Mengikut statistik pada 2005-2015,seramai 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf telah didaftarkan.
Dalam satu perbandingan statistik pada 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ibu muda hamil tanpa nikah yang menjalani pemeriksaan adalah seramai 3694 dengan purata 300 kes setiap bulan. Andai dipecahkan ke angka lebih kecil 10 kes sehari kelahiran anak luar nikah ini.
Ini bermakna tanpa sedar jumlah remaja yang melakukan kesilapan ini agak tinggi dan kita mengharapkan mereka yang terjebak melakukan kesilapan ini sudah bertaubat.
Dalam pada itu, perkongsian seorang doktor di twitternya, Muhamad Ashraf yang berkongsi pengalamannya menyambut kelahiran bayi dilahirkan oleh ibunya, remaja berusia 13 tahun mengundang sebak.
Ads
Azabnya Ketika meneran, di mana remaja ini menangis kesakitan kerana ini pengalaman kali pertamanya. Malah ketika saat menyusu juga sukar kerana putting remaja berkenaan masih lagi kecil. Lebih menyedihkan, keluarga remaja berkenaan bertanya dalam “nada gembira” bagaimana keadaan bayi berkenaan selepas dilahirkan anaknya.
Kita sebagai remaja, jadikan kisah orang lain sebagai pengajaran dan pedoman. Kreditt : Twitter :@MuhammadAshraff
Masih segar di ingatan mengenai kisah pasangan kembar siam dari Malaysia, Ahmad dan Muhammad Rosli yang pernah hangat diperkatakan di media elektronik mahupun meida cetak sekitar tahun 2001.
Mereka dilahirkan pada 1998 sebagai kembar bercantum atau kembar siam dan ramai tidak dapat menahan sebak apabila melihat teletah kanak-kanak tersebut bersama.
Dugaan berat tersebut berakhir pada tahun 2002 apabila Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi pada waktu itu menawarkan bantuan untuk mempercepatkan proses pembedahan.
Dengan kos rawatan mencecah hampir RM 1.7 juta, pembedahan memisahkan kembar tersebut mengambil masa selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.
Selepas 23 Tahun, Kini Miliki Kerjaya Bidang IT
Walaupun terpaksa mengharungi kehidupan tanpa anggota badan yang sempurna, Ahmad dan Muhammad yang masing-masing kini berusia 23 tahun khabarnya sudahpun memiliki kerjaya yang bagus dalam bidang teknologi maklumat.
Muhammad Rosli berjaya menggenggam segulung ijazah dalam satu istiadat konvokesyen di Management & Science University (MSU) pada tahun 2021 dahulu bersama rakan-rakannya.
Sekali lagi, mereka tular baru-baru ini di laman TikTok apabila dikatakan sudah berjaya memilik kereta sendiri setelah berjaya menggenggam segulung Ijazah.
Perkhabaran ini telahpun dikongsikan oleh kenalan mereka di sebuah hantaran yang menampilkan kisah mereka.
Menjengah ke ruangan komen video yang tular itu, rata-rata yang mengenali Ahmmad dan Muhammad sangat kagum dengan ketabahan dan kegigihan mereka untuk berjaya meskipun menggunakan kerusi roda.
Menurut laporan media, Muhammad berkata mereka telah menjalani kehidupan normal seperti insan lain selepas hampir dua dekad dipisahkan. Malah, sehingga kini masih ramai mengingati peristiwa mereka dipisahkan menerusi satu pembedahan di Arab Saudi.
“Selepas menamatkan pengajian dalam ijazah sains komputer pada Februari tahun 2021, saya kini bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat.”
Abangnya yang mesra dengan panggilan Along pula menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah sehingga menyebabkan pengajian tertangguh sebentar.
“Sepatutnya, kami dapat tamatkan pengajian sama terdahulu namun Along sedikit tertangguh berikutan berdepan masalah kesihatan.”
Mereka membuktikan, biarpun tidak semua bahawa kejayaan datang bergolek tetapi hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha!
Semoga Ahmad dan Muhamad terus maju jaya di masa akan datang.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa spekulasi dan khabar angin berterbangan, akhirnya istiadat angkat sumpah Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan berlangsung jam 9.30 malam ini.
Sejak awal pagi, rakyat Malaysia menantikan perkhabaran rasmi mengenai istiadat bersejarah ini memandangkan Tun Dr. Mahathir bakal kembali memegang pucuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri ketujuh, secara teknikalnya.
Ada yang mengatakan ia bakal berlangsung pada jam 9.00 pagi.
