Masalah perut buncit bukan hanya dialami oleh individu yang mempunyai berat badan berlebihan, malah ia juga merupakan ‘masalah’ buat mereka yang bertubuh kurus.
Lagi pelik bila korang rasa dah buat workout gila-gila tapi hasilnya masih buncit. Argh, stress kan?
Menurut Public Health Malaysia, rupa-rupanya ada beberapa perkara yang mungkin korang buat dan menjadi punca kenapa perut masih buncit.
Jom kita lihat antara sebab-sebab yang buatkan perut korang buncit.
Ads
1. Air tidak lawas
Sumber Gambar : hoto by Daria Shevtsova from Pexels
Ramai di antara kita yang susah nak minum air kosong, terutamanya bagi perempuan bila mereka datang haid. Kita sepatutnya minum apir lebih daripada 8 gelas sehari supaya perut sentiasa aktif.
2. Kurang tidur
Sumber Gambar : Photo by Ketut Subiyanto from Pexels
Kalau korang tidur, ia mampu meningkatkan selera makan kerana kadar turun naik hormon tidak menentu. Disarankan dapatkan tidur selama 8 jam sehari.
Ads
3. Stress
Sumber Gambar : Photo by energepic.com from Pexels
Stress menghasilkan hormon kortisol dan menyebabkan lemak terkumpul pada bahagian tengah badan.
4. Chewing gum
Sumber Gambar : Photo by RF._.studio from Pexels
Mengunyah chewing gum memerangkap banyak udara ke dalam sistem penghadaman dan membuatkan kembung perut.
Ads
5. Makanan/minuman
Sumber Gambar : Photo by Karolina Grabowska from Pexels
Minuman dan bergas dan makanan segera yang dipek seperti air kotak, keropok dan mi segera akan mengumpul lemak yang banyak dalam perut sehingga sukar dihapuskan.
6. Makanan masin
Sumber Gambar : Photo by Daniel Reche from Pexels
Sodium klorid dalam garam dapat mempengaruhi kestabilan kandungan air dalam tubuh. Pengambilan kadar garam berlebihan menyebabkan pengumpulan bendalir yang membuatkan perut buncit.
7. Bakteria jahat
Sumber Gambar : Photo by Anna Shvets from Pexels
Sistem perut manusia terdiri daripada gabungan bakteria jahat dan baik. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi antibiotik, kadar gula yang tinggi atau sebarang alkohol.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba bulan puasa, makanan manisan sering menjadi perhatian tambah pula cuaca panas yang membuatkan kita cepat berasa haus. Selain air minuman berais, aiskrim juga antara yang selalu menjadi pilihan ramai.
Sekarang ini ramai yang sudah boleh buat sendiri aiskrim di rumah dan tidak perlu lagi dibeli diluar sana. Penyediaan dan bahan yang diperlukan juga tidaklah begitu renyah, jadi sesuailah sekiranya korang ingin buat sendiri.
Kali ini, kami ingin kongsikan resipi aiskrim ‘Magnum’ yang confirm sedap, bahannya menggunakan coklat cadbury sahaja. Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.
1. Buat teknik double boil, jangan sampai setitik air pun terkena coklat itu bimbang coklat akan mengeras
2. Bila dah suam sedikit, masukkan piping bag dan picitkan ke dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Kemudian, tuang vanila aiskrim yang sudah siap ke dalam plastik aiskrim itu juga. Mampatkan coklat dan aiskrim vanila itu supaya tiada ruang kosong
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Batuk lama tak kebah? Isu ini sering menghantui ramai individu, terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Perkongsian seorang wanita di media sosial mengenai ubat batuk tradisional yang diamalkan sejak dahulu kala kini menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan mereka yang mengalami batuk berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis ubat.
Gambar Nor Hasnah Abdul Kadir
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Nor Hasnah Abdul Kadir memaklumkan bahawa ramuan tersebut merupakan amalan peribadinya sejak sekian lama. Beliau yang merupakan pesakit autoimun sering mengalami batuk berpanjangan dan memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih berbanding individu lain.
