
Bila ada rakan-rakan yang pergi travel, perkara paling excited yang kita tunggu-tunggu adalah menanti mereka membawa pulang ole-ole dari luar negara.
Bukan sekadar menunggu cenderamata, tapi ramai juga yang teruja bila kawan-kawan belikan makanan yang sedap-sedap dari negara luar. Mana tidaknya, bila kita ke negara lain, sudah tentu banyak perkara yang berbeza dan tidak ada di negara sendiri, terutamanya makanan.
Namun begitu, dalam keasyikan membeli kepelbagaian makanan buat keluarga dan sahabat, adakalanya kita terlupa untuk mengenal pasti sama ada barangan yang dibeli itu halal atau tidak.
Satu perkongsian telah dibuat oleh aidanurariza di laman twitternya berkenaan dengan isu cenderamata dari Jepun didakwa tidak halal, malah sering dibeli oleh masyarakat kita.
Menurut gadis itu, dia memberikan kenyataan itu kerana bimbang status halal produk-produk tersebut diragui.



Tambahnya lagi, Tokyo banana paling confirm tak halal sebab ada liquor di dalam kandungannya.


Status Kit Kat juga diragui

Kalau korang yang nak melancong ke Jepun, boleh download aplikasi Halal Navi untuk mencari info halal. Sangat berguna!

So, lepas ni korang dah tahu la apa yang boleh dan tidak boleh dibeli. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang yang ingin ke Jepun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru Berusia 24 Tahun, Gadis Ini Bongkar Rahsia Untuk Capai Target Beli Rumah

Hampir saja cita-cita untuk memiliki sebuah rumah sendiri punah dek kerana masalah ekonomi negara yang melanda hari ini. Tapi bila terbaca thread yang dikongsi oleh seorang gadis di laman twitter miliknya, tiba-tiba rasa macam peluang cerah kembali.
Dalam masa hanya dua tahun perancangan, Cek Ifa sudah pun membeli rumah di usia 24 tahun. Nak tahu macam mana dia mampu untuk mendapatkan rumah seawal usia remaja? Jom kita baca tip yang telah dikongsi olehnya.
1. Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Even sikit 200 300 pun simpan dalam bank. Biaq ada dalam transaction bank tu duit kluaq masuk. Kalau korang nak amek duit tu pun jangan sampai abes korang amek. Tinggal la sikit dalam bank tu okay?
Make sure korang ada transaction dalam akaun bank okay. But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power sebab bank akan tengok walaupun korang buat bisnes kecik je, tapi diambil kira okay.
2. Duit Over Time (OT) korang setiap bulan tu penting guys. Even korang buat OT ikut mood cam Ifa ni, tapi RM50 pun bank amek kira okay sebagai income kita for that month. Tapi OT ni 3 bulan ja depa kira. Tak da la sampai setahun depa amek kira.
3. Setengah bank depa amek kira ASB loan as an income but ada setengah amek kira as expenses kita tapi nanti last thread ni Ifa akan habaq bank apa yang baguih untuk beli tapi bank yang Ifa pakai ni dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi kat mana income masuk.
Sharing with u guys the view outside of my house..jatuh cinta sbb view n design umah ni cntik sgt ?. pic.twitter.com/uTz2Jcdyax
— Cek ifa (@Cek_Ifa) November 9, 2017
4. Korang carik rumah yang mana developer yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli rumah tu. Memang kita akan ingat alah, semua tu termasuk dalam harga rumah tapi yes kalau korang kira balik sama ja duit korang nak bawa kuar bayaq itu bayaq ini kan?
Maybe rezeki Ifa beli umah ni developer include everything. Free lawyer, dapat rebate 10% from downpayment. Ifa hanya bayaq downpyment 1% ja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Tapi alhamdullilah syukur sangat Allah permudah kan jumpa developer yang best.
5. Orang kata nak beli rumah murah time lagi 2 tahun nak siap masa depa pecah tanah tu dah beli, betoi tu. Masa tu murah korang nak beli rumah. Time Ifa ni, rezeki Ifa dapat dok dah rumah ni sekarang. Beli pertengahan tahun haritu hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin survey nah.
6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai korang tanamkan azam nk beli umah sebelum umur berapa. Ifa setiap tahun sejak umur 19 dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdullilah it’s come true. Before 25 dah dapat. Allah dengaq doa Ifa.
Ifa doakan korang dapat inspirasi dari Ifa. Kalau nak tanya apa-apa dm ja Ifa nah. Insyallah Ifa akan bantu korang. Ifa suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli asset dalam usia muda hasil titik peluh kita. Doakan Ifa juga supaya dapat beli second house before 30. In sha Allah.
Kalau dah rezeki memang tak ke mana. Asal ada usaha dan tawakal, insyaAllah kita juga mampu untuk dapatkannya.
Semoga korang semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Produksi Big Stage Sudah Beri Peserta ‘Guideline’ Berpakaian, Malah Baju COEX Sudah 3 Kali Diminta Tukar?

