
Bila sakit kepala biasanya apa yang korang buat? Makan ubat? Itu dah jadi perkara biasa bagi masyarakat kita kan. Sakit kepala je, telan panadol.
Sebenarnya banyak sangat makan ubat tanpa minum air kosong secara kerap pun tak elok sangat. Jadi kalau nak elakkan daripada makan pil tahan sakit, apa kata korang cuba teknik perubatan Cina yang telah dikongsi oleh Adya Yasmin ini.
Sebagai ikhtiar boleh je kalau korang nak cuba. Katanya memang mujarab. Jom baca thread yang dikongsi di laman twitternya.

1. Yintang Point

2. Zan Zhu Points


3. Yingxiang Points

4. Tian Zhu Points

5. Shuai Gu Points

6. He Gu Points

Lepas ni kalau sakit kepala boleh la cuba. Tapi kalau tak elok-elok juga, korang terus pergi jumpa doktor ok? Bukan apa, ini hanyalah sekadar ikhtiar. Kalau masih tak baik, lebih baik pergi rujuk pada yang pakar. Takut ada masalah lain pula nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dikatakan Tidak Terkenal Sebagai Miss Universe, Harnaaz Sandhu Dituduh Sengaja Gemuk Demi Populariti

Satu detik memalukan dan kekok telah berlaku kepada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu saat dia membuat kemunculan di sidang media Miss Universe Vietnam 2022 yang berlangsung di Bandar Ho Chi Minh.
Dalam majlis yang turut disertai oleh Miss Universe 2018, Catriona Gray dan Miss Universe 2005, Natalie Glebova itu, seorang wartawan telah bertanya soalan dengan sangat kasar dan dianggap tidak sesuai.

Soalnya kepada Harnaaz, “Sejujurnya apabila anda menang tidak banyak perhatian diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun kisah kenaikan berat badan anda telah menjadi perhatian dunia dan kisah tersebut diperkatakan lebih lama berbanding kisah ketika salah juara diumumkan pada 2015.
“Saya musykil, adakah anda dengan sengaja menaikkan berat badan semata-mata mahu menjadi terkenal seantero dunia?

Namun begitu, soalan tersebut telebih dahulu dipintas oleh direktor nasional Miss Universe Vietnam, Hoang Tran Viet Bao, yang mana beliau bertanyakan sama ada wartawan tersebut ada soalan lain kerana soalan yang ditanyakan tidak sopan.
Wartawan tersebut mempertahankan keputusannya untuk bertanya soalan tersebut dan menyamakan kejadian yang berlaku kepada Miss Universe 1996, Alicia Machado yang terpalit kontroversi kerana dia menjadi gemuk selepas memenangi mahkota.
ARTIKEL BERKAITAN: Dari Seorang Atlet Ke Ratu Cantik, Transformasi Naib Juara Miss Global 2022 Tuai Pujian

Ujarnya, “Tidak, saya mahu mendengar sendiri jawapan dari Harnaaz kerana paa 1996, ada juga Miss Universe yang mengalami masalah berat badan, jadi saya ingin dengar apakah mesej yang dia ingin sampaikan.”
Apabila dia berkeras mahukan jawapan, salah seorang wartawan lain yang turut berada di sidang media tersebut menempelak soalan yang ditanya kerana ia menjatuhkan maruah wartawan seolah-olah tidak berpengetahuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu Hidapi ‘Celiac Disease’. Kenali Penyakit Autoimun

“Tentang soalan yang ditanya, terutamanya kepada tetamu antarabangsa, mereka akan mengatakan yang kita kurang pengetahuan. Bukankah Harnaaz sudah dijelaskan sebelum ini yang kenaikan berat badannya disebabkan penyakit celiac yang dihidapinya. Dia bukan melakukan perkara ini dengan sengaja,” kongsi wartawan tersebut yang kurang senang dengan soalan yang diajukan oleh rakan wartawan tempatannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Perkara-Perkara Yang Korang Kena Tahu Tentang Haid Tidak Teratur

Bila bergelar seorang perempuan, ada beberapa perkara yang sering merisaukan mereka. Antaranya adalah bila haid tidak keluar pada bulan tertentu.
Kita sudah sedia maklum, perempuan akan didatangi haid setiap bulan. Jadi bila ada hari-hari yang sepatutnya sudah haid, tapi tidak muncul juga, ini yang merisaukan kaum Hawa.
Perkara pertama yang biasanya mereka fikir adalah “Adakah situasi ini normal?”
Jadi, untuk menjawab segala kekusutan, berikut merupakan 10 perkara tentang masalah lambat datang haid yang korang kena tahu menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obsterik & Ginekologi.
1. Perlu tahu corak haid
Setiap perempuan mempunyai corak haid yang berlainan. Kalau nak tahu apa yang normal untuk korang, catat hari datang haid pada calendar dan juga tarikh bila haid berhenti. Kenal pasti corak haid korang, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengaj bulan sementara menunggu haid yang berikutnya.

