Kemiskinan bukan alasan untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya. Asalkan ada minat dan usaha, kejayaan bakal diperoleh untuk kita mengubah kehidupan sekeluarga.
Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook ini, Azhar Othman menceritakan tentang seorang gadis bernama Riana, yang ditemuinya sempena Program Motivasi Pelajar Cemerlang di Sabah. Riana yang dibesarkan dan bersekolah di Kg Bongkol, Pitas, Sabah. Walaupun menjalani kehidupan yang susah sejak kecil lagi, ia tidak mematahkan semangat untuk gadis ini tetap tetap terus berusaha mengejar cita-citanya.
Bongkol terletak hanya 28km dari Pekan Pitas tetapi mengambil masa perjalanan lebih 1 jam untuk sampai. Biarpun dalam keadaan serba kekurangan di sekolah dan di rumah, Riana berjaya memperoleh 7A dalam PMR 2010. Malangnya, permohonan gadis ini untuk menyambung pelajaran ke MRSM Kuching ditolak dan dia hanya meneruskan pelajaran di SMK Bongkol.
Diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Sabah
Semenjak daripada pertemuan itu, Azhar dan rakan-rakannya berazam untuk membantu Riana untuk mencapai impiannya. Anak jati Sabah ini diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Sabah pada Mei 2011. Pada mulanya, Riana terpaksa menghadapi cabaran sukar. Sebagai seorang yang pendiam dan pemalu (introvert) dan pertama kali berpisah dengan keluarga, beliau sukar menyesuaikan diri di tempat baru, dengan rakan-rakan baru yang tidak kurang hebatnya di sebuah sekolah aliran Sains yang belum pernah ditempuhi sebelum ini.
Ads
Malah, ada guru beliau sendiri yang tidak yakin Riana boleh bertahan di sekolah berkenaan. Namun, berkat usaha, keyakinan diri dan bantuan beberapa pihak, beliau mula mengorak langkah menuju kecemerlangan. Apabila keputusan SPM diumumkan, beliau memperolehi 9A termasuk 5A1 dalam subjek Sains dan Matematik.
Melanjutkan pelajaran ke Korea
Setelah menunggu lama dan mengambil risiko menolak beberapa tawaran belajar di dalam negara, Riana akhirnya ditawarkan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Sebelum itu, dia perlu menjalani kursus persediaan bahasa Korea di INTEC, Shah Alam. Ituah kali pertama dia ke Kuala Lumpur dan menaiki kapal terbang.
Februari 2014 menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya Riana menjejakkan kaki di bumi Korea. Melanjutkan pelajaran di Seoul University dan Inha University, Riana belajar cara kehidupan di sebuah kota metropolitan dan budaya tradisional yang bersimpul dengan cara hidup moden melalui interaksi dengan kawan-kawan, pembacaan dan penggembaraan.
Ads
Disana juga dia terpaksa berhempas pulas bersaing dengan pelajar tempatan dan antarabangsa. Namun, seperti yang dijangka, Riana berjaya meraih anugerah Dean’s List atas keputusan yang cemerlang.
Gadis ini berjaya menghabiskan pengajian pada akhir 2018 dan menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dalam majlis konvokesyen pada Februari 2019.
Riana kini berkhidmat di sebuah syarikat multinasional terkenal dari Jepun dan ditugaskan untuk menjadi penterjermah dan perantara untuk tujuan menggembangkan pasaran produk syarikat tersebut di Korea Selatan.
Ads
Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?
Keazaman dan ketekunan Riana dalam menuntut ilmu membuahkan hasil. Walaupun sudah berjaya, Riana masih lagi merendah diri, bersopan santun dan tidak lalai dengan arus kemodenan. Dia seorang yang amat berdedikasi, rajin dan fokus kepada keinginan tinggi untuk berjaya serta membantu keluarga daripada belenggu kemiskinan.
Tidak ada yang mustahil, korang juga boleh berjaya sekiranya berusaha keras dan tidak menjadikan alasan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk berjaya.
Dalam pada hati teringin untuk berhibur di hujung minggu, sensitiviti masyarakat terhadap pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah di antara Palestin dan Israel tetap dijaga erat oleh KFC Malaysia.
Susulan itu, mereka sebentar tadi mengumumkan penangguhan acara Kepci Music Fest ketiga. Konsert yang sepatutnya dilangsungkan pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) di Arena Larkin dengan kehadiran artis-artis ternama termasuklah Datuk Amy Search dan Dato’ SriSiti Nurhaliza itu ditangguhkan buat masa ini demi menghormati saudara kita yang sedang bergelut di sana.
Menerusi kemas kini di akaun KFC Malaysia, ia memohon maaf kepada semua yang menantikan Kepci Music Fest dan memahami kesulitan yang pastinya dialami oleh semua pihak termasuklah pengunjung, vendor serta mereka yang terlibat dalam penganjurannya.