Pesakit Autoimun Pilih Kaedah Tradisional
Menurut Hasnah, disebabkan tubuhnya sensitif terhadap ubat-ubatan tertentu, beliau memilih untuk mengamalkan ubat batuk tradisional sebagai sokongan penjagaan kesihatan harian. Kaedah ini bukan bertujuan menggantikan rawatan perubatan, tetapi sebagai ikhtiar tambahan menggunakan bahan semula jadi.
Katanya, ramuan ini membantu melegakan batuk, mengurangkan sakit tekak serta memberi rasa lega pada bahagian dada, terutamanya ketika batuk berpanjangan yang sukar sembuh.
Amalan Tradisional Kaum Cina Zaman Dahulu
Lebih menarik, resipi ini merupakan amalan tradisional kaum Cina yang diwarisi sejak zaman dahulu. Ia pernah dikongsikan oleh individu lain sebagai ilmu kesihatan semula jadi yang mudah disediakan di rumah dan tidak memerlukan bahan mahal.
Perkongsian Hasnah turut mendapat perhatian ramai apabila beliau mencadangkan ramuan ini kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak mengalami batuk lama dan sukar kebah.
Ramuan Boleh Disimpan & Diperam
Salah satu keunikan ubat batuk tradisional ini ialah ia boleh diperam dan disimpan untuk tempoh yang lama. Malah, menurut pengalaman pengamalnya, semakin lama tempoh perapan, semakin baik khasiat yang terhasil.
Ini menjadikan ramuan ini praktikal untuk disediakan lebih awal dan digunakan apabila diperlukan.
Bahan-bahan Ubat Batuk Tradisional
2 sudu makan madu
Air (¾ botol atau balang)
Limau dan asam boi (kuantiti sama banyak)
Cara Penyediaan
Bancuh madu bersama air dan masukkan ke dalam botol kaca atau plastik.
Belah dua limau, tetapi jangan putus sepenuhnya.
Perah jus limau ke dalam bancuhan air madu.
Masukkan asam boi ke dalam limau yang telah dibelah.
Masukkan limau tersebut ke dalam botol berisi air madu.
Biarkan ramuan ini diperam. Semakin lama tempoh perapan, semakin baik hasilnya.
Cara Pengambilan
Ambil 2 sudu makan ramuan.
Bancuh dengan air suam sebelum diminum.
Amalkan Secara Berhemah
Menurut Hasnah, pengambilan madu yang dibancuh dengan air suam dipercayai membantu penyerapan dengan lebih cepat oleh badan. Walaupun menggunakan bahan semula jadi, pembaca dinasihatkan agar mengamalkan ubat batuk tradisional ini secara sederhana.
Bagi pesakit autoimun, ibu hamil atau individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, sebarang amalan tambahan wajar dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor.
Perkongsian ini sekali gus membuktikan bahawa amalan tradisional masih relevan dan boleh dijadikan sokongan kesihatan, selagi diamalkan dengan betul, berhemah dan bertanggungjawab.
Baru-baru ini, sepasang kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di Kemaman, Terengganu.
Apa yang lebih mengharukan, pasangan kembar Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof (23) dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof (23) turut memberikan hadiah terindah kepada nenek mereka, Wan Zaharah Ahmad (79) yang telah menjaga mereka berdua sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya.
Dalina dan Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 20 Oktober lalu dan lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima ijazah kelas pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Menurut Dalina, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mengejar impian menjadi seorang jurutera dan kejayaan itu merupakan hadiah terindah diberikan kepada neneknya yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dia bersama adik kembarnya.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna”
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya ketika ditemui media Sinar Harian.
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya sangat bangga dan terharu dengan kejayaan mereka. Walaupun kami tidak mempunyai banyak harta, saya selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh. Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Wan Zaharah juga turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
Pada majlis itu, Dalina telah dianugerahkan Anugerah Rektor atas kecemerlangannya yang tidak hanya terhad kepada bidang akademik tetapi juga aktif dalam kokurikulum. Dia juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!