Hampir saja cita-cita untuk memiliki sebuah rumah sendiri punah dek kerana masalah ekonomi negara yang melanda hari ini. Tapi bila terbaca thread yang dikongsi oleh seorang gadis di laman twitter miliknya, tiba-tiba rasa macam peluang cerah kembali.
Dalam masa hanya dua tahun perancangan, Cek Ifa sudah pun membeli rumah di usia 24 tahun. Nak tahu macam mana dia mampu untuk mendapatkan rumah seawal usia remaja? Jom kita baca tip yang telah dikongsi olehnya.
1. Guys, simpan duit niaga tu dalam bank korang. Even sikit 200 300 pun simpan dalam bank. Biaq ada dalam transaction bank tu duit kluaq masuk. Kalau korang nak amek duit tu pun jangan sampai abes korang amek. Tinggal la sikit dalam bank tu okay?
Make sure korang ada transaction dalam akaun bank okay. But better lagi kalau korang ada bisnes punya akaun. Lagi power sebab bank akan tengok walaupun korang buat bisnes kecik je, tapi diambil kira okay.
2. Duit Over Time (OT) korang setiap bulan tu penting guys. Even korang buat OT ikut mood cam Ifa ni, tapi RM50 pun bank amek kira okay sebagai income kita for that month. Tapi OT ni 3 bulan ja depa kira. Tak da la sampai setahun depa amek kira.
Ads
3. Setengah bank depa amek kira ASB loan as an income but ada setengah amek kira as expenses kita tapi nanti last thread ni Ifa akan habaq bank apa yang baguih untuk beli tapi bank yang Ifa pakai ni dia kira ASB loan as expenses. So kena korek lagi kat mana income masuk.
Sharing with u guys the view outside of my house..jatuh cinta sbb view n design umah ni cntik sgt ?. pic.twitter.com/uTz2Jcdyax
4. Korang carik rumah yang mana developer yang tanggung kos lawyer, kos segala mak nenek kos untuk beli rumah tu. Memang kita akan ingat alah, semua tu termasuk dalam harga rumah tapi yes kalau korang kira balik sama ja duit korang nak bawa kuar bayaq itu bayaq ini kan?
Ads
Maybe rezeki Ifa beli umah ni developer include everything. Free lawyer, dapat rebate 10% from downpayment. Ifa hanya bayaq downpyment 1% ja dari downpayment sebab dapat rebate bapak banyak gila. Tapi alhamdullilah syukur sangat Allah permudah kan jumpa developer yang best.
5. Orang kata nak beli rumah murah time lagi 2 tahun nak siap masa depa pecah tanah tu dah beli, betoi tu. Masa tu murah korang nak beli rumah. Time Ifa ni, rezeki Ifa dapat dok dah rumah ni sekarang. Beli pertengahan tahun haritu hujung tahun dah boleh duduk. Tapi korang kena rajin survey nah.
Ads
6. Last sekali, korang tanamkan azam setiap tahun walaupun tak capai korang tanamkan azam nk beli umah sebelum umur berapa. Ifa setiap tahun sejak umur 19 dah tanam azam nak beli rumah sebelum umur 25 dan Alhamdullilah it’s come true. Before 25 dah dapat. Allah dengaq doa Ifa.
Ifa doakan korang dapat inspirasi dari Ifa. Kalau nak tanya apa-apa dm ja Ifa nah. Insyallah Ifa akan bantu korang. Ifa suka tengok anak-anak muda ada matlamat dan beli asset dalam usia muda hasil titik peluh kita. Doakan Ifa juga supaya dapat beli second house before 30. In sha Allah.
Kalau dah rezeki memang tak ke mana. Asal ada usaha dan tawakal, insyaAllah kita juga mampu untuk dapatkannya.
Semoga korang semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain menampilkan hero dan heroin hebat tanah air, filem terbaharu berjudul Imaginur arahan Nik Amir Mustapha turut menjadi fenomena dan melakar sejarah tersendiri kerana jalan ceritanya yang berlainan dan menarik.