“Kami berharap untuuk dapat mengumumkan tarikh baru di kepcimusicfest.com pada masa akan datang,” catatnya lagi selain berterima kasih kerana setia meminati jenama KFC.
Dalam pada itu, di pihak selebriti yang dijadualkan untuk menyanyi pada hujung minggu ini pula, mereka turut memohon maaf di atas kesulitan tersebut dan berterima kasih kepada pihak yang menyokong tindakan mereka untuk menangguhkan konsert.
Tinta Datuk Amy Search, “InsyaAllah saya akan bertemu dengan anda semua bila tarikh baharu diumumkan kelak.” Sementara itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula berkata, “Kata sepakat ini dipersetujui (olehnya bersama rakan artis dan penganjur) kerana konflik kemanusiaan yang melanda Timur Tengah. Saya sangat menghargai sokongan dan timbang rasa anda semua.”
Lebih baiklah begini kan? Dengan apa yang berlaku sekarang pun, pastinya ramai dalam kalangan pengunjung yang tidak lagi bersemangat untuk berhibur. Kita jumpa next time ya di Larkin!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin tak ramai yang perasan dengan kelibatan peniaga muda di platform Live Streaming ini.
Kebelakangan ini, ramai orang muda sudah mula memberanikan diri mereka untuk muncul di platform online streaming sama menerusi Instagram Live, Facebook Live, Bigo Live atau Twitter Live untuk mempromosikan produk jualan masing-masing.
Menariknya, kebanyakan daripada mereka ini muncul selepas jam 12 tengah malam kerana pada waktu itulah, pembeli potensi mereka menatap telefon pintar masing-masing sebelum tidur. Kadang-kadang, dah macam tengok GoShop pula tengah-tengah malam.
Tak dapat dinafikan, interaksi di antara peniaga dan pembeli itu menjadi salah satu faktor ia ditonton oleh ramai orang. Kebanyakan peniaga hanya menjadi diri sendiri dan mengetahui kelebihan produk masing-masng.
Melihatkan kepada aktiviti tersebut yang semakin popular; lebih-lebih lagi dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan sekarang di mana ramai orang muda yang kehilangan pekerjaan, hurr.tv mengambil inisiatif memperkenalkan program realiti terbaru, Jual Letop.
Program realiti dalam talian ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu untuk tampil sebagai seorang hos live streamer berkebolehan.
Kata pengacara Jual Letop iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, dia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada program untuk melahirkan bakat baru pengacaraan. Dengan ilmu pengacaraan selama lebih 30 tahun, beliau tak sabar untuk berkongsi pengalaman dan melihat siapa yang berpotensi.
“Nasihat saya, yakin dengan keunikan diri sendiri, always be yourself dan jangan kekok untuk beraksi di hadapan kamera,” tambahnya.
Daripada peniaga online streaming kepada bakal pengacara, not bad right?
Di antara syarat-syarat penyertaan program Jual Letop adalah korang perlu berusia 18 tahun ke atas dan tidak terikat dengan mana-mana agensi bakat. Apa yang perlu korang lakukan adalah merekod diri sendiri mempromosikan barangan dengan durasi tidak melebih 5 minit.
Korang boleh memilih untuk bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Muat naik saja video tersebut di Facebook dan Instagram korang dengan hashtag #hurrtvJualLetop. Tag-kan juga akaun rasmi hurr.tv.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November ini pada jam 6 petang. Peserta yang layak untuk ke peringkat seterusnya akan diminta hadir ke studio untuk mendapat bimbingan eksklusif daripada Pak Nil sendiri.
Di akhir program nanti, hanya 10 orang akan berentap untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000!
Selain menerima hadiah wang tunai, 5 pemenang utama juga akan diberi peluang untuk mengacara di platform hurr.tv. Jom sertai!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah bosan dengan menu nasi berlauk, mungkin ada di antara kita yang teringin nak makan makanan barat.
Jadi kali ini Remaja nak kongsikan dengan korang resipi roti Carbonara yang menggunakan roti dan kuah carbonara yang selalu korang makan dengan pasta tu. Yang pasti kosnya jauh lebih murah dan rasanya setanding makanan barat yang dipesan di restoran. Hiks!
Bahan-bahan:
1 biji bawang holland (1 holland onion)
200g isi ayam cincang (200g ground chicken)
2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
roti sandwich (sandwich bread)
CARA – CARA PENYEDIAAN INTI KARBONARA
1. Tumiskan satu biji bawang holland.
2. Masukkan isi ayam yang telah dicincang dan tumis sehingga garing sedikit.
3. Masukkan dua tin kecil sos karbonara.
4. Masukkan setengah cawan susu segar.
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam bekas atau tupperware.
PENYEDIAAN ROTI GORENG
1. Lenyekkan roti.
2. Letakkan inti carbonara tadi.
3. Lapiskan dengan satu lagi kepingan roti.
4. Tekap roti menggunakan cawan.
5. Anda akan dapat roti berbentuk seperti ini.
6. Pastikan minyak telah betul-betul panas dan goreng.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.