Bagi individu yang sedang mencari telefon pintar yang menawarkan banyak ciri-ciri menarik dengan harga yang berbaloi, HUAWEI baru sahaja melancarkan telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket.
HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, manakala HUAWEI P50 Pocket pula meggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.
HUAWEI P50 Pro
Hadir dengan dua pilihan warna, Cocoa Gold dan Golden Black, HUAWEI P50 Pro dilengkapi skrin dan bateri yang lebih besar, namun reka bentuknya tetap langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Bukan itu sahaja, sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.
Ads
HUAWEI P50 Pocket
Telefon pintar lipat ini menggunakan reka bentu dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50, menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna eksklusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.
Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain. HUAWEI P50 Pocket mampu menangkap butiran dengan lebih perinci dan menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.
Ads
Pendek kata, gambar korang akan jadi lebih jelas dan cantik. Sesuai sangat untuk anak muda yang sering merakam foto menerusi telefon pintar.
Mesti korang nak tahu berapa pula harganya kan?
Ads
Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022, manakala HUAWEI P50 Pocket (putih) berharga RM5,999 dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium (Premium Gold) berharga RM7,299.
Ha, berbaloi kan? Pilihlah telefon pintar yang sesuai dengan bajet korang okay.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas Singapura dan Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang mempunyai cawangan Apple Store, khabarnya negara kita akhirnya akan menerima Apple Store seawal tahun 2022 nanti.
Menurut laporan daripada The Edge, besar kemungkinan ia akan dibuka di The Exchange, sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange. Perbincangan antara pihak Apple dan The Exchange masih lagi dilakukan, namun keputusan muktamad belum lagi dibuat. Masih banyak perkara yang harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.
The Exchange dilihat sebagai lokasi paling sesuai dengan perancangan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. Bangunan ini dibina untuk melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Green Building Index (GBI) untuk memastikan ia benar-benar lestari.
Operasinya juga mensasarkan untuk sentiasa neutral karbon dengan segala sisa dikitar atau digunakan semula.
Setakat ini, tiga Apple Store yang ada di Asia Tenggara terletak di Orchard Road dan dua lagi di Thailand, Iconsiam dan Central World.
Pastinya pengikut setia Apple di Malaysia sudah tidak sabar dan teruja menantikan jawapan sama ada Apple Store benar-benar akan membuka cawangannya di negara kita atau tidak.
Zaman sekarang ini macam-macam jenis manusia yang sanggup menipu demi kepentingan sendiri. Ada yang salah menggunakan kebijaksanaan dengan menggodam akaun bank individu lain dan memindahkan wang ke akaun mereka.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang transaksi e-dompet dan kaedah e-pembayaran melalui sambungan WiFi awam. Menurut Ketua Pembangunan Kriptohrafi CyberSecurity Malaysia, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabkan data peribadi atau semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi.
Masyarakat perlu lebih berwaspada mengenai kemungkinan penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah. Sebagai contoh, jika korang berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’ atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi untuk membuat korang percaya yang korang menggunakan WiFi yang sah.
Disebabkan kekeliruan inilah yang boleh menyebabkan pengguna terpedaya ke dalam perangkap mereka. Oleh itu, selepas ini korang perlu lebih berhati-hati dan elakkan menggunakan WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan.
Diingatkan juga, korang perlu berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial yang menyasarkan mangsa melalui panggilan telefon, mesej pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat. Disebabkan kekurangan maklumat, kita mungkin tidak menyedari serangan itu, terutamanya apabila korang menerima panggilan telefon dan menjawab soalan mengenai maklumat peribadi tanpa mengetahui orang itu adalah penipu atau berpura-pura menjadi pihak berkuasa, wakil bank atau polis.
Rupa-rupanya guna WiFi awam pun sudah tidak selamat sekarang. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menggunakan WiFi diluar melainkan WiFi itu mempunyai kata laluan yang diberi oleh premis.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Komplikasi yang dihadapi oleh jenama telefon pintar keluaran China, Huawei dan Honor menarik perhatian ramai penggunanya sejak semalam.
Ini berikutan tindakan Amerika Syarikat untuk menggantung operasi perniagaan syarikat tersebut daripada hubungan perdagangan mereka.
Ini memaksa pengguna Huawei dan Honor baharu untuk terpaksa berpuas hati tanpa aplikasi daripada Google, Android, Intel, Qualcomm, Broadcom dan beberapa lagi aplikasi penting.
Bagaimanapun, China mahupun Huawei tidak sesekali mudah melatah dan membiarkan saja isu ini tanpa jalan penyelesaian. REMAJA sendiri berpendapat hanya masa yang akan menentukan tindakan susulan daripada Huawei.
Hari ini, akhbar berbahasa Inggeris di China berjudul Global Times melaporkan Huawei sebenarnya mempunyai inisiatif ‘backup’ yang dinamakan sebagai HongMeng dan ia merupakan sistem operasi (OS) yang telah dibangunkan sejak tahun 2012.
Sumber terdekat berkata OS tersebut sedang diuji dan perlahan-lahan, ia akan menggantikan OS Android yang diguna oleh pemilik telefon Huawei dan Honor kini.
CEO Huawei, Richard Yu.
Malah, CEO Huawei iaitu Richard Yu sebenarnya pernah berkongsi bahawa syarikat itu sedang giat mencuba untuk menggantikan sistem operasi Android dan Windows JIKA ada isu yang berbangkit ataupun sebagai pelan ‘worst case scenarios’ untuk bertahun-tahun lamanya.
Well, this one seems like it!
Ada juga khabar angin yang mengatakan OS Hongmeng ini dibina dengan bantuan daripada jurutera Nokia.
Walaupun semuanya kelihatan all-good, itu tak bermaksud Huawei tidak perlu berusaha kuat untuk menjadikannya terbaik untuk para penggunanya.
Bukan saja pelan OS perlu dicipta oleh Huawei tetapi kini, mereka juga perlu mencipta aplikasi baru yang sepadan (compatible) dengan OS ini. Ini berikutan tiada aplikasi iOS dan Android yang boleh dimuat turun oleh pengguna baru mereka selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!