Jika sebelum ini, kalau nak pikat gadis, kaum lelaki kena pandai tackle hati terlebih dahulu. Asalkan mereka selesa dengan lelaki tersebut, mungkin ada chance la mamat tu nak masuk line. Jadi paling penting, buat mereka rasa selesa dulu dengan korang.
Zaman dah berubah, cara tackle hati wanita pun berubah. Baru-baru ini satu kajian mendapati bahawa wanita akan lebih suka dan tertarik kepada lelaki yang kaya, lapor Herald Sun.
Menurut laporan, lelaki yang kaya seperti pemilik Tesla, Elon Musk mendapat maklum balas 3.5 kali lebih banyak dalam platform temu janji dalam talian. Penyelidik mengimbas 1.8 juta profil aplikasi temu janji dari 24 negara dan mendapati bahawa ia sememangnya berlaku di seluruh dunia.
Ads
Foto Via Pexels
“Ramai orang percaya bahawa ini hanyalah stereotaip tetapi kami mendapati bahawa ia merentasi semua budaya dalam kajian sejak 1980-an.
Kajian tersebut menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan dengan balasan dari hati yang sunyi. Walaupun wanita juga mendapat lebih perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan tetapi kesannya lebih kecil.
Berkenaan pendidikan dan wang tunai, maklum balas yang diperoleh lelaki sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah. Bagi wanita, ia adalah 103 peratus.
Ads
“Ia adalah nyata,” kata pakar dalam psikologi evolusi, pensyarah Universiti Swansea, Andrew George Thomas.
Dr Thomas juga berkata internet mendorong kedua-dua jantina ke tahap yang melampau untuk kelihatan kaya bagi menarik perhatian kekasih.
“Manusia nampaknya mempunyai keutamaan terhadap wang dan kekayaan pada pasangan.
“Hal ini kerana ia bertindak sebagai petunjuk moden yang bersifat lebih umum serta keupayaan untuk mendapatkan sumber seperti makanan, tempat tinggal, peralatan dan perlindungan,” katanya.
Ads
Jadi bro, kalau korang dah betul-betul nak ambik hati wanita idaman korang, pastikan ada harta okay! Tapi ini hanyalah kajian, penulis percaya masih ada gadis-gadis yang pentingkan hati daripada harta kekayaan. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Polemik #Undi18 yang masih diperkatakan sekarang nampaknya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penangguhan Undi 18 kepada Septemmber 2022 adalah disebabkan oleh beberapa proses yang perlu mereka laksanakan secara berperingkat.
SPR dalam pada itu didesak untuk mengeluarkan laporan perkembangan perlaksaan pemilih automatik ini bagi membuktikan bahawa usaha itu berjalan secara sistematik di mata rakyat yang menilai.
Apapun, isu ini masih berterusan dan nasib pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun masih samar sekiranya benar Pilihan Raya Umum (PRU) akan dijalankan pada tahun ini. Ia bermakna mereka akan terlepas peluang untuk mengundi buat kali pertama.
Namun begitu, untuk korang yang telahpun berusia 21 tahun ke atas dab masih belum mendaftar sebagai pengundi, lakukan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftar pada hari ini!
Ini kerana nama calon pemilih yang didaftarkan dalam suku pertama tahun ini hanya boleh diluluskan pada bulan Julai kelak. Seandainya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PRU ke-15 pada bulan Ogos ini (seperti spekulasi yang kian kencang diperkatakan), korang masih sempat untuk bergelar pengundi.
Caranya mudah saja, daftarkan akaun dan isi borang A sebagai pengundi baharu. Jangan sesekali lupa untuk mengisi borang A tersebut kerana seseorang tidak akan didaftarkan sebagai pengundi tanpanya.
Semasa mengisi borang, pendaftar akan diminta untuk mengisi penuh, mengambil foto kad pengenalan dan berswafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti.
Bagi mereka yang berkesempatan untuk singgah ke pejabat pos pada hari ini, proses pendaftaran amatlah mudah. Korang hanya perlu ke sana dan katakan ingin mendaftar sebagai pengundi. Pegawai akan meminta Kad Pengenalan dan siap!
