Zaman sekarang ini macam-macam jenis manusia yang sanggup menipu demi kepentingan sendiri. Ada yang salah menggunakan kebijaksanaan dengan menggodam akaun bank individu lain dan memindahkan wang ke akaun mereka.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang transaksi e-dompet dan kaedah e-pembayaran melalui sambungan WiFi awam. Menurut Ketua Pembangunan Kriptohrafi CyberSecurity Malaysia, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabkan data peribadi atau semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi.

Jangan Buat Transaksi Kewangan Guna WiFi Awam, Elak Daripada Digodam
Foto: Bankrate.com

Masyarakat perlu lebih berwaspada mengenai kemungkinan penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah. Sebagai contoh, jika korang berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah ‘Lapangan Terbang ABC’, namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1’ atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi untuk membuat korang percaya yang korang menggunakan WiFi yang sah.

Disebabkan kekeliruan inilah yang boleh menyebabkan pengguna terpedaya ke dalam perangkap mereka. Oleh itu, selepas ini korang perlu lebih berhati-hati dan elakkan menggunakan WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan.

IKLAN
Jangan Buat Transaksi Kewangan Guna WiFi Awam, Elak Daripada Digodam
Foto: AARP

Diingatkan juga, korang perlu berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial yang menyasarkan mangsa melalui panggilan telefon, mesej pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat. Disebabkan kekurangan maklumat, kita mungkin tidak menyedari serangan itu, terutamanya apabila korang menerima panggilan telefon dan menjawab soalan mengenai maklumat peribadi tanpa mengetahui orang itu adalah penipu atau berpura-pura menjadi pihak berkuasa, wakil bank atau polis.

Jangan Buat Transaksi Kewangan Guna WiFi Awam, Elak Daripada Digodam
Foto: Internet of Business

Rupa-rupanya guna WiFi awam pun sudah tidak selamat sekarang. Jadi, jangan sewenang-wenangnya menggunakan WiFi diluar melainkan WiFi itu mempunyai kata laluan yang diberi oleh premis.

IKLAN

Sumber: (1)

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=7&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI