji di antara RM2001-RM4000 maka korang akan dapat RM500 BPN tu.
Harap janganlah ada mengeluh dapat sikit ke banyak ya sebaliknya bersyukurlah dapat duit terpijak ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila tindakan seorang ibu menjalankan temuduga kerja buat anak-anaknya di rumah mereka mendapat perhatian netizen.
Shaketha McGregor tidak menyangka perkongsiannya di laman Facebook mengenai perkara tersebut akan viral. Kisahnya bermula apabila anak-anaknya meminta wang tambahan untuk membeli telefon bimbit baru, lepak bersama kawan dan lain-lain.
Itu membuatkan dia mendapat idea untuk mewujudkan tiga jawatan di rumahnya yang terdiri daripada tugasan di dapur, kemas rumah dan membasuh baju.
“Saya katakan kepada anak-anak saya bahawa saya dengar luahan mereka dan mempunyai kejutan buat mereka di rumah apabila pulang dari sekolah kelak.
“Surprise! Kalau korang nak, korang kena bekerja keras untuk dapatkannya. #ThisMomMeanBusiness,” katanya kepada Mirror.UK
Uniknya, anak-anaknya juga harus menjalankan temuduga bersamanya untuk memastikan mereka mendapat jawatan yang paling sesuai dengan mereka.
Temuduga kerja tersebut turut mempunyai borang pengenalan diri dan harus disertakan sekali pengalaman mereka untuk memohon pekerjaan tersebut. Intense betul!
Susulan itu, ramai ibu bapa yang kagum dengan idea kreatif Shaketha malah memuji wanita tersebut kerana tidak memanjakan anak-anaknya.
Yalah, zaman sekarang ini memang bukan mudah untuk mendapatkan sesuap nasi kan? Apa-apapun, memang kreatiflah idea tersebut.
Foto: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ada mengeluarkan kenyataan mana-mana menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara akan dilonggarkan tempoh pemerhatian ataupun kuarantin daripada 10 hari kepada tiga hari.
Menerusi portal rasmi e-Warta Persekutuan, perintah tersebut akan berkuat kuasa pada 9 Februari hingga 1 Ogos ini dan telah dinamakan sebagai ‘Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengencualian) 2021.
Melalui laporan terbitan Astro Awani, perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.
Namun, sejak pagi tadi trending di Twitter satu hashtag yang menggesa Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba untuk meletak jawatan susulan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kuarantin yang melibatkan menteri-menteri.
Hanya kuarantin 3 hari
Susulan daripada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa risau dengan peningkatan kes baru Covid-19 dan tidak bersetuju berikutan kenyataan tersebut tidak selaras dengan arahan yang dikeluarkan untuk rakyat dimana perlu menjalani kuarantin dalam masa 10 hari.
Hmm…mungkin ada sebab kenapa Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan sebegini kan. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang. Ala chill la korang dah biasa kan terkurung dirumah kan..hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen memuji penyanyi yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah apabila dia masih lagi melayan baik bekas suaminya itu.
Semalam, Bella menggunakan aplikasi Q&A di Instagram untuk para peminatnya. Tanpa disangka, Aliff turut sama masuk dan Bella mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan mengenai keadaan suaminya.
Malah, Bella juga sempat meminta netizen mengucapkan hai kepada penyanyi lagu Sayang Sayang itu.
Selain itu, Aliff juga turut bertanyakan soalan di mana Bella menjawab dengan tenang. Bagaimanapun, ada juga saat dimana dia kelihatan sebak saat Aliff bertanyakan satu soalan.
bella ni lembut sangat la haihh masihhh baik 🥺 “you nyanyi la, suara you sedap, kita tunggu alif aziz buat cover lagu tu okay” pic.twitter.com/hhb07fZTyc
Susulan itu ramai yang memberikan pujian buat ibu kepada Ayden Adrean malah ada juga yang menjadikan Bella sebagai idola mereka.
Aliff dan Bella sah bercerai pada 16 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman serta disebabkan kecurangan Aliff.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.