Jangan menunggu hingga tarikh 1 April esok kerana nama pemilih akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam pendaftaran suku kedua 2021. Paling awal, pendaftaran tersebut akan lulus pada awal bulan September.
*
Untuk pengetahuan, mereka yang pernah mendaftar sebelum ini tidak dikehendaki untuk mendaftar semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan gesaan rakyat Malaysia agar aktiviti basikal lajak diharamkan di kawasan awam terutamanya di jalan raya demi keselamatan semua pihak, platform beli-belah di atas talian; Shopee telah mengambil tindakan seterusnya dengan menghentikan segala penjualan basikal lajak di platformnya.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, Shopee tidak sesekali membenarkn penjualan apa-apa jenis produk yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pembelinya.
Kata jurucakap Shopee, isu kemalangan melibatkan sekumpulan penunggang basikal lajak selama beberapa kali di Malaysia telahpun dibawa ke perhatian mereka. Justeru, demi mematuhi peraturan tempatan dan dasarnya, pihak Shopee akan membuang semua penyenaraian basikal lajak di platform beli belah itu.
Malah, tindakan sewajarnya juga akan diambil terhadap penjual yang menyalahi undang-undang atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Sekiranya ada dalam kalangan penggunanya yang menemui basikal lajar masih disenaraikan oleh sesetengah peniaga, mereka digalakkan untuk menghubungi Shopee.
“Pengguna boleh menghubungi kami melalui bulatan menu di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk dan klik pada pilihan ‘laporkan produk ini’. Atau pengguna juga boleh menghubungi kami di help@support.shopee.com.my atau talian 03-2777 9222 pada setiap hari,” ujarnya.
REMAJA bersetuju dengan tindakan Shopee ini bagi membendung lebih banyak insiden yang tidak diingini berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia yang teruja dengan aktiviti merbahaya itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, atlet wushu negara, Lee Jia Rong (21), terus mengharumkan nama Malaysia selepas menghadiahkan pingat emas keempat buat kontinjen negara pada Kejohanan Dunia Wushu ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu lalu.
Dalam aksi penuh debaran hari keempat kejohanan, Jia Rong turun beraksi dalam acara Daoshu dan tampil memukau dengan rutin penuh tenaga serta ketepatan. Persembahan mantapnya berjaya mengutip 9.726 mata, sekaligus mengesahkan emas pertama beliau di pentas dunia.
Dalam pada itu, apa yang lebih menarik, markah tersebut turut dikongsi oleh wakil Hong Kong, Michelle Yeun. Namun, kelebihan darjah kesukaran dalam rutin Jia Rong meletakkan atlet muda negara itu di kedudukan teratas podium. Kejayaan ini membuktikan betapa pentingnya aspek teknikal dan kreativiti dalam memenangi hati juri.
Menerusi saingan sengit itu, tempat ketiga menjadi milik atlet Jepun, Kana Ikeuchi, yang hanya ketinggalan tipis dengan catatan 9.723 mata untuk membawa pulang gangsa. Perbezaan tipis antara tiga atlet terbaik memperlihatkan betapa tinggi tahap persaingan di pentas dunia.
Kemenangan ini bukan sahaja melakar sejarah peribadi buat Jia Rong, malah mengangkat lagi martabat skuad wushu Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia juga menjadi pingat emas keempat yang berjaya diraih kontinjen negara dalam kejohanan kali ini, sekaligus memberi bayangan bahawa wushu Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk terus bersaing dengan kuasa besar Asia.
Untuk rekod, emas ini merupakan pingat kedua buat Jia Rong di Brasilia selepas sebelum ini berjaya meraih gangsa dalam acara gunshu. Pencapaian dua pingat dalam satu edisi kejohanan dunia menjadi bukti konsistensi serta keupayaan beliau bersaing di peringkat tertinggi.
Kejayaan atlet muda ini pastinya menjadi inspirasi bukan sahaja buat rakan sepasukan, tetapi juga generasi baharu yang mengintai peluang dalam arena wushu. Dengan semangat juang dan pencapaian luar biasa, Lee Jia Rong kini muncul sebagai antara prospek utama yang bakal terus membawa nama Malaysia di pentas dunia pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!