Selepas Singapura dan Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang mempunyai cawangan Apple Store, khabarnya negara kita akhirnya akan menerima Apple Store seawal tahun 2022 nanti.
Menurut laporan daripada The Edge, besar kemungkinan ia akan dibuka di The Exchange, sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange. Perbincangan antara pihak Apple dan The Exchange masih lagi dilakukan, namun keputusan muktamad belum lagi dibuat. Masih banyak perkara yang harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.
The Exchange dilihat sebagai lokasi paling sesuai dengan perancangan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. Bangunan ini dibina untuk melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Green Building Index (GBI) untuk memastikan ia benar-benar lestari.
Operasinya juga mensasarkan untuk sentiasa neutral karbon dengan segala sisa dikitar atau digunakan semula.
Setakat ini, tiga Apple Store yang ada di Asia Tenggara terletak di Orchard Road dan dua lagi di Thailand, Iconsiam dan Central World.
Ads
Pastinya pengikut setia Apple di Malaysia sudah tidak sabar dan teruja menantikan jawapan sama ada Apple Store benar-benar akan membuka cawangannya di negara kita atau tidak.
Tidak dinafikan penggunaan laptop sangat penting tak kiralah untuk mereka yang masih lagi belajar, mahu pun bagi kegunaan perkerjaan atau peribadi.
Kalau dah dijadikan sebagai kegunaan harian, sudah tentu kita mahukan laptop terbaik yang mempunyai spesifikasi untuk menampung segala keperluan pekerjaan.
Terbaru, Acer Malaysia secara rasminya telah melancarkan ConceptD, iaitu jenama baru bagi laptop, komputer meja dan monitor yang bermutu tinggi direka khusus untuk graphic designer, pembikin filem, animasi, ilustrasi, jurutera, developer serta individu yang bergiat aktif dalam bidang kreatif.
Rekaan lebih bergaya
Didatangkan dengan reka bentuk yang menarik untuk golongan remaja, komputer meja dan laptop ConceptD hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam (matte-black) dan putih.
Bagi memastikan siri ConceptD adalah paling sempurna, peranti tersebut mengeluarkan bunyi kurang daripada 40 db semasa ia digunakan. Ini dicapai dengan mengoptimumkan sistem penyejukan senyap di dalam komputer meja ConceptD 500 dengan tiga kipas penyejukan, manakala laptop ConceptD 3 Pro, 5 Pro, 7, 7 Pro dan 9 Pro kekal senyap dengan kipas 3D AeroBlade Generasi keempat Acer.
Fuh, gempak kan?
Selain itu, apa yang lebih menarik bagi laptop ConceptD ini adalah ia juga didatangkan dengan paparan Pantone Validated sehingga 4K IPS. Meliputi 100 peratus gamut warna Adobe RGB di dalam model spesifik, korang yang menggunakan laptop ini boleh yakin bahawa warna yang dipilih adalah setepat yang mungkin.
Pendek cerita, memang warna yang dipaparkan dalam laptop tersebut adalah benar-benar seperti warna yang tepat. Tak ada la macam tengok dalam laptop lain, tapi bila tengok dari luar lain pula warnanya. Hiks!
Komputer meja ConceptD 500 juga didatangkan dengan kad profesional grafik NVIDIA Quadro di dalam chasis yang minimalis.
Nah, tunggu apa lagi? Bagi korang yang tercari-cari laptop terbaik buat kerja korang jadi lebih power dan mudah, dapatkan produk terbaru ConceptD ini di stor dalam talian rasmi Acer dan Acer Concept Store yang terpilih.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita semua tahu mengenai kelebihan iMac keluaran Apple. Selain mampu menampung kepantasan dan kuasa hebat jikadibandingkan dengan beberapa jenama elektronik lain, secara visual juga ia mempunyai imej yang clean dan cukup sleek.
Terbaru, dengan pengenalan model terbaru Apple iMac M1, bukan pembaharuan dari segi teknologi saja yang menjadi bualan bakal pembeli iMac bermula bulan Mei ini.
Apple iMac M1 juga menarik tumpuan dari segi rekaan luarannya yang nipis serta 6 pilihan warna baharu yang dilihat lebih fresh dan mengujakan berbanding warna skrin iMac silver/kelabu sebelum ini.