2. Jangan malu bertanya pada doktor
Jika mengalami perubahan yang dirasakan tidak normal untuk kitaran haid pada bulan tersebut, korang boleh terus tanya kepada doktor. Haid tidak teratur mungkin menandakan tanda-tanda mencapai umur menopos (bagi wanita berusia) atau ada sesuatu yang tidak kena pada perubahan hormon.
3. Hamil- sebab biasa haid tidak datang
Bagi korang yang dah berkahwin, sebab ini mungkin tidak memeranjatkan. Pada awal kehamilan, sesetengah perempuan mengalami pendarahan yang boleh menyebabkan kekeliruan sama ada ianya haid atau tidak.

4. Penyusuan badan
Sekiranya korang sudah bergelar sebagai ibu dan menyusukan anak, hormone di dalam badan korang lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu. Ada juga sesetengah ibu menyusu yang langsung tidak datang haid sehingga setahun atau dua tahun.
5. Masalah kesihatan yang berkaitan
Masalah seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal merupakan antara gejala yang perlu mendapatkan doktor untuk memastikan korang tidak mengalami masalah kesihatan.
Obesiti juga boleh menyebaban ketidakseimbangan hormone estrogen di dalam badan wanita dan seterusnya menyebabkan gangguan pada kitaran haid.
6. Tekanan emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. Kalau korang melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan seperti over exercise, kehilangan berat badan yang banyak atau menghadapi masalah pemakanan turut menjadi sebab kepada masalah ini.

7. Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat yang korang ambil boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan dan pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.
Korang kena tahu, jamu-jamu tradisional atau ubat kurus juga boleh menyebabkan gangguan kitaran haid ini.

8. Korang tetap subur walaupun haid tidak teratur
Mesti ada yang risau dan tertanya-tanya kalau mempunyai masalah haid tidak teratur, adakah bermaksud korang tidak subur atau tidak boleh mengandung?
Nah, doktor telah menjelaskan walaupun tidak datang haid, tidak bermakna korang tidak subur. Dapatkan nasihat doktor untuk penjelasan ini.
9. Mungkin juga sukar untuk hamil
Walaupun doktor telah menjelaskan bahawa tak datang haid tidak bermakna korang tidak subur, tapi kejayaan untuk hamil kadang-kadang agak sukar. Rawatan tetap ada untuk yang menghadapi masalah seperti ini. Jangan risau, dapatkan saja nasihat daripada doktor.
10. Menopos
Putus haid atau menopos adalah keadaan dimana seorang wanita itu tidak lagi datang haid. Purata umur mencecah 50 tahun dan untuk korang tak perlulah nak risau tentang ini. Namun begitu, ia tetap juga penting sebagai panduan untuk korang kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
QASRINA QARIM Elak Minum Susu Untuk Kulit Wajah Bebas Jerawat

Qasrina Karim antara nama selebriti muda yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan. Beliau bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana keperibadian yang menarik.
Mempunyai arah kacukan Melayu dan Irish. Beliau dikenali dengan lesung pipit dan senyumannya yang manis.

Beauty with brain
Beauty with brain, si cantik ini juga pemegang segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Miliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
‘Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.’ ujarnya.

Elak Minum Susu
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
‘Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat’
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.

Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
‘Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri’
Fakta Menarik Tentang Qasrina Karim
- Merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang Komunikasi. Membantunya untuk lebih memahami dan menguasai bidang lakonan serta komunikasi dengan lebih baik.
- Qasrina mula dikenali melalui lakonan dalam drama televisyen. Beliau pernah membintangi beberapa drama popular yang berjaya menaikkan namanya dalam industri. Antaranya adalah drama “Cinta Sekali Lagi” dan “Budak Tebing”.
- Selain daripada berlakon, Qasrina juga aktif sebagai model dan influencer. Pengaruhnya di media sosial menjadikannya seorang duta produk yang diminati banyak jenama.
- Qasrina dikenali dengan personaliti yang mesra dan mudah didekati.
- Beliau juga aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Qasrina sering terlibat dalam program-program amal dan suka membantu mereka yang memerlukan.
- Qasrina juga mempunyai minat yang mendalam dalam seni lain seperti menari dan menyanyi. Beliau sering memuat naik video pendek yang menunjukkan bakatnya dalam bidang-bidang ini di media sosial.
- Beliau sering dilihat cantik semulajadi tanpa solekan.
- Qasrina sering dijadikan inspirasi oleh anak-anak muda yang ingin menceburi bidang seni.
Wajahnya yang seiras dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.Qasrina Karim adalah contoh terbaik seorang selebriti muda yang berjaya dalam karier dan kehidupan peribadi.
BACA LAGI : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor
Sumber gambar: Instagram Qasrin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

1. Yintang Point