Setelah kecewa tanpa kenyataan rasmi dari pihak Istana mahupun pihak kerajaan baru, kecoh sebentar di media sosial apabila pihak media diberitahu ia bakal berlangsung pada jam 5.00 petang. Namun, apa yang dipaparkan secara langsung hanyalah sidang akhbar bersama wakil dari Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Hanya pada jam 5.30 petang, video ‘bersiap’ Tun M di kediaman beliau dan video ketibaan kenderaan Proton Perdana bernombor plat 2020 di Istana Negara dimuat naik oleh pihak media. Ia menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk upacara rasmi tersebut.
Tun Mahathir is getting ready.
He’s already in his new Baju Melayu that he will wear during the swearing in ceremony.
A 93 year old man that BN has called senile and weak, due to be sworn in as the new prime minister of Malaysia.
Mungkin upacara tersebut disegerakan juga setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyeru agar kerajaan baru ditabalkan secara rasmi secepat mungkin bagi memudahkan urusan semua pihak.
Kini, kita hanya perlu menantikan detik jam 9.30.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak corona virus atau disebut COVID-19 yang melanda dunia sudah mencecah hampir 3 juta orang dijangkiti. Di Amerika Syarikat sahaja jumlah dijangkiti adalah seramai 905,333 dengan jumlah kematian seramai 51,949.
Di Malaysia sendiri, kes setakat semalam (26 April 2020), keseluruhan kes positif ialah 5780 kes dengan kadar kematian 98 orang. Berita baiknya seramai 3862 orang sudah sembuh sementara bakinya iaitu 1820 orang masih menerima rawatan.
Di Malaysia, langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat oleh pihak kerajaan yang sudah memasuki fasa ke 4 dilihat agak berjaya membendung wabak ini dari menjangkiti lebih ramai orang. Walau ada kelonggaran diberikan kepada beberapa perkhidmatan untuk meneruskan pekerjaan sementara yang lain diperintahkan mengikut PKP tetapi penularan kes ini tidak begitu ketara berbanding negara Asean lain.
Beberapa hari lalu kita membaca Pasar Borong Selayang ditutup selama 4 hari untuk proses sanitasi manakala kawasan sekitarnya di lockdown selama dua minggu bagi mengelak lebih ramai dijangkiti.
Pasaro Borong Kuala Lumpur ditutup sementara untuk proses sanitasi
Bermula proses sanitasi Pasar Borong Selayang, semalam media melaporkan Pasar Besar Awam Bahau diarahkan ditutup bermula hari ini selama 14 hari sehingga 10 Mei ini bagi proses sanitasi selepas seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, peniaga berumur 44 tahun itu dipercayai ada kaitan dengan kluster Pasar Borong Selayang, Selangor.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya mewajibkan kesemua 60 peniaga di pasar awam itu menjalani ujian saringan di Medan Niaga Kiara, di sini bermula 8.30 pagi esok seperti dilaporkan Astro Awani.
Pasar Besar Awam Bahau ditutup dua minggu bermula hari ini selepas seorang peniaganya positif
Jika semalam Pasar Awam Bahau ditutup, hari ini seorang pengguna fb Mohd Razif Janan pula memuat naik gambar Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya ditutup selepas seorang peniaganya dikatakan positif COVID-19.
Pihak berkuasa sudah menutup keseluruhan Pasar Jalan Othman
Walau belum ada kes melibatkan penularan besar-besarkan melibatkan kluster pasar tetapi apa yang pasti dengan penutupan pasar basah begini, bekalan bahan mentah akan mula berkurangan. Jika ada pun harganya mungkin agak naik berbanding kebiasaan.
Ironinya jika semakin banyak pasar awam ditutup, bekalan ke kedai runcit sudah tentu terputus bekalan. Lalu bersediakah kita untuk memikirkan menu baru atau berfikir, makan apa saja di bulan Ramadan yang baru memasuki hari ke empat? Bersediakah kita mengubah menu makanan harian kita yang sebelum ini banyak bergantung kepada makanan basah seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya.
Apa pilihan yang ada kecuali makanan pilihan terakhir, kita perlu bergantung kepada makanan segera? Bagi anak muda, ia mungkin tiada masalah kerana life style kita sudah terbiasa dengan makanan fast food tetapi agak kasihan kepada warga tua yang mungkin mahu “makan agak sedap” ditambah ikan-ikan atau sayuran ini masih segar lagi tetapi mereka tidak dapat menikmatinya.
Apa pun kita mengharapkan wabak ini segera berakhir dan semua rakyat Malaysia dilindungi Allah taala dan tidak dijangkiti dari virus ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!