Jelas, poin tarikan utama Apple iMac M1 adalah warna-warna ‘candy’ ini yang mengingatkan penulis kepada keluaran generasi pertama iMac pada akhir 90-an hingga awal 2000-an. Apple seperti biasa adalah pakar dalam mengeluarkan produk yang akan menjadi ikutan banyak jenama pesaingnya.
Bukan saja iMac ini lebih ringan, nipis dan pantas, ia juga lebih ceria dengan pilihan warna hijau, kuning, jingga, merah jambu, ungu, biru dan warnanya asasnya, silver.
Tidak mustahil jika kita bakal melihat komputer riba dan skrin komputer di seluruh dunia lebih berwarna-warni sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.
Dari segi spesifikasinya pula, skrin Apple iMac M1 hadir dengan bukaan skrin 24 inci yang menyelesakan pandangan pengguna dengan resolusi paparan setajam 4.5k. Ia juga disertakan kamera komputer terbaik yang pernah dipasarkan oleh Apple setakat ini; yakni kamera 1080p Facetime HD.
iMac terbaru ini disertakan cip Apple Silicon SoC M1 yang lebih pantas. Disatukan pula dengan mikrofon berkualiti studio dan sistem bunyi yang akan memuaskan hati semua peminat platform penstriman atas talian seperti Netflix, HBO Max, Hulu dan lain-lain platform, this is literally just a dream come through.
Pada bahagian papan kekuncinya juga mempunyai satu fungsi butang khas emoji dan pengimbas capjari Touch ID untuk memudahkan pengguna mendaftar masuk. Think iPhone, but bigger. Tak adalah korang tercari-cari lagi kata masuk komputer.
Tentunya apabila bercakap tentang produk keluaran Apple, tanda harganya akan menjadi persoalan utama untuk majoriti pembelinya.
Apple iMac M1 ini dijual bermula dari harga serendah RM5,599. Namun ia hanyalah untuk empat pilihan warna seperti biru, hijau, merah jambu dan silver. Sekiranya korang TERINGIN sangat untuk memiliki iMac berona ungu, kuning dan jingga, korang perlulah ‘top up’ sedikit bajet hingga mencecah sekurang-kurangnya RM6,449.
But again, seperti yang penulis sebutkan tadi, ini adalah satu bentuk pelaburan, and a worthy investment at that.
Melihat kepada situasi pandemik sekarang yang memaksa kebanyakan dari kita bekerja dan belajar dari rumah, REMAJA rasakan kita semua layak memperolehi keselesaan sepanjang waktu bekerja dan belajar itu. Apple iMac M1 boleh memberikan kelebihan itu kepada korang.
Apple iMac 1 akan mula dipasarkan bermula hari ini, 21 Mei 2021. Adakah korang akan mendapatkannya?
Hari yang dinanti-nanti pengikut setia Apple telah pun tiba. Apple kini telah melancarkan siri iPhone 13 dengan penggunaan cip pemproses baharu iaitu Apple A15 Bionic.
Hadir dengan skrin sebesar 6.1″ daripada panel OLED dengan resolusi Super Retina XDR, iPhone 13 Mini pula hadir dengan skrin sebesar 5.4″. Masih megekalkan tradisi siri iPhone, dua variasi lagi turut diperkenalkan iaitu iPhone 13 Pro serta Max.
Bagi iPhone Pro dan Pro Max, kedua-keduanya menggunakan paparan Super Retina XDR bersama teknologi ProMotion dengan skrin adaptif kadar segar semula 120Hz.
Daripada segi rekaan, model ini mempunyai panel sisi logam aluminium yang rata menyerupai model tahun lalu, manakala kaca hadapan pula hadir dengan pelindung seramik yang lebih tahan hentakan.
Mesti korang dah tak sabar nak tahu harga siri iPhone terbaharu ini kan?
iPhone 13 ditawarkan pada harga bermula dari RM 3899 untuk storan sebesar 128GB dan meningkat ke RM5299 untuk model dengan 512GB. Manakala, iPhone 13 Mini pula dijual pada harga bermula RM 3399 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 512GB.
Tanda harga bagi iPhone 13 Pro adalah RM4,899 manakala untuk versi Pro Max adalah RM5,299.
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian pelakon muda berbakat, Kaylee Hottle, yang dikenali menerusi francais Godzilla vs. Kong, selepas terbabit dalam satu kemalangan...