Hari demi hari makin ramai individu yang berani untuk menghina agama, malah yang dihina itu adalah agama yang dianuti sendiri oleh mereka. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pasangan kekasih yang didakwa menghina Islam, dan kemudiannya seorang lelaki turut tampil berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW.
Tindakan lelaki itu membawa padah apabila pihak polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun itu di Machang, Kelantan. Suspek yang merupakan seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM50,000 namun terpaksa menjalani hukuman selepas gagal membayar denda itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.
Sebelum ini Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
IKLAN
Akhirnya, lelaki itu dipenjara kerana tidak mampu untuk melunaskan jumlah denda yang dikenakan.
Ha, itulah padahnya jika tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jangan pernah menganggap perkara ini remeh dan kononnya ‘suka-suka’ untuk menjadi viral. Akhirnya diri sendiri menerima padah dan tak pasal-pasal pula dikenakan hukuman penjara.
Ingat, fikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bencana alam satu benda yang tidak boleh diramal dan terbaru, ribut pasir melanda bandar Beijing, China memaparkan langit menjadi warna jingga.
Lapor Reuters, pakar meteorologi menyifatkan kejadian itu sebagai serangan ribut pasir terbesar sepanjang dekad. Ia jelas kelihatan dengan mata kasar, langit yang membiru bertukar menjadi warna oren yang kelihatan sangat ‘menakutkan’.
Dalam rakaman sama, kedengaran suara cemas orang ramai dan tak kurang juga yang sibuk merakam fenomena luar biasa ini.
Sekurang-kurangnya 341 orang dilaporkan hilang di negara jiran Mongolia yang juga dilanda ribut pasir.
Untuk info, Beijing menghadapi ribut pasir pada Mac dan April kerana berdekatan gurun Gobi yang besar serta disebabkan penebangan hutan dan hakisan tanah di seluruh utara China. China berusaha melakukan penghutanan semula dan memulihkan ekologi wilayah tersebut untuk membendung ribut pasir yang bertiup ke ibu kota.
Pada tahun lepas kita dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Australia dan Amerika Syarikat kini di Beijing pula. Sama-samalah kita doakan agar bumi kembali sihat dan terhindar daripada bencana.
Sebagai seorang manusia, kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara kehidupan alam sekitar.
Pelajar yang berasal di pedalaman di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi. Bakat dan usaha mereka ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Terbaru, seorang lagi pelajar jurusan teknologi pembinaan Kolej Vokasional Keningau, Sabah tersenarai antara salah seorang calon 50 pelajar terbaik bagi anugerah Global Student Prize 2022 dan merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang terpilih.
Alesyah Asa, 20, berjaya menjadi finalis bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia anjuran Chegg.org yang berpusat di Amerika Syarikat atas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang inovasi, STEM, program pertukaran budaya dan hackathon.
Menurut pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman di Nabawan itu, dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai antara pelajar terbaik dunia.
“Syukur kepada Tuhan kerana diberikan kemudahan kepada saya untuk terus berjuang dan memperkenalkan Kolej Vokasional terutamanya sekarang di seluruh Malaysia bahawa Kolej Vokasional Keningau juga boleh,” katanya.
Tambahnya berkat usaha dan pembelajaran di kolej tersebut beliau turut berpeluang menyertai program pertukaran pelajar luar negara hasil penglibatannya dalam beberapa aktiviti melibatkan STEM.
Selama saya berada di Kolej Vokasional Keningau saya juga telah menyertai beberapa aktiviti kebangsaan dan antarabangsa yang paling saya bangga adalah saya telah menjadi seorang ketua salah satu yang mengikuti pertukaran pelajar di Korea Selatan.
“Selain itu juga saya menjadi duta Malaysia di Korea Selatan untuk mempelajari tentang kebudayaan dan cara teknologi di sana,” katanya.
Selain itu Alesya bersama rakan pelajar wanita yang lain sebelum ini turut pernah dianugerahkan Community Innovation Winner di Global Media and Information Literacy Youth Hackathon yang dianjurkan bersama UNESCO dengan Republik Korea.
Menurut Alesyah lagi, sebagai pelajar jurusan Teknologi Pembinaan, misinya adalah memberi inspirasi dan bimbingan kepada pelajar perempuan yang lain untuk berjaya terutamanya dalam bidang pembinaan yang sering didominasi kaum lelaki.