‘Serangan’ warganet terhadap beberapa peserta program nyanyian Big Stage 2023 hujung minggu lalu hadir dengan alasan kukuh dan bukannya tanpa asas.
Cumanya, bukan kualiti persembahan dan vokal yang diserang. Sebaliknya, isu kod pemakaian sesetengah peserta sewaktu program siaran langsung itu telah menjadi topik perdebatan di platform media sosial.
Antara nama-nama yang terpalit termasuklah Nadeera Zaini dan kumpulan COEX. Tentunya soal pemakaian bersesuaian lebih terarah kepada penghibur wanita kerana sensitiviti masyarakat di Malaysia yang mengamalkan pemakaian bersederhana (biarpun Naufal Azrin juga tidak terlepas daripada ‘serangan’ warganet pada konsert minggu pertama dan kedua).
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Lagi Orang Islam Dan…” -Naufal Azrin Tampil Jawab ‘Kontroversi’ Penampilan Nampak Dada & Lengan – REMAJA
Pemakaian Nadeera umpamanya dikritik kerana tidak menepati syariah sewaktu mendendangkan lagu Rahmatun Lil ‘Alameen nyanyian asal Maher Zain.
Lagu berbentuk kerohanian yang memuji Rasulullah SAW itu dipilih Nadeera untuk lari daripada tema klise percintaan sesama manusia dan niatnya adalah untuk meluahkan rasa cinta kepada baginda Nabi tersayang.

Namun sayangnya, soal pemakaian Nadeera pula yang dilihat tidak bersesuaian sekaligus dijadikan isu.
ARTIKEL BERKAITAN: Akui Khilaf Berpenampilan Tak Sesuai Dendangkan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf – REMAJA
Buat kumpulan COEX pula yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan; penampilan babak kedua persembahan setelah mereka menanggalkan gaun perkahwinan serba putih tidak boleh diterima oleh majoriti penonton.
Ditambah pula dengan gaya tarian yang dirasakan mengundang kritikan dan tidak sesuai bagi tontonan umum; COEX terpaksa menelan segala cercaan warganet terutamanya di laman Twitter dan TikTok.
REMAJA mendapatkan respon balas penerbit Big Stage musim kelima, Firdaus Mahadi mengenai isu pola pemakaian pesertanya bagi musim ini. Tidakkah mereka melalui fasa ‘mengimbas’ persalinan para peserta sebelum malam persembahan?

“Sebenarnya, setiap kali melakukan full-dress rehearsal, kita memang akan lakukan wardrobe & makeup check.
“Bagi pasukan Nadeera, bajunya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Astro dan pasukan wardrobe Nadeera) di mana kita nasihatkannya untuk tone down her look. itu adalah gaya terbaik yang Nadeera boleh berikan kepada kami.”

