Qasrina Karim antara nama selebriti muda yang semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan. Beliau bukan sahaja dikenali kerana bakat lakonannya, tetapi juga kerana keperibadian yang menarik.
Mempunyai arah kacukan Melayu dan Irish. Beliau dikenali dengan lesung pipit dan senyumannya yang manis.
QASRINA QARIM
Beauty with brain
Beauty with brain, si cantik ini juga pemegang segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Miliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
‘Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.’ ujarnya.
QASRINA QARIM
Elak Minum Susu
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Ads
‘Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat’
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Ads
QASRINA QARIM
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
‘Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri’
Merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang Komunikasi. Membantunya untuk lebih memahami dan menguasai bidang lakonan serta komunikasi dengan lebih baik.
Qasrina mula dikenali melalui lakonan dalam drama televisyen. Beliau pernah membintangi beberapa drama popular yang berjaya menaikkan namanya dalam industri. Antaranya adalah drama “Cinta Sekali Lagi” dan “Budak Tebing”.
Selain daripada berlakon, Qasrina juga aktif sebagai model dan influencer. Pengaruhnya di media sosial menjadikannya seorang duta produk yang diminati banyak jenama.
Qasrina dikenali dengan personaliti yang mesra dan mudah didekati.
Beliau juga aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Qasrina sering terlibat dalam program-program amal dan suka membantu mereka yang memerlukan.
Qasrina juga mempunyai minat yang mendalam dalam seni lain seperti menari dan menyanyi. Beliau sering memuat naik video pendek yang menunjukkan bakatnya dalam bidang-bidang ini di media sosial.
Beliau sering dilihat cantik semulajadi tanpa solekan.
Qasrina sering dijadikan inspirasi oleh anak-anak muda yang ingin menceburi bidang seni.
Wajahnya yang seiras dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.Qasrina Karim adalah contoh terbaik seorang selebriti muda yang berjaya dalam karier dan kehidupan peribadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selari dengan kemunculan filem paling dinanti-nantikan awal tahun ini iaitu Godzilla vs Kong, Uniqlo Malaysia telahpun mengeluarkan merchandise yang wajib dimiliki oleh semua peminat dua titan bersejarah dalam dunia perfileman itu.
Koleksi baju T di bawah rangkaian UT ini telahpun menemui stor Uniqlo dan dijual secara maya sejak beberapa minggu yang lalu dan hasilnya ternyata tidak mengecewakan.
Sebanyak sepuluh rekaan menarik boleh dipilih oleh korang dan setiap satu daripada mempunyai keistimewaan rekaan yang tersendiri.
Ada di antaranya yang menampakkan babak menarik daripada filem tersebut.
Sekiranya korang lebih meminati rekaan berasaskan perkataan (font) filem tersebut, korang boleh memilih tiga warna baju T berbeza iaitu biru, coklat keperangan dan biru tua.
Paling penulis gemari adalah baju T hijau zaitun ‘Mothra Against Godzilla’ yang kelihatan retro.
Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi untuk korang kumpulkannya sebagai merchandise.
Siapa kata penyakit jantung hanya akan menyerang golongan tua, ia memang benar-benar silap. Serangan jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah penyakit ini juga boleh menyerang golongan yang lebih muda.
Jangan pelik sekiranya korang melihat individu yang aktif bersukan juga tidak terkecuali terkena serangan jantung ini. Seperti apa yang dikongsi oleh seorang pemuda di Twitter yang dikenali sebagai Abeden Mung, setelah genap sebulan mengalami serangan jantung, dia mengambil keputusan untuk berkongsi kisahnya kepada umum tentang pengalaman yang dihadapinya.
Gambar hiasan
Mengakui dirinya seorang yang aktif bersukan, jaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang boleh dikatakan agak baik, Abeden tidak menyangka bahawa dia juga mengalami masalah gangguan kesihatan ini.
Dua minggu sebelum terkena serangan, lelaki ini mengakui bahawa dia sudah berasa lain macam dengan masalah peribadi yang dihadapinya membuatkan tahap breakdown menjadi teruk dan rasa ingin berputus asa. Hari demi hari, dia terasa seperti anxiety dan berdebar-debar.
Namun begitu..
Pada ketika itu, dia langsung tidak terfikir apa-apa dan beranggapan ia mungkin kerana penat atau rasa mual kerana minum kopi dan makan telur separuh masak pagi tadi. Sejam kemudian, lelaki ini muntah dengan banyak dan menghubungi jirannya untuk meminta bantuan.
Serangan kedua
Doktor datang pada lewat malam itu dan mengatakan ia adalah kerana merokok dan juga punya sejarah keluarga. Arwah ibu Abeden meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Kawan-kawan dan keluarga sampai ke hospital tetapi pada masa itu dia sudah tahu keadaan tidak lagi sama seperti dahulu. Hanya yang pernah mengalami serangan jantung sahaja yang akan faham situasinya ketika itu.
Apa yang disimpulkan, merokok hanyalah membawa kepada punca dan baginya, kerana terlalu pendam masalah dan banyak fikirkan masalah adalah antara penyebab serangan tersebut. Ditambah pula dengan faktor-faktor lain seperti merokok dan pemakanan, ia jadi penyebab kepada serangan ini.
So guys, jangan ingat korang masih muda terlepas daripada serangan jantung ya. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dan paling penting, berhenti merokok dan amalkan gaya hidup sihat.
Ketahui juga tanda-tanda serangan jantung seperti berikut:
• Sakit di tengah dada, mencucuk, rasa berat seperti dihempap batu, sakit merebak ke bahu dan kiri hingga rasa kebas
Selalu kita nampak Camila di karpet merah dan award show dengan muka yang disolek mampan.
Namun hakikatnya, di sebalik semua teknik solekan itu, Camila merupakan antara selebriti Hollywood yang mempunyai kulit wajah paling bersih dan cantik!
Jika Camila tak terikat dengan persembahan pentas, penggambaran ataupun hal berkaitan kariernya, dia lebih selesa tidak memakai solekan terus. Itu adalah salah satu sebab mengapa kulitnya cantik secara semula jadi. Bahan kimia pada solekan kan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada kulit.
Bukan itu saja, baru-baru ini dia juga telah membongkarkan rahsia mengenai rutin kecantikannya. Tak perlukan treatment mahal pun di spa. Camila lebih sukakan cara DIY di rumah.
Dia selalu menggunakan masker putih telur untuk disapu pada wajah. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.
“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.
Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.
“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci.”
OKAY, kami akan cuci muka setiap malam sebelum tidur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!