Hari demi hari makin ramai individu yang berani untuk menghina agama, malah yang dihina itu adalah agama yang dianuti sendiri oleh mereka. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pasangan kekasih yang didakwa menghina Islam, dan kemudiannya seorang lelaki turut tampil berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW.
Tindakan lelaki itu membawa padah apabila pihak polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun itu di Machang, Kelantan. Suspek yang merupakan seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM50,000 namun terpaksa menjalani hukuman selepas gagal membayar denda itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.
Sebelum ini Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Akhirnya, lelaki itu dipenjara kerana tidak mampu untuk melunaskan jumlah denda yang dikenakan.
Ha, itulah padahnya jika tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jangan pernah menganggap perkara ini remeh dan kononnya ‘suka-suka’ untuk menjadi viral. Akhirnya diri sendiri menerima padah dan tak pasal-pasal pula dikenakan hukuman penjara.
Ingat, fikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada istilah terlambat untuk belajar, begitu juga yang dilakukan oleh Atta Halilintar apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun.
Selebriti terkenal Indonesia ini bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha.
“Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha.
“Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya,” katanya.
Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Jadikan Isteri Sebagai Contoh
Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan.
“Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya.
“Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.
Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun.
Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yuna dan suaminya, Adam Sinclair sememangnya mempunyai sentuhan emas terhadap visual video muzik yang mereka cipta bersama untuk single terbaru penyanyi tersebut.
Sejak muncul dengan video muzik Forevermore diikuti oleh Blank Marquee, Yuna dan Adam menerima pujian peminat dari Malaysia dan antarabangsa kerana bijak menampilkan lokasi indah di sekitar Semenanjung Malaysia.
Antara lokasi yang paling memberi impak tentunya adalah stesen minyak lama di Kangar, Perlis dalam Forevermore. Buktinya, stesen minyak lama itu tak putus-putus menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung untuk mengambil gambar OOTD terutamanya pada musim Aidilfitri ini.
Apa yang tak berana nak best-nya adalah apabila sesetengah daripada mereka
menceroboh masuk dengan memanjat pagar stesen berkenaan. Untuk pengetahuan, ia merupakan kawasan persendirian.
Hari ini, pemilik stesen minyak itu meluahkan rasa kesal melalui Twitter dan berkata, “Hi Yuna, saya pemilik stesen minyak dalam video muzik you. Saya perlukan pertolongan kamu, jika orang ramai nak datang ambil gambar tolonglah jangan panjat pagar kami. Seorang buat pasti yang lain ikut,” katanya dalam bentuk Tweet.
Sumber: AWANI
Usaha mendapat perhatian Yuna nyata tak sia-sia apabila Yuna memuat naik retweet sambil memohon, “Kepada semua yang melawat lokasi Forevermore di Kangar Perlis termasuklah stesen minyak ini, tolong hormati perniagaan mereka dan pemilik. Jangan menceroboh masuk.” Pemilik akaun itu kemudian berterima kasih kepada Yuna.
“Don’t mention it sis..”
Sebelum ini, Yuna pernah berkongsi bahawa dia dan rakannya dahulu selalu mengisi minyak sehingga RM15 dan memandu kereta Perodua Kancil ke bandar terdekat.
Oleh itu, video muzik Forevermore didedikasikan kepada semua stesen minyak di pekan kecil seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam, 1 Januari 2020 larangan merokok di kedai makan sudah dikuatkuasakan. Denda sebanyak RM250 terhadap perokok engkar dan pekedai yang mengendahkan larangan ini akan turut disaman.
Dalam ratusan premis kedai makan yang diperiksa bermula semalam di seluruh negara, sudah ada individu disaman (syabas sebab laksanakan tugas dengan tegas) malah di Pahang sahaja sudah 51 orang disaman.
Di sebalik kisah saman perokok ini, ada perokok yang merayu-rayu agar mereka tidak disaman dan meminta hanya diberikan amaran sahaja.
Eloo brader. Orang dah bercerita macam-macam termasuk jokes Malaysia nak ada kereta terbang. Lagi pun nie dah masuk tahun 2020, takkan la isu tak boleh merokok di kedai makan brader ketinggalan?
So korang rasa apa patut kita gelarkan orang ketinggalan kecanggihan media sosial nie?
Mulai 1 Januari 2020, larangan merokok di kedai makan telah dikuatkankuasakan. Bagi pekedai yang engkar, mereka juga akan didenda. Gambar hiasanMasih ada yang tak mengindahkan larangan merokok. Bila disaman, alasan diberi tidak tahu peraturan sudah dikuatkuasa. Gambar hiasan
Baca laporan penuh BERNAMA mengenai saman perokok yang berkuas kuasa semalam.
Masih ada yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh di seluruh negara, hari ini.
Menerusi operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dijalankan di beberapa negeri, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.
Bagi mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
KUALA LUMPUR
empat notis kompaun dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan di tiga lokasi bermula kira-kira 11.30 pagi tadi.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Titiwangsa Nordayana Musa yang mengetuai operasi itu berkata, ada perokok yang merayu supaya hanya diberikan amaran dengan memberi alasan tidak tahu mengenai penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
PAHANG
51 individu menjadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tidak merokok dalam premis makanan di seluruh negeri itu, setakat 2 petang tadi.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata empat premis makanan juga dikenakan kompaun masing-masing dua atas kesalahan membenarkan pelanggan merokok dan tidak menampal notis larangan merokok.
“Sehingga kini, sebanyak 656 premis perniagaan makanan telah diperiksa dan kita akan meneruskan operasi ini sehingga tengah malam dengan sasaran utama medan selera dan restoran 24 jam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau memaklumkan pelaksanaan Op PPKHT yang bermula 9 pagi tadi, melibatkan 186 kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pahang.
NEGERI SEMBILAN
Operasi yang dijalankan secara serentak oleh 95 pegawai penguat kuasa dari tujuh Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri itu merekodkan 42 notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 379 premis makanan.
Ketika ditemui pemberita, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata tujuh daripada notis itu dikeluarkan kepada pemilik premis berkaitan kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok.
Lapan notis pula dikeluarkan berkaitan tanggungjawab pemilik dalam memastikan bahawa tiada individu merokok di dalam premis mereka.
PERAK
Lima premis makanan di sekitar Jelapang, Ipoh diperiksa dalam operasi selama dua jam bermula 10 pagi membabitkan 16 kakitangan Pejabat Kesihatan daerah Kinta.
Sepanjang operasi berkenaan, tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengusaha makanan terkejut dengan kehadiran kakitangan itu ke premis makanan mereka seolah-olah tidak peka dengan penguatkuasaan larangan merokok yang telah bermula hari ini.
Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan dengan pelanggan akur dengan mematuhi arahan selain pengusaha makanan turut meletakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.
Di KELANTAN, tinjauan Bernama di premis-premis makanan terutamanya di kawasan kampung mendapati masih terdapat individu yang tidak mengendahkan penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!