“Bagi COEX pula, kita juga sudah screening semalam. Pakaian mereka pada ini sebenarnya adalah versi ketiga selepas kita nasihatkan untuk tukar.
Versi akhir ini sudah tone down banyak di bahagian-bahagian yang perlu. Cuma saya rasa, netizen judge berdasarkan tarian mereka dan itu yang membuatkan persembahan mereka menonjol ke arah sebegitu,” ulas Firdaus.
Dalam pada itu, Firdaus mewakili pihak produksi Big Stage 2023 tetap akan mengambiil teguran warganet dan menambah baik soal pemakaian peserta demi kelangsungan program.
BACA LAGI: Sakit Tekak Punca Naufal Azrin Tidak ‘All Out’, Tapi Puas Hadiahkan Lagu Buat Arwah Ayah – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 24 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse'](https://cdn.remaja.my/2018/11/SMSV_UK_QUAD_TSR_FLYNG_05-1.jpg)
Siapa je tak kenal dengan karakter Spider-Man yang menjadi ikon syarikat komik gergasi dunia, Marvel. Karakter yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko ini menjadi antara watak komik paling popular pernah diperkenalkan.
Maka tak hairanlah pelbagai variasi karakter Spider-Man menerusi komik, animasi, siri TV dan juga filem telah diperkenalkan kepada peminat.
Kebiasaannya kita hanya melihat watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man di dalam filem. Tapi tahukah korang bahawa di dalam komik dan juga beberapa siri animasi terdapat pelbagai variasi karakter yang menjadi Spider-Man dengan universe berbeza?
Itulah yang bakal kita tonton di dalam filem terbaru ‘Spider-Man:Into teh Spider-Verse’. Filem terbaru ini dipersembahkan kepada penonton di dalam bentuk animasi komputer berdasarkan karakter Miles Morales yang menjadi Spider-Man. Menariknya di dalam filem ini terdapat lima lagi Spider-Man daripada ‘Spider-Verse’ berbeza turut melakukan kemunculan.
Jom kita lihat kesemua ‘Spider-people’ yang muncul di dalam filem ini berdasarkam trailernya.
PETER PARKER – SPIDER-MAN
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 25 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-The-Spider-Verse-Peter-Parker.jpg)
Spider-Man yang telah kita kenal sejak zaman-berzaman ini turut muncul di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’. Menerusi filem ini, Peter kelihatan sebagai seorang lelaki dewasa yang mungkin dalam usia 40-an. Karakter ini juga dipercayai datang dari kesinambungan ‘Spider-Man 3’ yang dilakonkan oleh Tobey Maguire dahulu.
MILES MORALES – ULTIMATE SPIDER-MAN
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 26 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-The-Spider-Verse-Miles-Morales.jpg)
Karakter utama di dalam filem ‘Spider-Man: Into The Verse’, Miles Morales merupakan seorang remaja yang mempunyai cita-cita tinggi dan mengidolakan Spider-Man. Sebagai protagonis, filem ini membawa pengembaraan Miles dalam mencari identiti barunya sebagai seorang superhero.
GWEN STACY AKA SPIDER-GWEN
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 27 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-The-Spider-Verse-Gwen-Stacy.jpg)
Pernah tak korang bayangkan bagaimana jika bekas teman wanita Spider-Man iaitu Gwen Stacy digigit oleh labah-labah beradioaktif? Well, this is the answer! Berdepan dengan pelbagai dugaan semasa membesar membuatkan Gwen ingin menggunakan kuasanya ke arah kebaikan.
1930S PETER PARKER – SPIDER-MAN NOIR
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 28 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-The-Spider-Verse-Spider-Man-Noir.jpg)
Pada tahun 2009, Marvel telah mengeluarkan beberapa siri komik menggunakan karakter popular mereka di dalam versi zaman 1930-an dengan genre noir. Spider-Man Noir yang hidup pada era tersebut tampil dengan pakaian berbeza iaitu dengan kot labuh dan bertopi. Karakter ini juga pernah muncul di dalam permainan video PlayStation dan juag diabadikan dalam bentuk figura Hasbro.
PENI PARKER AKA SP//DR
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 29 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-The-Spider-Verse-Peni-Parker.jpg)
Menerusi realiti Peni Parker, makcik dan pakciknya merupakan saintis yang membina sbeuah sut cybernatics dikenali sebagai SP//dr. Bapanya pula meninggal dunia ketika melakukan ujian ke atas sut tersebut. Pada usia sembilan tahun, Peni menjadi seorang kanak-kanak berani yang mempertahankan dunianya daripad apelbagai ancaman musuh.
PETER PORKER – SPIDER-HAM
![[CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem 'Spider-Man: Into The Verse' 30 [CONTEST] Kenali 6 Versi Spider-Man Di Dalam Filem ‘Spider-Man: Into The Verse’](https://cdn.remaja.my/2018/11/Into-the-Spider-Verse-Spider-Ham.jpg)
Ini pula versi parodi Spider-Man yang dibayangkan wujud dalam dunia sebenar! Peter Poker dilahirkan sebagai seekor labah-labah namun selepas terdedah kepada sinaran radioaktif dari saintis, May Porker dia telah berubah menjadi separuh khinzir dan separuh labah-labah.
MENANGI TIKET TAYANGAN REMAJA x ‘Spider-Man:Into teh Spider-Verse’
Tarikh: 4 Disember 2018
Masa: 9pm
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Bagaimana nak menang?
1 – SHARE posting ini ke laman media sosial (FB, Twitter atau Instagram)
2 – JAWAB soalan kemudian copy & paste link posting sharing korang ke ruang disediakan dalam borang di bawah
3 – Dan hashtag #MajalahRemaja #Remaja #WayangRemaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

