Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan dalam masa yang sama menjadi wakil universiti sebagai seorang atlet sukan bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.
Bagi Ummu Nusrah Omar, pelajar Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM yang kini menuntut pada tahun akhir mengakui bahawa tugas yang digalas sebagai atlet sukan Petanque yang banyak menghabiskan masa untuk menyertai kejohanan terbuka SUKIPT dan sebagainya. Secara tak langsung, ia sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya pada akademik.
Bukan saja itu, pada semester yang lepas juga Ummu merupakan mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enambelas (Exco Sukan). Dengan segala tanggungjawab yang diberi, gadis ini tetap berusaha untuk mengulangkaji pelajaran.
“Alhamdulilah, saya mampu menguruskan masa dengan sebaiknya dan mengekalkan keputusan Dekan setiap semester. Program yang saya ambil di UPM iaitu Bahasa dan Linguistik Melayu merupakan program yang mencabar dan tidak seperti yang dijangka,”
“Saya memerlukan kefahaman yang tinggi untuk setiap subjek dan memerlukan masa yang sebaiknya untuk dibahagikan seperti masa untuk menyiapkan tugasan individu dan berkumpulan, masa untuk program kolej, berlatih untuk kejohanan Petanque yang terdekat dan masa sendiri untuk belajar,” jelas pelajar ini.
Ads
Cari tip belajar yang sesuai
Jadi, apa yang dilakukan oleh Ummu sehingga dia boleh mendapat keputusan Dekan pada setiap semester? Dia mengakui bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kejayaan. Namun baginya, ini 10 tip yang dilakukan dan dilihat sesuai dengan semua lapisan umur yang bergelar pelajar.
1. Salin kata kunci sahaja semasa kuliah
2. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, pensyarah/guru, kawan dan orang sekeliling
3. Baca berulang kali : Sekurang-kurangnya 4 atau 5 kali
Ads
4. Teknik menghafal dan tulis semula ayat yang penting
5. Bangun awal (3 pagi atau 4 pagi) : Lakukan solat sunat dahulu dan mula ulang kaji
6. Bijak membahagikan masa dengan sebaiknya
7. Sentiasa reward untuk diri : Makanan atau barangan
Ads
8. Ulang kaji hanya 2 jam atau 3 jam : Seeloknya malam atau pagi
10. Amalkan makanan sunnah : Madu, kismis hitam, kekacang, kurma
Aktif bersukan, tapi masih mampu untuk mendapat keputusan cemerlang dalam exam
“Saya juga merupakan seorang yang berdikari dan sentiasa mencabar diri untuk melakukan apa jua yang saya suka untuk mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kemahiran insaniah sebagai seorang pelajar yang berwawasan tinggi,” tambahnya lagi.
Oleh sebab itu, keseimbangan sukan dan akademik banyak membantu Ummu Nusrah telah pun membuktikan walaupun sentiasa aktif dalam apa juga program di kolej, dia masih tetap berada di landasan yang benar dengan mendisiplinkan diri untuk merancang pengurusan masa dengan baik.
Kalau gadis ini boleh buat, kenapa pula korang tak boleh kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah besar Ikon Khalifah Perempuan 2025 menjadi detik penuh bermakna dalam keluarga pelakon dan pelawak terkenal, Bell Ngasri apabila anak perempuannya, Nasfarisya Nasrizal diumumkan sebagai penerima gelaran berprestij itu. Kejayaan ini bukan sahaja mencuri perhatian netizen, tetapi turut membuktikan dedikasi serta kecemerlangan Nasfarisya dalam kepimpinan, akhlak dan sahsiah.
Reaksi Terkejut Ketika Diumumkan Sebagai Ikon Khalifah Perempuan 2025
Dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), momen pengumuman tersebut telah dirakam dan dimuat naik di Instagram. Reaksi terkejut Nasfarisya sebaik sahaja namanya disebut untuk menerima anugerah Ikon Khalifah Perempuan 2025 benar-benar menyentuh hati ramai penonton. Kejujurannya menerima kemenangan itu membuatkan ramai netizen tumpang berbangga.