Selain itu, apa yang menariknya yang para penonton baru tahu mengenai poster utama karya hebat itu adalah hasil suntingan bukan sahaja dari sudut ‘text‘, namun figura yang terpampang di atas poster tersebut.
Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya (@chuha.fox), dia mendedahkan rupanya pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy tidak memegang tangan aktres jelita, Diana Danielle dalam poster berkenaan.
Dalam hantaran video pendek tersebut, poster itu memaparkan pelakon berusia 43 tahun itu sedang memegang tangan Diana namun rupa-rupanya, ia hanyalah suntingan (edit) semata-mata dan sebenarnya aktor itu memegang tangan seorang lelaki.
“Patutlah Beto Khusyairi tak nak pegang tangan Diana Danielle. Rupanya poster itu edit sahaja.. baru tahu,” coret pemilik video tersebut di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal pula babak Beto memeluk Diana adakah ia hanyalah suntingan juga atau benar-benar dilakukan.
Namun begitu, ada segelintir pengguna yang berpendapat dan menegaskan bahawa babak tersebut juga adalah hasil suntingan, dimana Beto memeluk seorang lelaki kemudiannya disunting menggunakan teknologi yang disediakan oleh pihak produksi.
Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pelakon filem popular Mat Kilau itu yang sentiasa menjaga batasnya ketika berlakon dengan wanita lain memandangkan mahu menjaga perasaan dan hati seorang insan yang bergelar isteri.
Terkini, hantaran video tersebut menerima lebih satu juta jumlah tontonan dan lebih 60 ribu tanda suka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail yang meninggal dunia pada pagi Rabu di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.
Menurut kenyataan ahli keluarga, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8.30 pagi. Berita duka itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan ringkas yang dikongsikan kepada umum.
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun, Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan tersebut.
Isma Aliff meninggal pada usia 62 tahun.
Sementara itu, menurut adik Allahyarham yang dikenali sebagai Angah memaklumkan, Isma Aliff sudah lama berdepan masalah kesihatan dan keadaannya dilaporkan semakin merosot sejak seminggu lalu.
Isma Aliff (62) merupakan antara figura popular era 1980-an yang mewarnai dunia hiburan menerusi pelbagai drama, filem dan program hiburan. Selain bergelar pelakon dan penyanyi, Allahyarham juga aktif sebagai pelawak serta pengacara.
Beliau sering digandingkan bersama rakan-rakan komedi tanah air pada zaman kegemilangannya, sekaligus mencipta momen hiburan yang masih diingati peminat sehingga kini.
Kredit foto: FB SIAR
Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.
Pemergian Isma Aliff pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan artis serta peminat yang membesar dengan karya dan jenaka beliau, sekaligus menutup satu lagi lembaran penting dalam sejarah hiburan tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahap kesihatan penyanyi popular antarabangsa, Celine Dion kini semakin merosot apabila dia dilaporkan hilang keupayaan mengawal ototnya selepas setahun mendedahkan menderita sindrom orang kaku.
Memetik laporan E! Online, kakaknya, Claudette memaklumkan penyanyi bersuara emas itu tidak boleh mengawal sebahagian pergerakan yang menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada bantuan orang sekeliling.
“Tidak ada lagi kawalan atas otot-ototnya. Apa yang paling menyedihkan dia mempunyai disiplin hidup yang tinggi. Impiannya kini adalah untuk kembali ke pentas semula, menghiburkan peminat setianya.
“Itu juga harapan kami, tetapi kemampuan itu tiada. Dia sentiasa bekerja keras. Ibu kami selalu berpesan, dia akan jadi seorang yang berjaya,” kongsinya.
Menurut kakak pelantun lagu hit The Power Of Love itu lagi, dia kini di bawah pengawasan doktor dan dijaga rapi oleh adiknya, Linda di kediamannya di Las Vegas.
Terdahulu, penyanyi legenda itu terpaksa membatalkan siri konsert Courage World Tour tahun lalu selepas menghidap penyakit tersebut.
Menerusi sebuah hantaran di platform Instagramnya, Celine Dion menzahirkan permohonan maaf kerana terpaksa membatalkan konsert tersebut dan akan berusaha untuk kembali pulih secepat mungkin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!