“Saya sebagai perempuan saya memasuki bidang yang sangat jarang diceburi iaitu pembinaan jadi saya sebagai perempuan saya cuba untuk mengubah pola pemikiran masyarakat.
“Perempuan pun boleh buat, perempuan dapat menjalankan, perempuan boleh menjadi suatu yang penting dalam pembinaan bukan saja setakat lelaki.
“Jadi selepas saya ceburi bidang teknologi pembinaan saya telah juga membawa rakan-rakan saya supaya lebih pecaya diri sebagai seorang perempuan untuk bertanding dengan lelaki tanpa ada rasa malu,” ujarnya lagi.
Sementara itu bagi Guru Bahasa Inggeris, Ketua Kajian dan Inovasi Kolej Vokasional Keningau, Mohd Sirhajwan Idek, kejayaan Alesyah bukan sahaja menjadi kebanggaan pihak kolej malah beliau berharap menjadi ispirasi kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan.
“Saya berharap kejayaan ini akan memberi ispirasi dan membakar semangat pelajar lain bukan saja di Kolej Vokasional Keningau tapi juga di negeri Sabah, di seluruh negara agar meraka sedar walaupun mereka masih lagi bergelar sebagai pelajar, belum lagi menamatkan pembelajaran mereka, tapi mereka mempunyai peluang untuk membantu komuniti.
“Mereka harus mencari platform dan peluang yang sesuai agar mereka mampu mengasah bakat mereka, mereka mencari peluang supaya mereka boleh perkembangkan idea projek mereka yang boleh membantu komunti ataupun di peringkat institusi,” katanya.
Untuk info, Global Student Prize 2022 turut menawarkan hadiah sebanyak AS$100,000 kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia yang telah menjalankan aktiviti berkaitan sains dan teknologi serta memberi impak kepada dunia pembelajaran global.
Pemilihan pelajar terbaik bagi anugerah tahunan itu akan dilakukan oleh Global Student Prize Academy dan Global Teacher Prize Academy dan akan diumumkan di laman web Chegg.org.
Congrats Alesyah, semoga terus cemerlang di mana saja berada dan kisah kejayaan pelajar ini memberi inspirasi kepada sesiapa pun yang membaca.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perkembangan terbaru selepas seminggu New Zealand berkabung untuk menghormati mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, sebuah portal di negara itu melaporkan satu ugutan bunuh telah diterima oleh Perdana Menterinya di media sosial.
Portal bernama NEWSHUB New Zealand itu berkata, ugutan terhadap Perdana Menteri, Jacinda Ardern itu disampaikan melalu sebuah akaun Twitter. Ia berbunyi, “You are next” (seterusnya, kamu) bersama gambar senjata dan imej Jacinda.
Satu lagi tweet pula menggabungkan imej Jacinda dengan polis. Kedua-dua tweet tersebut telah terpadam selepas Twitter menggantung akaun pemiliknya semalam.
Ugutan itu hadir selepas Jacinda bersikap tegas di dalam kesemua ucapan dan kenyataan media beliau. “Dia (pengganas) inginkan perhatian melalui perbuatannya, dia ingin profilnya dan motifnya dikenali dunia. Sebab itulah kamu tidak akan mendengar saya menyebut namanya,” kata beliau di parlimen New Zealand.
***
Dalam pada itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memberikan sokongan dan menzahirkan simpati kepada Jacinda atas kebijaksanaan dan usaha yang telah dilakukan beliau selepas 50 mangsa beragama Islam maut dan puluhan yang lain cedera.
Semalam juga, bangunan pencakar langit, Burj Khalifah dipancarkan dengan gambar Jacinda Ardern sebagai tanda sokongan terhadap usaha keamanan beliau. Ia juga mempunyai ucapan ‘salam’ di dalam tulisan Jawi dan perkataan ‘peace’ (keamanan) – sama seperti yang tertera di muka hadapan akhbar The Press New Zealand semalam.
Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum juga telah memuat naik tweet bangunan tersebut di akaun milik beliau.
“Terima kasih PM @jacindaardern dan New Zealand untuk sokongan ikhlas yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...