Anak Perempuan Bell Ngasri
Lebih manis lagi, Nasfarisya turut membawa pulang dua anugerah tambahan dalam majlis sama, menjadikan hari tersebut antara detik paling bermakna dalam hidupnya sebagai remaja yang sedang membina masa depan.
Bell ‘Naik Pentas Sekali’, Buat Dewan Terhibur
Malam tersebut turut menjadi lebih meriah apabila Bell secara spontan naik ke pentas seolah-olah mahu berkongsi kegembiraan anaknya secara dekat. Gelagat comelnya membuatkan seluruh dewan terhibur, malah ada yang berseloroh bahawa Bell kelihatan seperti pelajar yang sama-sama menerima anugerah.
Anak Perempuan Bell Ngasri
Menurut Bell, dia sendiri tidak menyangka dirinya begitu teruja sehingga orang ramai menyangka dia juga adalah salah seorang penerima penghargaan malam itu. Aksinya itu sekali lagi menunjukkan sisi kebapaan Bell yang penyayang, lucu dan sangat menyokong perkembangan anak-anaknya.
Kata-Kata Syukur dan Bangga Dari Bell Ngasri
Dalam satu hantaran di media sosial, Bell menulis ucapan penuh rasa bangga buat anak perempuannya. Katanya:
“Tahniah kakak untuk anugerah tertinggi sekolah… Ikon Khalifah 2025. Syukur nikmat Allah. Saya pun naik pentas sampai orang ingat saya pun pelajar. Terima kasih kakak, banggakan mama dan baba.”
Perkongsian tersebut meraih puluhan ribu tanda suka dan komen. Ramai yang tersentuh dengan cara Bell menzahirkan kasih sayang serta penghargaan terhadap anaknya yang gigih berusaha.
Ruangan komen di media sosial Bell dipenuhi ucapan tahniah, doa dan kata-kata semangat. Ramai turut memuji cara keluarga Bell mendidik anak-anaknya yang sentiasa tampil sopan, beradab dan merendah diri walaupun membesar dalam keluarga artis.
Antara komen netizen yang mencuri perhatian ialah:
“Ini kalau di luar, orang ingat abang adik. Bell tak makan usia!”
“Masalahnya, muka Bell dari kecil sampai sekarang sama saja… tak tua-tua!”
Lebih Daripada Sekadar Anugerah
Kejayaan Nasfarisya merangkul gelaran Ikon Khalifah Perempuan 2025 bukan sekadar penghargaan akademik, tetapi juga bukti bahawa sokongan keluarga dan persekitaran yang positif mampu membentuk peribadi remaja yang hebat. Ia memberi inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus berusaha serta tidak malu mengejar impian masing-masing.
Kisah ini bukan sahaja mengharumkan nama keluarga Bell Ngasri, tetapi turut menjadi contoh bahawa kejayaan seorang anak selalu berakar daripada keikhlasan ibu bapa membimbing, mencintai dan mempercayai potensi mereka. Melihat kejayaan anak muda seperti Nasfarisya benar-benar membuat ramai rasa terinspirasi.
Sudah lebih kurang tiga bulan sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Penonton juga perlu akur apabila tempat duduk di dalam pawagam perlu dijarakkan selang satu kerusi kerana mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, disamping kita membiasakan diri dengan norma baru yang ditetapkan oleh pihak pawagam, apa yang menariknya mereka turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk orang awam.
Terbaru ada berita baik untuk ‘kaki wayang’! TGV Cinemas telah mengadakan promosi pembelian tiket wayang dengan hanya RM 9 sahaja.
Tapi bukan untuk setiap hari, sebaliknya promosi ini adalah untuk pada hari Selasa sahaja bermula pada 29 September 2020 hingga 27 Oktober 2020. Benar! Ini bermakna anda boleh dapatkan promosi ini selama sebulan!
.
Promosi yang dinamakan sebagai Terrific Tuesdays ini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia di semua cawangan TGV untuk Classic, Deluxe dan Deluve+ Halls.
Sekarang ada macam-macam juga filem terbaik sedang ditayangkan di pawagam. Antaranya filem tempatan seperti Miimaland lakonan Fattah Amin dan filem antarabangsa yang lain seperti Unhinged, Deliver Us From Evil dan banyak lagi.
Jadi apa tunggu lagi, jom la pakat pergi ramai-ramai tapi SOP di panggung wayang jangan dilupa okay!
Untuk maklumat lanjut, boleh ke pautan TGV Cinemas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi K-Pop dan pelakon terkenal, Cha Eun Woo, iaitu Lee Dong Hwi yang juga seorang penyelidik, kembali menjadi bualan hangat selepas kehadirannya di atas pentas sebagai pakar artificial intelligence (AI) di sebuah expo teknologi berjaya mencuri perhatian pengguna di media sosial.
Menerusi sebuah video berjudul “The Researcher Making Headlines at Korea AI Summit” yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sebasi Talk’ pada 16 November lalu, ia mengetengahkan penglibatan Lee Dong Hwi daripada Unbound Lab Dev. sekaligus melonjakkan minat umum terhadap kerjaya serta kepakaran beliau.
Industri Hiburan & Teknologi AI
Difahamkan, Lee Dong Hwi menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “AI Made for My Brother Evolves into a Brand Verification Tool” di COEX, Seoul telah mendapat perhatian kerana ia menyingkap bagaimana teknologi AI dibangunkan selari dengan keperluan industri hiburan.
“Memandangkan saya membesar dekat dengan dunia selebriti, secara natural saya fokus pada kebimbangan dan minat mereka. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk berkomunikasi dengan peminat dengan lebih baik,” katanya dalam satu temubual sebelum acara berkenaan.
Cha Eun Woo yang kini sedang menjalankan latihan ketenteraanLee Dong Hwi ketika ditemubual
Pengurusan Data & Peranan AI Dalam Interaksi Artis-Peminat
Jelasnya lagi, sistem yang dibangunkan turut membantu mengumpul serta menyusun data berkaitan maklum balas peminat.
“Bukan sahaja selebriti individu, tetapi syarikat hiburan dan jenama juga risau tentang maklum balas daripada data sebegini. Saya rasa ia sangat berguna jika ada solusi untuk mengumpul dan mengatur data itu, yang akhirnya membawa kepada perancangan sistem ini,” jelasnya memperlihatkan bagaimana teknologi AI semakin berperanan dalam strategi komunikasi artis dan jenama.
Lee Dong Hwi ketika ditemubual
Cabaran Kesihatan Mental Dalam Era Media Sosial
Lee Dong Hwi turut menyentuh cabaran yang dihadapi selebriti dalam berdepan dunia atas talian, menjelaskan bahawa mereka sering terpaksa menahan tekanan akibat komen jahat dan kritikan melampau. Menurutnya, walaupun maklum balas membina penting untuk perkembangan, pendedahan media yang terlalu besar menyebabkan limpahan komen negatif menjadi beban yang memberi kesan kepada kesejahteraan mental artis dalam industri hiburan.
Beliau turut menerangkan bahawa dalam era pempengaruh yang semakin ramai, pendedahan media yang semakin luas menuntut perhatian khusus terhadap perlindungan mereka.. Justeru, beliau dan CEO syarikat kini merancang sistem khusus bagi membantu menjaga kesejahteraan mental individu yang sering menjadi tumpuan umum.
Lee Dong Hwi sebelum ini yang menjadi tular di media sosial
Untuk rekod, Lee Dong Hwi merupakan lulusan dari Universiti Fudan di China. Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya di sebuah agensi pengiklanan terkenal, dan akhirnya menyertai Unbound Lab.
Terdahulu, beliau pernah menjadi sorotan selepas kemunculan ringkas selama lima saat dalam program tvN You Quiz on the Block pada Jun lalu, dan statusnya sebagai adik kepada Cha Eun Woo mula menarik minat peminat dan juga pengguna di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!